Enter Keyword

PENDARAHAN! ADAKAH ITU BERMAKNA KEGUGURAN?

Assalamualaikum, salam bahagia..

Ibu yang pernah hamil pasti pernah mengalami tompokan darah di awal2 kehamilan kan? Adakah semua tompokan darah bermakna keguguran? Bagi bakal-bakal ibu, tompokan seperti ini amat membimbangkan. Apatah lagi bagi mereka yang pernah mengalami trauma akibat pernah keguguran.


Sebenarnya, menurut pakar, pendarahan merupakan perkara biasa untuk kandungan di peringkat awal dan sebanyak 25% kehamilan mengalami pendarahan pada trimester pertama. Walau bagaimanapun, sebanyak separuh daripada mereka yang pernah mengalami keguguran adalah dari kandungan ektopik (luar rahim).

Sebab di awal kehamilan
Ada banyak sebab mengapa pendarahan berlaku di awal kehamilan. Ada yang menyebabkan keguguran dan ada juga yang hilang sendiri  atau dengan rawatan yang betul.

1. Pendarahan implantasi
Pendarahan ini disebabkan oleh penyematan embrio awal ke pengalas uterus yang berlaku 6-8 hari setelah ovulasi. Pendarahan ini biasanya sedikit dan sering terjadi sekitar tarikh jangkaan datang haid.

2. Keguguran
Di antara 15-20% kehamilan akan berakhir dengan keguguran. Kebanyakannya terjadi pada trimester pertama, dan tanda-tanda yang menunjukkan  anda mungkin keguguran ialah mengalami pendarahan yang  banyak, sakit hingga kekejangan disertai ketulan yang besar. Beberapa keguguran boleh dicegah dan jarang sekali ia bermaksud  wanita itu tidak akan mendapat bayi lagi di masa depan.

3. Kehamilan ektopik
Kehamilan jenis ini adalah jenis kehamilan luar uterus jenis implan blastosista. Ia biasanya di panggil kehamilan luar rahim kerana  biasanya telur akan  di senyawakan di dalam tiub fallopio. Risiko kehamilan ektopik boleh terjadi di antara 1 daripada 60 kelahiran. Tanda2nya ialah berlaku pendarahan ringan dan sakit perut yang tidak serius. Tiada cara yang dapat digunakan untuk menyelamatkan embrio jika terjadi kehamilan ektopik kerana kerana ia akan mengancam nyawa ibu, cara terbaik adalah dengan mengakhiri kehamilan itu.

4. Pendarahan selepas perhubungan seks
Hubungan seks merupakan sebab yang biasa terjadinya pendarahan di awal kehamilan. Jika serviks anda mengalami perlanggaran semasa persetubuhan, ia akan menyebabkan pendarahan berlaku.

5. Infeksi
jangkitan bakteria pada serviks juga merupakan salah satu faktor menyebabkan pendarahan. namun begitu, jangkitan selalunya boleh di basmi dengan menggunakan antibiotik. Selepas jangkitan itu sembuh, pendarahan sepatutnya akan berhenti.

6. Polip dan fibroid
Ini bukan bermakna anda mengalami ketumbuhan kanser di bahagian serviks atau uterus. Ia merupakan perkara yang selalunya tidak serius. Namun kadang-kadang ia akan menyebabkan pendarahan.

7. Kehamilan molar
Kes begini jarang berlaku namun boleh menyebabkan pendarahan. Selain dari embrio, adanya tisu abnormal yang mungkin kanser di dalam uterus anda. Keadaan ini di panggil 'Gestational trophoblastic disease'.

Bersambung...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan