Enter Keyword

Memaparkan catatan dengan label Set J (Kehamilan). Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Set J (Kehamilan). Papar semua catatan
Banyak benar komplikasi ibu mengandung ni. Tak boleh silap sikit, macam-macam penyakit yang datang.

Terlebih makan gula, jadi kencing manis, tak kawal stress jadi darah tinggi, tak cukup zat besi hemoglobin  jadi rendah, tak cukup vitamin C gusi asyik berdarah je, tak cukup zat yang lain jadi kaki bengkak, krem, sakit pinggang, sakit gigi, sembelit dan macam-macam lagi.

Dalam banyak-banyak peringkat hidup, masa mengandung ni la peringkat yang ibu kena jaga-jaga. Sebab kalau dah sakit masa mengandung, tak mustahil akan membawa ke lepas bersalin, dan risiko yang sama akan berlaku kepada kehamilan seterusnya, lebih-lebih lagi jika kita tak cukup vitamin.


Antara nutrisi yang sangat penting semasa hamil ialah pengambilan kalsium.

Ramai ibu tak suka minum susu. Bahkan lagi ramai yang tak ambil berat pun mengenai kepentingan kalsium masa mengandung.

Antara masalah yang kerap berlaku semasa hamil akibat daripada kekurangan kalsium ialah:

  • sembelit yang membawa kepada buasir jika tidak di rawat
  • sakit pinggang dan belakang yang kronik
  • sakit gigi
  • pra-eklampsia akibat tekanan darah terlalu tinggi
  • sakit urat / sendi / tulang
  • sakit otot peranakan (pelvik) atau juga dikenali sebagai SPD (symphysis pubis disfuncition)
Namun begitu, kekurangan kalsium masa hamil bukan sahaja buat ibu tak selesa masa mengandung, tapi juga ketika nak bersalin nanti.

Menurut Dr. Delilah Ahmad, Pakar O&G Pusat Perubatan Sime Darby dalam Harian Kosmo semalam berkata, pengambilan kalsium dapat menurangkan komplikasi semasa bersalin iaitu:
  • kesejukan dan kekejangan kaki semasa nak bersalin
  • membantu otot rehat semasa kontraksi
Dr. Delilah juga memberitahu, kesan kekurangan kalsium paling ketara berlaku khususnya di akhir tempoh kehamilan yakni memasuki trimester ketiga.

Masa awal mengandung atau di tengah trimester kedua, kita mungkin tak rasa apa-apa lagi, tapi bila dah masuk trimester ketiga, haa barulah rasa segala kesan kekurangan kalsium.

Baby dalam perut nak membesar, memang dia akan 'sedut' banyak kalsium daripada ibu. Kalau ibu sendiri tak cukup kalsium, rasakanlah penangannya.

Sakit Otot Peranakan Semasa Hamil Trimester Ketiga, SPD

Pasti semua orang pernah melaluinya. Namun begitu, bukan semua kehamilan kita akan rasa sakit macam ni. Biasanya kehamilan kali pertama tak rasa sangat. Masuk mengandung kali kedua dan seterusnya, barulah terasa.

Macam Ciksu dulu masa mengandungkan Fawwaz. Ada masa-masanya akan rasa sakit pada pangkal peha atau celah kelangkang terutamanya ketika berjalan. Macam kejutan elektrik gitu. Lagi dekat nak bersalin lagi kerap ia berlaku sampai rasa takut nak berjalan.

Ada banyak lagi simptom SPD ni. Boleh baca lanjut di website babycenter.com.my ni.

Yang Ciksu nak cerita hari ni mengenai sakit otot pelvik di mana kita rasa nak macam nak beranak sangat. Ni pun salah satu simptom SPD juga. 

Sakit ni berlaku sebab otot pelvik kita sakit dan tak kuat nak menahan tekanan kepala bayi. Maklumlah, baby dah besar, kepala dah turun ke bawah.  Graviti makin kuat. Sakit ni amat terasa apabila kita dalam keadaan mencangkung/ duduk kemudian nak bangun.

Ini bukan kisah siapa-siapa, tapi pengalaman diri sendiri. :D

Jadi apa ciksu buat? Jom baca testimoni ni.



Ini pengalaman benar ya. Sebelum ni tak de pun rasa sakit otot pelvik macam tu. Tiba-tiba masa tak makan Ostematrix tu yang terasa otot sakit sampai terfikir, eh nak beranak dah ke aku ni? Risau la juga sebab barang baby tak prepare satu apa pun lagi.

Tapi, lepas makan Ostematrix tu, eh elok pula takde rasa sakit-sakit otot bawah tu dah. Serius!

Ciksu memang mengesyorkan sangat setiap ibu hamil makan Ostematrix ni. Jadikan amalan sampai tua kalau tak mau kena macam-macam penyakit akibat kekurangan kalsium. (Kalsium banyak sangat fungsi dalam badan kita ni taw)

Sebotol ni memang tahan untuk sebulan kalau makan sorang, kalau kongsi ngan encik asben dia jadi setengah bulan je huhu.

Harga sebotol RM61 (120 biji)

Harga promosi beli 6 percuma 1 = RM366
Harga promosi beli 2 diskaun 5% = RM115.90 
(*semua harga tidak termasuk kos pos)

Kitorang memang dah 5 tahun amalkan Ostematrix ni. Memang banyak sangat kebaikan yang kitorang dah rasa. Mak mertua ciksu pun peminat setia taw. Tak pernah miss makan dah bertahun-tahun.

Jika berminat mendapatkan Ostematrix ni, boleh hubungi ciksu segera ye;

-Puan Suhaila-


Shaklee Malaysia
ID:868994


Assalamualaikum wbt.

Sejak kebelakangan ni banyak betul terbaca mengenai ekzema pada anak-anak. Dari sedang umur bayi masih dalam pantang, sampailah yang dah bersekolah. Malah orang dewasa pun ramai juga yang mengalami ekzema ni.

Tapi hari ni kita fokus kepada ibu hamil dululah ye, sebab masalah ekzema pada bayi ni sebenarnya ada kaitan dengan pemakanan ibu semasa hamil. Jadi, bila dah tau, bolehlah kita ambil langkah berjaga-jaga supaya dapat mencegah bayi kita daripada mendapat ekzema.


Punca ekzema atau dermatitis secara spesifik tidaklah diketahui dan masih dalam kajian. Tapi, menurut pakar-pakar perubatan, ekzema boleh berlaku disebabkan penyakit lain, pendedahan kepada bahan tertentu yang meransang alergi dan alahan, kulit kering dan mungkin juga badan mempunyai aras protein-pelindung kulit yang sangat rendah.

Ekzema tidak berjangkit antara seorang individu dengan individu yang lain tetapi ia boleh di warisi atas faktor genetik. Ekzema selalunya tidak bahaya tetapi ia boleh menyebabkan ketakselesaan terutama kepada bayi dan anak kecil.

Kulit akan bengkak, timbul bintik kemerahan seakan ruam, gatal, kering dan jika keadaan teruk, ia boleh berdarah dan menyebabkan luka. Bila dah jadi luka, lagilah sangat perlu berjaga-jaga sebab kuman mudah membiak dan merebak.

Makanan Berkhasiat Cegah Ekzema

Kebanyakan ekzema boleh di kesan pada awal lagi iaitu daripada peringkat bayi atau kenak-kanak. Saintis dan pakar mengakui, pemakanan ibu (dan apa yang ibu guna dan pakai) semasa mengandung ada kaitannya dengan kejadian ekzema.

Jadi, jom tengok apa yang ibu boleh lakukan untuk mencegah dan mengelak daripada berlakunya ekzema pada bayi yang akan lahir nanti.

#1. Makanan berkhasiat dan seimbang

Walaupun ibu-ibu tau pentingnya mengambil makanan berkhasiat, namun masih ramai lagi yang mengabaikannya. Makanlah makanan sebenar yang bebas bahan kimia sintetik seperti pengawet, perasa, pewarna, dan pemanis tiruan.

Makan banyak buah, sayur, kekacang, daging, ikan dan apa saja sumber makanan yang selamat di makan yang mengandungi protein, karbohidrat, lemak, vitamin serta mineral.

#2. Ambil minyak ikan

Kajian menunjukkan ibu hamil yang mengamalkan makan ikan atau minyak ikan dapat menurunkan risiko bayi mengalami ekzema. Carilah ikan atau minyak ikan yang kaya dengan Omega 3 asli yang mana ia dapat mencegah daripada serangan alergi.

#3. Guna barangan organik

Contohnya sabun mandi, sabun pencuci dan sebagainya yang tidak mengandungi bahan kimia merengsakan. Jika tidak boleh semua, memadai menukar yang perlu sahaja.

#4. Vitamin C

Buah-buahan atau suplemen yang kaya vitamin C dapat membantu menguatkan sistem imun bayi kerana ia mengandungi tinggi antioksidan.

#5. Jauhi rokok dan asap rokok

Rokok dan asap rokok mengandungi beribu bahan kimia yang berbahaya dan bertoksik terutama kepada bayi dalam kandungan. Kandungan bahan kimia ini mampu memotong bekalan oksigen kepada bayi sedangkan bayi amat memerlukan oksigen untuk pertumbuhan dan perkembangan tubuh yang sihat termasuk sistem imun dan organ kulit.

#6. Elakkan pewangi

Pewangi pakaian atau perfume juga turut mengandungi bahan kimia yang boleh menaikkan risiko serangan alergi pada bayi.

#7. Ambil sumber protein tulen

Protein sangat penting untuk pembinaan sel termasuk antibodi dan sistem imun bayi. Bayi ambil sumber protein dari ibu. Dan jika ibu tidak mendapatkan sumber protein setiap hari, proses perkembangan serta pertumbuhan bayi akan sedikit terganggu.

Banyak kajian menunjukkan ibu hamil yang mengambil pemakanan seimbang dapat menurunkan risiko berlakunya ekzema kronik pada bayi.

Tentu kita sendiri sebagai ibu tak sanggup tengok anak kita menderita kesakitan, gatal, luka berdarah dan sebagainya sebab ekzema.


Mencegah lebih baik dan lebih murah daripada merawat yang tentunya memakan kos lebih mahal.

Di sini di sarankan ibu hamil mengambil set vitamin dan nutrisi lengkap yang sangat diperlukan oleh ibu mengandung.


Set Healthy Prenatal ini membekalkan semua nutrisi yang diperlukan oleh ibu dan bayi dalam kandungan. Ia lengkap dengan sumber protein, vitamin, mineral, kalsium dan Omega 3 yang dapat membantu menurunkan risiko ekzema di samping menyokong perkembangan dan pertumbuhan bayi yang lebih sihat.

Set ini berharga RM582 dan tahan sehingga 4-6 bulan.

Ibu boleh membuat pembelian sendiri melalui online. Klik:


Maklumat lanjut mengenai set vitamin ini, atau daftar keahlian untuk menikmati harga lebih rendah, hubungi saya:

Puan Suhaila

ID:868994


Assalamualaikum wbt.

Berasa pitam dan pening semasa mengandung bukanlah masalah luar biasa, bahkan kemungkinan ramai ibu mengandung pernah mengalaminya.

Perubahan hormon, fisiologi, tindakbalas biokimia dan metabolisme tubuh pun turut berubah. Begitu juga dengan sistem kardiovaskular iaitu jantung. Jadi, tak mustahil masalah ini boleh berlaku.

Apabila mengandung, denyutan jantung kita meningkat dan jantung akan mengepam darah dengan lebih banyak dalam seminit. Amaun darah dalam badan juga meningkat 30-50 peratus. Salur darah juga mengembang dengan itu tekanannya akan meningkat secara berkala. Sistem saraf dan kardiovaskular kita juga agak lambat untuk 'adjust' kepada persekitaran, maka aliran darah ke otak menjadi perlahan dan kita mula rasa macam nak pitam dan pening.


Penyebab pitam dan pening semasa mengandung

Ada banyak sebab yang boleh menjadikan seorang ibu mengandung mengalami masalah pitam, pening dan boleh pengsan.

1. Bangun terlalu cepat

Apabila kita dalam keadaan duduk, darah akan berkumpul pada bahagian kaki. Apabila kita bangun dengan cepat, darah tidak cukup sampai ke jantung daripada kaki. Oleh itu tekanan darah kita turun dengan cepat dan kita rasa nak jatuh.

Untuk mengelakkan masalah ini, bangunlah daripada duduk dengan perlahan-lahan. Jika ibu sedang baring, ambil masa beberapa minit untuk duduk terlebih dahulu, kemudian baru bangun perlahan-lahan.

2. Baring menelentang

Apabila memasuki trimester kedua dan ketiga, uterus kita akan semakin mengembang, dengan itu peredaran darah di bahagian kaki akan tertekan. Jika kita kerap baring secara menelentang, ini akan memburukkan keadaan. Jantung akan mengepam darah dengan perlahan, tekanan darah menurun, ibu akan merasa cemas, nak pitam dan rasa loya.

Elakkan masalah ini dengan baring secara mengiring.

3. Vasovagal syncope

Iaitu keadaan dimana ibu menjadi pitam dan pening akibat pergerakan usus yang terganggu, batuk dan kencing.

Ibu mengandung akan kerap mengalami vasovagal syncope ini dan mereka akan mengalami simptom seperti rasa panas, pucatm berpeluh, loya, mengantuk dan hiperventilasi.

Jika ini berlaku, cepat-cepat duduk atau baring untuk melegakan keadaan.

4. Tidak cukup makan dan minum

Apabila ibu tidak cukup makan, darah kita akan mengalami kekurangan glukosa (hipoglisemia), oleh itu kita akan rasa pening dan nak pengsan.

Ibu mengandung mesti kekalkan glukosa yang seimbang dengan makan secara kerap.

Kekurangan bendalir juga akan buat sakit kepala dan rasa nak pitam. Jadi minumlah air yang cukup sepanjang hari.

5. Anemia

Anemia boleh diketahui melalui bacaan hemoglobin (Hb) yang rendah iaitu 10 ke bawah. Seseorang yang mengidap anemia mempunyai sel darah merah yang kurang. Sel darah merah berfungsi membawa oksigen ke bahagian otak dan organ yang lain termasuk kepada bayi.

Kekurangan darah merah akan menyebabkan ibu mengalami pening kepala dan nak pengsan.

Ambil pil vitamin yang penting seperti zat besi, B kompleks serta vitamin C untuk menggalakkan pembinaan sel darah merah yang baik.

6. Kepanasan

Berada dalam bilik yang panas akan menyebabkan salur darah mengembang dengan itu jantung mengepam darah lebih perlahan.

Elakkan berada di tempat panas, sempit, terlalu ramai orang.

7. Hiperventilasi

Bersenam amat bagus tetapi jangan berlebihan. Ia akan menyebabkan jantung mengepam terlalu laju, lalu mengalami hiperventilasi dan pengsan.

Jika ibu mengalami masalah pitam dan pening secara berterusan, disertai simptom yang lebih teruk seperti kabur pandangan, sakit kepala, sakit dada, hilang kawalan, sesak nafas dan pendarahan vagina, jangan teragak-agak untuk beritahu doktor dan dapatkan rawatan segera.

Sedikit kesilapan atau kelewatan akan memberi kesan kepada kandungan ibu.

Bagi ibu yang ingin mencuba Set Vitamin Mengandung Semulajadi Shaklee, boleh dapatkannya melalui saya dengan menghubungi:

Puan Suhaila Budin
012-9645614
ID: 868994

atau order terus secara online dengan klik:


Saya doakan ibu-ibu sentiasa sihat sepanjang mengandung dan melahirkan nanti. Amiinn.
Sebagai ibu mengandung, kita tentulah nak berikan yang terbaik supaya baby kita lahir sihat, cukup sifat, normal dan comel macam baby-baby lain.

Jadi kita kenalah bagi segala khasiat yang baby perlukan untuk dia berkembang dan membesar dengan sihat dalam perut tu.

Masalahnya, ibu sendiri alah susu lembu. Macam mana ibu nak bagi khasiat protein dan kalsium untuk baby dalam perut ni?

Jangan kata orang lain, saya pun sama. Kalau minum susu formula walau yang khas untuk ibu mengandung pun, tekak akan kembang semacam. Mujur juga saya takde masalah intoleransi laktosa macam sesetengah orang yang mana kalau minum je susu lembu, perut akan jadi tak selesa, muntah, atau cirit-birit.

Mau tak mau kenalah cari alternatif yang lain kan.

Jadi pilihan yang terbaik ialah susu soya!


Susu soya lengkap dengan sumber protein dan 9 asid amino perlu yang badan kita tak boleh hasilkan sendiri (yang mana mesti kita dapatkan daripada pemakanan), mengandungi kalsium dan asid folik, proteinnya mudah di hadam berbanding protein haiwan, tidak mengandungi kolesterol dan kaya dengan zat mineral yang lain seperti sodium, pottasium, zat besi, serta magnesium.

Jadi, bagi seorang ibu hamil yang ingin mendapatkan kebaikan susu seperti susu lembu, soyalah paling baik dan selamat untuk diminum.

Tapi, beberapa perkara yang ibu perlu tahu dan ingat. Khasiat susu soya akan hilang dan tidak memberi faedah kepada tubuh badan apabila:-

+ Ia di masak dengan suhu melebihi 40darjah Celcius. Pemanasan tinggi akan memusnahkan molekul protein (protein denatured)

+ Ia di basuh dengan alkohol seperti dalam kebanyakan soya yang dijual di pasaran. Penggunaan alkohol akan memusnahkan isoflavone yang kritikal dan penting untuk tubuh kita

+ Ada soya yang tidak dimasukkan unsur kalsium sedangkan kalsium amat penting untuk pertumbuhan tulang

+ Ibu mengambil soya GMO. Soya GMO lebih murah dan mudah didapati namun ia berbahaya kepada manusia kerana faktor hormon

Sebab Apa Ramai Ibu Hamil Suka Soya ESP Shaklee??


Ini sebabnya!

1. Ibu rasa kenyang dan tak lapar terutama ibu yang suka makan tapi ada kencing manis. Ini kerana ESP mempunyai indeks glisemik yang rendah. Glukosanya dilepaskan perlahan-lahan dalam darah.

2. Ibu rasa cergas dan tak letih. ESP bekalkan tenaga berpanjangan.

3. Tinggi serat (fiber) yang bagus untuk sistem penghadaman

4. Baby dapat khasiat kalsium untuk bantu pertumbuhan tulangnya

5. Vitamin B membekalkan tenaga untuk bayi dalam kandungan, membentuk penghantar isyarat dalam otak iaitu neurotransmitter, mencegah kelainan dan kecacatan bayi

6. Kulit ibu  dan bayi cantik, putih, gebu

7. Perkembangan sel bayi berjalan lancar kerana sel baru terbentuk dengan baik melalui protein.

8. Asid folik dalam soya meransang pembentukan sel saraf dan mengoptimumkan perkembangan fetus

9. Organ bayi terbentuk dengan baik kerana soya mengandungi asid amino threonin, arginin, isoleucine, glisin dan lysin

10. Kaya lemak sayuran yang bagus untuk ibu dan bayi

11. Bantu ibu bertenaga sampai ke waktu bersalin dan mengurangkan kesakitan

12. Boleh diminum walaupun setelah melahirkan bayi untuk mendapatkan tenaga dan meransang pengeluaran susu ibu.

13. Yang penting sebab ESP ialah soya yang bebas GMO, selamat dan ada ujian klinikal yang komprehensif serta proteinnya sangat berkualiti tinggi





Kiranya ESP ni 'mom approved' lah taww.

Kalau nak pilih soya, pilihlah ESP Shaklee ;)

Hubungi saya untuk dapat ESP ibu:-

~Suhaila Budin~
012-9645614
ID: 868994

Percaya tak, dalam 100 orang wanita mengandung, 18 orang akan mengalami kencing manis semasa hamil atau dikenali sebagai diabetes gestasi.

Jika ibu salah seorang daripadanya, jangan risau dan panik. Ada ramai lagi yang seangkatan dengan ibu. Perkara ini memang biasa berlaku.

Ada beberapa faktor yang menyebabkan seseorang itu boleh dapat kencing manis semasa mengandung. Antaranya:
  • BMI 30 atau lebih
  • Sejarah kandungan lalu yang ada diabetes
  • Pernah melahirkan bayi yang besar, 4kg atau lebih
  • Sejarah keluarga
Nanti jururawat akan minta kita berpuasa untuk lakukan ujian toleransi glukosa iaitu minum air gula.

Kencing manis tak di kawal memerlukan tambahan insulin

Mula-mula darah akan di ambil contohnya jam 8 pagi. Kemudian kita di beri minum segelas air gula.

Dua jam kemudian, sekali lagi darah akan di ambil. Lepas dua jam ni, barulah ibu boleh sarapan apa yang ibu nak makan.

Prosesnya mudah je. Tapi ramai ibu berasa takut dan fobia nak minum air gula yang manis melantun-lantun tu.

Bila di beritahu ada diabetes...

Selalunya jururawat akan menghubungi kita jika ujian gula tersebut menunjukkan kita memang ada kencing manis.

Maka bersedialah untuk ujian BSP untuk mengawal bacaan gula darah ibu. Ibu perlu datang ke klinik sebanyak 4 kali dalam satu hari sama ada seminggu sekali atau dua minggu sekali.

Jika ibu berjaya mengawal bacaan gula dalam darah pada keempat-empat sesi BSP itu, ibu mungkin diminta datang dalam masa dua minggu lagi. Jika tidak, memang tiap-tiap minggulah kena berulang ke klinik.

Jadi, sebagai orang yang pernah ada pengalaman mengalami kencing manis semasa mengandung, saya nak kongsi beberapa tips dan cara yang ibu boleh buat untuk mengawal bacaan gula dalam darah.

Penat woo nak ulang alik ke klinik 4 kali sehari setiap minggu. Boleh stress jadinya sebab kita pun banyak kerja lain lagi nak buat kan.

#1. Kurangkan makan karbohidrat tinggi

Ada dua jenis karbohidrat; iaitu karbohidrat kompleks dan karbohidrat ringkas.

Karbohidrat kompleks contohnya seperti yang terdapat dalam gandum, nasi, roti, mi, dan pasta.

Karbohidrat ringkas contohnya semua makanan manis yang mengandungi gula dan madu termasuk gula dalam buah-buahan.

Lebihkan makan sumber daripada karbohidrat kompleks, yang berserat tinggi dan rendah lemak tepu. Ibu boleh makan yogurt bersama campuran buah-buahan dan juga susu.

#2. Makan makanan berindeks glisemik rendah

Indeks glisemik rendah bermaksud makanan tersebut apabila dimakan, ia akan melepaskan glukosanya secara perlahan-lahan dalam badan, bukan secara mendadak.

Antara makanan berindeks glisemik rendah ialah:
  • pasta dengan tepung gandum durum
  • buah seperti epal, oren, pear, pic
  • kekacang dan lentil
  • jagung
  • bubur
Makan makanan rendah indeks glisemik dapat bantu mengawal aras gula dalam darah. Tapi tak bermaksud ibu tak boleh makan makanan berindeks glisemik tinggi. Ibu masih boleh makan kentang, nasi, roti tetapi dalam kuantiti yang rendah saja.

#3. Makan dalam waktu yang tetap

Setiap hari ibu mesti makan dalam waktu yang sama, contohnya kalau sarapan pukul 8 pagi, setiap hari mesti pukul 8 pagi. Ini supaya badan kita tak 'pening' dengan turun naik glukosa dan insulin pun di lepaskan secara tetap setiap hari.

#4. Jangan skip hidangan

Mesti ambil sarapan, makan tengah hari, makan malam juga jangan lupakan hidangan antara waktu makan (between meal).

Between meal tu bolehlah makan snek yang berkhasiat seperti buah dan kekacang.

Ini untuk mengekalkan aras gula dalam darah yang seimbang.

#5. Kurangkan lemak

Terutama lemak tepu. Lemak yang bagus ialah lemak poli tak tepu contohnya daripada minyak bunga matahari dan minyak zaitun. Kukus dan gril makanan lebih baik berbanding menggoreng.

#6. Kosongkan perut 2-3 jam sebelum melakukan ujian BSP

Sebenarnya kita mampu kawal nafsu makan kita. Doktor pun warning, kalau kencing manis tinggi, awak kena cucuk insulin sendiri. Elok lepas doktor warning macam tu, boleh pun kita (saya la) jaga makan dan kawal gula. Sebelum buat ujian tu janganlah makan makanan berpotensi menaikkan aras gula dalam darah sekurang-kurangnya 2 jam.

Minum banyak air kosong, atau jika lapar boleh bancuh ESP (ESP indeks glisemik rendah).

Ujian BSP: sedikit darah di ambil untuk menguji tahap glukosa darah

#7. Jangan minum minuman manis 

Contohnya air berkarbonat, teh ais, nescafe ais, milo dan sebagainya. Air gas tu memang penyumbang tertinggi gula.

Kencing manis kalau tak di kawal

Sebenarnya agak bahaya juga kepada ibu dan bayi kalau kita tak kawal kencing manis semasa mengandung. Kalau gula terlalu tinggi, nanti boleh menyebabkan:

1. Bayi membesar secara berlebihan dalam rahim

2. Ibu di minta bersalin awal daripada tarikh jangkaan

3. Risiko melahirkan bayi pra-matang

4. Risiko pembedahan caesaerean akibat bayi besar atau gagal induce

5. Risiko bayi tersangkut bahu semasa kelahiran

6. Risiko kerosakan saraf bayi

7. Risiko kematian bayi dalam rahim secara mengejut

8. Bayi akan menghasilkan lebihan hormon insulin, dan lahir dengan kadar gula yang sangat rendah

9. Bayi berisiko dapat kencing manis dan kegemukan bila dewasa

Jadi ibu-ibu, cubalah usaha kawal kencing manis tu. Jangan makan sebarangan. Kita tak nak dapat risiko macam di atas kan?  Nauzubillahi min zaalik.

Saya doakan ibu sihat sepanjang mengandung dan bebas dari sebarang masalah kesihatan hingga saat melahirkan nanti.

Bagi ibu-ibu yang nak ikhtiar kawal kencing manis dengan suplemen, boleh dapatkan Set GDM Shaklee (ESP + Omega Guard + B Complex).


Set ini amat bagus untuk ibu hamil kerana ia membantu mengawal kadar gula dalam darah, mengawal hormon insulin, memberi tenaga, mencegah hipoglisemia, dan amat membantu perkembangan bayi yang sihat.

Berminat mendapatkan set ini, boleh hubungi saya:


Shaklee Malaysia
ID: 868994


Mengandung adalah satu proses yang melibatkan perubahan daripada segala aspek tubuh badan seorang wanita baik dari segi fizikal, mental, rohani, fisiologi tubuh, metabolisme, tabiat serta perangai.

Ini bukan pelik kerana kesemua perubahan ini berkait rapat antara satu sama lain.

Cuma, apabila mengandung, perubahan ini ada kala di salah erti, tidak di fahami malah di anggap satu perlakuan aneh yang kadang kala menjengkelkan!


Jom tengok apakah perangai-perangai pelik ibu mengandung yang harus diketahui oleh suami. Jadi lepas ni takde sebab suami nak sindir-sindir, perli-perli atau tiba-tiba marah tak tentu pasal tengok perangai isteri yang bukan-bukan ni. :D

1. Kuat tidur

Teringat seorang roommate masa belajar dulu. Saya pelik tengok dia asyik tidur. Rupa-rupanya baru saya tahu dia sedang mengandung! (dia rahsiakan perkahwinan dia)

Saya sendiri pun suka tidur masa mengandung. Letak je kepala terus hanyut. Entah apa yang letih sangat pun tak tahu lah.

Suami kalau nampak isteri asyik tidur je masa mengandung, biarlah dia rehat. Kita tak tahu penat lelah dia bawa perut atau berperang dengan bayi sorang dalam perut tu.

2. Tak boleh masuk dapur

Terutama dalam trimester pertama. Pengalaman saya sendiri masa mengandung kali pertama, asal masuk dapur je loya. Memang tak boleh tahan dengan bau dapur nak-nak bau bawang. Penyudahnya suami yang masak atau memang tak masak langsung!

Belum ada anak ok la kan.. Kalau anak dah ramai, loya tak loya kena masak juga lah.. Pakailah mask ke apa yang patut.

3. Selera bertambah

Makan untuk dua orang katanya. Masa saya mengandung kali pertama, percaya tak, semua kena double! Padahal saya ni bukanlah jenis makan banyak pun.

Roti canai 2 keping, pizza boleh habis saya sorang (kalau tak sejurih pun jenuh), nasi lemak 2 bungkus macam-macam lagi lah. Mungkin senang hati sangat agaknya. Bukan bela saka tau! Uhuhu..

Peliknya mengandung lepas-lepas tu takde pulak macam tu.

4. Kunyah ais

Ini bukan saya. Tapi ramai juga ibu mengandung ada tabiat kunyah ais ni. Apa yang sedap sangat pun tak tau. LOL!

Tahu tak, tabiat kunyah ais ni ada kaitan dengan anemia atau kekurangan zat besi dalam badan. Jadi selain memuaskan nafsu dengan kunyah ais, ada baiknya ibu telan pil zat besi atau Vitalea.

5. Mudah merajuk

Sikit-sikit merajuk. Salah cakap sikit sedih. Terguris sikit menangis. Oh ini bukan saya. Tapi memang ada ibu mengandung berperangai macam ni.

Suami kena hati-hatilah bercakap dengan isteri. Pembawakan budak.

Dan isteri, janganlah asyik sentap, menangis, merajuk tak tentu pasal. Nanti anak dalam kandungan pun terikut-ikut perangai ibu lalu banyaklah ragamnya nanti. Ibu juga yang stress kan?

So, happy2 lah sepanjang mengandung ni.

6. Saiz kasut bertambah?

Apabila kandungan dah semakin membesar, mungkin ada ibu-ibu yang perasan bahawa kaki mereka dah semakin besar.

Sebenarnya kaki mereka tak membesar pun, cuma sedikit membengkak akibat keluar masuk bendalir yang tidak seimbang.

7. Jadi pelupa

Tertinggal wallet, terlupa kunci kereta letak kat mana, terlupa kunci pintu, terlupa tutup api dapur sampai kering air dalam cerek (aku la tu).

Kajian menunjukkan semasa mengandung, keupayaan kognitif dan memori kita agak terhad dan tidak konsisten. Keadaan ni mungkin hilang selepas bersalin atau mungkin juga berterusan. Itu yang ada orang kata urat putus lepas bersalin ni.

Fokuslah dengan apa yang kita buat, sediakan senarai 'to do list', dan makanlah Omega Guard atau Lecithin untuk kuatkan keupayaan otak dan memori.

8. Emosi berubah-ubah

Kejap suka, kejap masam macam cencorot, kejap gelak-gelak, kejap marah (takut ngat aih) hahaha..

Perubahan mood dan emosi semasa mengandung ni ada kaitan dengan perubahan hormon yang mendadak yang mana ia beri kesan kepada aras neurotransmitter dalam otak.

Di samping kita bergembira dengan kehadiran bakal ahli baru, ada banyak perkara yang kita sering fikirkan. Inilah yang mencetuskan perubahan emosi dalam diri ibu tersebut.

Bertenang dan banyakkan berfikir perkara positif mengenai diri, kehamilan dan anak yang bakal lahir.

9. Mengidam

Ada ibu yang apabila mengandung je, dia teringin nak makan macam-macam. Boleh jadi apa yang dia tak pernah makan pun dia teringin nak rasa. Waktu tak mengandung takde pulak dia nak minta makan pelik-pelik macam tu.

Bukan selalu isteri tu mengandung kan. Jadi apa salahnya suami tolong carikan apa yang isteri teringin sangat nak makan tu. Asal bukan arang, sabun, kayu, kaca, pokok, batu dan seumpamanya cukuplah.

10. Masalah kesihatan dan perubahan fisiologi

Sekurang-kurangnya 10 ketakselesaan dan masalah kesihatan ringan yang ibu mengandung akan lalui termasuk:

dan macam-macam lagi.

Ibu jangan pelik dan panik kalau tiba-tiba mengalami masalah seperti diatas. Ianya normal untuk semua ibu mengandung. Ibu harus hati-hati dan waspada dengan tahap kesihatan. Ikut nasihat doktor dan jururawat.

Paling penting amalkan pemakanan berkhasiat, sentiasa tenang dan gembira, tidak stress dan laluilah tempoh mengandung dengan perasaan teruja dan menyeronokkan!

Ingin dapatkan Set Vitamin Ibu Hamil Gorgeous, hubungi:

~Suhaila Budin~
012-9645614
ID: 868994

Hehehehe.... jangan marah bila saya cakap mengada-ada. Kan soalan tu. Saya pun ada masa mengidam juga. Adakah saya mengada-ada? Sudah tentulah tidak! :P

Ibu-ibu (mungkin juga bapa) mesti nak tahu kenapa orang mengandung ni suka mengidam, kan? Kalau mengidam setakat ais krim, roti canai, buah nangka ke oklah lagi. Kalau tiba-tiba mengidam nak makan daging rusa salai masak lemak negeri sembilan tengah malam-malam buta mana pulak encik suami nak cari? Duduk pula kat Perlis. Haa jenuh lah. Yang ini memang betul mengada kot? LOL.


Percaya tak? Bukan isteri je yang mengidam. Kadang-kadang isteri takde apa, si suami pulak yang over-over mengidam. Kau dah kenapa, kan? Aku yang mengandung kau yang mengidam. Gituu..

Punca mengidam

Kajian menunjukkan sebanyak 90% wanita mengandung akan mengidam makanan tertentu terutamanya pada trimester pertama. Punca sebenar tidaklah diketahui namun ramai percaya sebenarnya ia adalah petanda atau 'signal' tubuh kita kekurangan dan memerlukan sesuatu.

Contohnya, peningkatan isipadu darah akan menyebabkan kenaikan aras sodium. Dengan itu badan beri signal kita lapar jeruk.

Sebenarnya bukanlah tubuh inginkan makanan tersebut (contohnya airkrim), tetapi tubuh memerlukan sesuatu di dalam aiskrim itu manakala otak pula menterjemahnya sebagai aiskrim.

Kenapa berlaku perubahan terhadap selera makan?

Ini adalah disebabkan perubahan hormon semasa mengandung yang mana akan turut mencelarukan sensasi deria rasa dan bau. Lapar, kurang rehat, tekanan dan emosi yang tidak menentu sering diterjemahkan kepada mengidam.

Berdosakah mengidam?

Tidak ada salahnya dan tidak membahayakan jika ibu tidak meminta makanan pelik-pelik seperti teringin nak makan arang, sabun, kayu, kaca dan sebagainya. Sindrom mengidam makanan pelik ini di namakan pica dan jika ia berlaku kepada ibu, cepat-cepat dapatkan rawatan doktor.

Bagi kebanyakan wanita, mengidam boleh jatuh dalam beberapa kategori makanan; manis, pedas, masin, atau juga masam.

Kajian turut mendapati hanya 10% sahaja wanita yang mengidam makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.

telan air liur je tengok jeruk ni. cis!

Pentingnya nutrisi berkhasiat

Tabiat mengidam tidak seharusnya menyebabkan tubuh kekurangan nutrisi penting untuk bayi dalam kandungan. Walaupun ibu mengidam, ibu harus malah wajib mengambil makanan berkhasiat untuk perkembangan bayi yang sihat.

Ini kerana, ada ibu mengandung yang hanya mengamalkan makanan yang disukainya sahaja tetapi mengabaikan pemakanan berkhasiat seperti vitamin pre-natal.

Ibu mengandung yang asyik mengidam makanan manis di khuatiri lebih mudah mendapat kenaikan berat badan mendadak dan juga di serang diabetes gestasi.

Manakala ibu mengandung yang asyik mengidam makanan masin pula dikhuatiri mendapat masalah tekanan darah tinggi.

Apapun, berpada-padalah jika ibu mengidam. Ambil dalam kuantiti sedikit, dan pandailah pilih makanan alternatif yang lebih menyihatkan.

Ingin cuba Set Vitamin Pre-Natal Manjaku, hubungi:

~Suhaila Budin~
012-9645614
ID: 868994

Assalamualaikum wbt.

Saya harap ibu dah baca entry sebelum ni tentang bahayanya jika air ketuban bocor terlalu awal. Sebolehnya kita nak kandungan kita baik-baik saja sehingga tempoh bersalin kan. Takut sangat kalau ada apa-apa yang tidak diingini berlaku.

Macam saya, misi kata saya ada GDM pun saya dah risau teramat dah. Memang sepanjang mengandung tu berdoa je janganlah benda merepek-repek jadi kat saya.

Tapi tulah, kadang kita dah jaga, tapi Allah punya kuasa, apa yang kita tak nak berlaku, tu yang jadi. Semuanya tak lain tak bukan untuk Allah uji kita. Kita pula sebagai hamba kenalah redha, ambil pengajaran dan iktibar.

Macam kes air ketuban bocor ni, sesetengah orang mungkin anggap perkara ni normal, tak de apa nak di risaukan. Sesetengah ibu yang lain pula, mungkin ada pengalaman sedih kehamilan yang lalu. Jadi ibu dah tentu perlu berjaga-jaga untuk elak perkara sama berulang lagi.


Memang pun, ibu yang dah ada sejarah air ketuban bocor sebelum masanya di kehamilan lalu, mempunyai risiko lebih tinggi untuk ia berlaku lagi. Namun begitu, ibu tak perlulah terlalu stress.

InsyaAllah saya akan kongsikan beberapa tips untuk menguatkan kantung amnion, mencegahnya daripada bocor serta sekaligus dapat mengelakkan daripada terbersalin awal daripada masa yang sepatutnya.

Apabila ada kebocoran pada kantung amnion yang terlalu awal, maka saat ini tinggi jugalah kemungkinan pembedahan ceasarean akan di lakukan. Sebab itu kita perlu ada kantung yang kuat yang mampu bertahan sehingga saatnya betul-betul hendak melahirkan.

Sebab kantung yang kuat dan sihat ini akan memberi kesan 'kusyen' kepada bayi untuk keluar melalui pelvis ke faraj.

Sebenarnya kantung amnion ni terdiri daripada dua lapisan iaitu amnion dan chorion. Nampak je lembut tapi ia sebenarnya sangat sukar untuk ditembusi. Jadi, untuk membina kantung amnion yang sihat dan kuat, adalah penting ibu buat pilihan yang bijak sejak dari awal iaitu sebelum hamil lagi.

Di bawah ini ialah senarai tips dan cadangan yang boleh ibu amalkan untuk melahirkan bayi yang sihat dan membina kantung amnion yang kuat.

1. Nutrisi asas

Tidak dapat dinafikan lagi pengambilan nutrisi berkhasiat sejak dari awal sangat penting untuk pelbagai sebab sepanjang kehamilan. Antaranya:

  • pertumbuhan dan perkembangan bayi yang normal dan sihat
  • pertumbuhan dan sokongan uri (placenta)
  • perkembangan membran atau kantung amnion yang sihat sebagai 'tempat tinggal' bayi
  • penggantian bendalir amnion yang cepat dan berulang kali
  • menapis bahan buangan bayi
  • menapis sisa daripada ibu
  • mengekalkan kesihatan ibu
  • meningkatkan bekalan darah kepada ibu sehingga 50-60%
  • menyokong perubahan metabolisme, fizikal dan fisiologikal semasa hamil
Oleh itu ibu mesti dapat bekalan kesemua zat penting seperti protein, karbohidrat, vitamin, lemak, garam dan mineral untuk tugas-tugas yang sangat penting ini.

Antara nutrisi yang mesti di amalkan ialah sayur-sayuran dan buah-buahan yang banyak, vitamin asas seperti zat besi, vitamin C dan vitamin B complex, zink untuk mencegah sebarang jangkitan kuman, dan vitamin E* untuk mengelakkan jangkitan dan menguatkan kantung amnion.

Kurma antara makanan yang mesti diamalkan oleh ibu hamil. Kajian menunjukkan ibu hamil yang mengamalkan kurma setiap hari terutama pada trimester akhir, dapat mengurangkan risiko pecah ketuban terlalu awal serta mengurangkan 'peralatan' bersalin seperti suntikan epidural.


2. Kesihatan vagina

Menjaga kesihatan dan kebersihan kawasan vagina di mana pertumbuhan mikroflora baik amat penting untuk menurunkan risiko jangkitan kuman.Ini kerana kadang-kala jangkitan kuman boleh menyebabkan air ketuban bocor atau pecah sebelum bermulanya proses pelahiran.

Jangkitan kuman boleh menyebabkan masalah kepada bayi selepas dilahirkan.

3. Tolak sebarang pemeriksaan vagina

Pemeriksaan vagina tidak perlu sekiranya ibu tiada apa-apa masalah yang serius. Peralatan yang digunakan boleh menyebabkan kuman atau bakteria dari luar dipindahkan ke dalam vagina dan ini juga boleh menyebabkan jangkitan.

4. Kurangkan pendedahan terhadap persekitaran luar

Jika ibu selalu berada di kawasan yang kotor, ramai orang, lebih mudah kuman menjangkiti ibu. Elakkan kawasan yang bahaya seperti hospital, bilik pemeriksaan doktor, dan pastikan ibu tidak memegang faraj dengan tangan yang tidak bersih.

5. Pengawasan yang teliti dan proaktif

Untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini, ibu mesti prihatin dengan tanda berikut:
  • suhu badan yang tetap setiap jam
  • pergerakan bayi-sama ada bayi bergerak atau tidak dan teliti trend pergerakannya
  • adakah uterus sakit jika disentuh
  • adakah denyutan nadi meningkat
  • simptom selsema
Jika tanda-tanda ini dikesan, segeralah ke hospital untuk rawatan selanjutnya.

6. Berinteraksi dengan bayi dalam kandungan

Bercakap dengan bayi, merasa tenang dengannya akan meningkatkan hormon oksitosin yang bagus untuk mengurangkan stress. Stress boleh menjadi penyebab kepada kebocoran air ketuban terlalu awal.

Nikmatilah saat-saat bersama bayi dan sentiasa fikirkan yang baik-baik sahaja sepanjang kehamilan ini.

Ibu sebenarnya ada pilihan untuk menjadi sihat sepanjang kehamilan, melahirkan bayi yang sihat, serta melalui proses mengandung dan melahirkan yang tenang, mudah lagi menyeronokkan.

******************

Dapatkan set vitamin lengkap ibu hamil yang jadi pilihan nombor 1 ibu-ibu Malaysia. Hubungi:

Suhaila Budin
012-9645614
868994

Assalamualaikum wbt.

Salah satu masalah yang kerap melanda ibu hamil ialah bengkak kaki atau dalam perubatan dipanggil oedema.

Alhamdulillah sepanjang saya mengandungkan tiga orang hero ni, belum pernah lagi mengalami masalah bengkak kaki atau kaki kembang.

Kalau datang buat check-up ke KKIA, nampak ibu dengan kaki bengkak, kesian pulak rasa. Mesti tak selesa dan ketat je rasa nak berjalan kan. Ada yang kes lagi teruk saya pernah nampak, urat kaki dia yang kaler hijau tu memang timbul sampai ke betis. huhu...


Kenapa ibu hamil selalu mengalami bengkak kaki?

Semasa mengandung, badan kita akan simpan banyak cecair daripada biasa. Dan apabila kandungan sudah semakin besar, rahim kita ni akan menekan salur darah pada pelvis. Tekanan ni akan menyebabkan peredaran darah di bahagian bawah badan kita menjadi perlahan dan berkumpul.

Apabila darah berkumpul, ia akan memaksa air turun dan keluar melalui kapilari darah dan masuk ke tisu-tisu pada tapak kaki dan buku lali. Biasanya air ini akan diserap oleh badan. Sebab itulah kita akan nampak kaki mula mengembang dan seakan bengkak.

Bagaimana nak kurangkan bengkak?

Ada beberapa cara yang boleh ibu lakukan untuk kurangkan dan menghilangkan bengkak kaki yang tak selesa ni.

1. Elakkan duduk terlalu lama atau berdiri terlalu lama. Jangan silang kaki semasa duduk kerana ini akan burukkan keadaan. Cuba lakukan banyak pergerakan untuk menghalang darah berkumpul di sesuatu bahagian.

2. Baring kekiri jika ibu ingin berehat untuk mengurangkan tekanan pada saluran darah vena kava. Ibu juga boleh naikkan sedikit kaki dengan bantal supaya berkedudukan tinggi sedikit daripada jantung.

3. Berselimut atau pakai stokin semasa tidur tetapi elakkan stokin yang terlalu ketat.

4. Pakai kasut yang selesa yang tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah.

5. Minum banyak air untuk mengembalikan cecair yang hilang.

6. Mengurut. Mintalah bantuan encik suami untuk mengurut kaki yang bengkak itu.

7. Makan secara sihat, elakkan makanan ringan dan tinggi garam.

8. Mengambil suplemen seperti multivitamin, kalsium, magnesium dan omega 3.

Hampir 80% wanita mengandung pernah mengalami masalah bengkak kaki ni dan ia biasanya berlaku pada trimester ketiga. Ianya normal dan ibu jangan risau. Selalunya lepas bersalin bengkak ni akan surut sendiri.

Tapi lain halnya dengan ibu yang mengalami bengkak kaki lepas bersalin. Yang ini saya pernah kena. Tunggu next entry okeh!

Ada ibu-ibu yang ingin mendapatkan set lengkap ibu mengandung, boleh hubungi saya ;)

Suhaila Budin
012-9645614
868994


Assalamualaikum wbt.

Anak yang baik, soleh, solehah dan tak banyak ragam sejak bayi adalah impian semua bakal ibu dan ayah. Tapi ramai yang tak sedar, proses melahirkan anak yang baik dari segi tingkahlaku bermula sejak dari awal lagi iaitu sejak bayi berada dalam kandungan.

Banyak perkara yang ibu perlu tahu dan amalkan serta jauhkan sepanjang kehamilan. Sebab sedikit sebanyak apa yang ibu makan, apa yang ibu pakai, apa yang ibu rasa, semuanya akan di rasai oleh janin dalam kandungan.


Maka biasakanlah bayi dengan perkara-perkara baik agar mudah menjaga dan mendidiknya selepas lahir nanti.

Di bawah ni saya senaraikan perkara yang mesti ibu lakukan sepanjang kehamilan supaya nanti bayi yang lahir tak banyak meragam, tak menangis, dan ibu mudah menjaganya.

1. Ibu mesti sentiasa ceria dan positif selalu, tidak merungut atau marah-marah.
2. Tidak bergaduh atau bermasam muka dengan suami. Redha dengan suami dan mohon keredhaan suami.
3. Makan makanan yang baik lagi halal. Elakkan makan makanan yang ada perisa, pewarna tambahan. Sebaiknya masak sendiri di rumah dan elakkan air tangan orang yang tidak solat.


4. Sentiasa menunaikan amalan fardhu dan tambah dengan amalan sunat.
5. Banyakkan membaca Al-Quran dan berzikir. Antara surah yang mesti di amalkan ialah:
  • Surah Al-Fatihah
  • Surah Yusuf
  • Surah Maryam
  • Surah Yaasin
  • Surah Luqman
  • Surah At-Taubah
  • Surah Al-Hujurat
  • Surah An-Nahl ayat 78

6. Sentiasa bercakap dengan bayi dalam kandungan agar dia keluar nanti menjadi anak yg soleh dan berakhlak mulia
Bukan saja si isteri, malah suami lebih lagi. Jaga perasaan dan emosi ibu hamil agar isteri tidak berdendam atau menghadapi sebarang tekanan perasaan dan kemurungan.
Ibu mengandung yang akrab hubungannya dengan Tuhan, insyaAllah akan dipermudahkan urusannya menjaga dan mendidik permata syurga...

***********************
Dapatkan Set Lengkap Ibu Hamil semulajadi dengan menghubungi saya:

Suhaila Budin
012-9645614
868994


Assalamualaikum wbt.

Saat disahkan positif hamil adalah saat yang paling ditunggu-tunggu oleh semua pasangan suami isteri. Ada yang lama menanti dan ada juga yang bunting pelamin. Keterujaan suami isteri ni adakala boleh buat mereka lupa apa yang penting demi menjaga kesihatan si ibu dan bayi dalam kandungan.

Bila perut dah ada 'isi', semuanya tak macam dulu lagi. Ibu kena berhati-hati dengan segala tindak tanduk lebih-lebih lagi dalam bab makanan.

Maklumlah...sekarang apa yang kita makan bukan je beri kesan pada diri sendiri tapi juga kepada si comel dalam perut tu.

Tapi kadang-kala tak semua pasangan atau ibu bernasib baik. Ada yang diuji dengan keguguran, dan ada juga yang bayi meninggal dalam kandungan walaupun kandungan sudah membesar. Kakak saya sendiri pernah mengalami peristiwa sedih ini.


Saya masih ingat, doktor benarkan kakak berhari raya dulu sebelum dia mengeluarkan bayi yang sudah meninggal itu. Sebab mereka pun kena berpantang sama seperti ibu lain berpantang. So baiklah raya sakan dulu..

Ada beberapa sebab bayi boleh mati dalam kandungan (stillbirth). Antaranya:-

1. Asphyxia iaitu keadaan di mana bayi tidak mendapat bekalan oksigen kerana terbelit tali pusat

2. Kecacatan organ seperti jantung

3. Pertumbuhan bayi yang sangat lambat

4. Kelainan kromosom, genetik atau metabolisme pada janin

5. Infeksi

6. Diabetes

7. Kesihatan ibu yang tidak baik

8. Mengambil bahan terlarang seperti rokok, alkohol atau dadah

Jadi, adalah sangat penting suami isteri, ibu-ibu dan kaum keluarga ambil berat terhadap apa yang si ibu ini makan dan gunakan sehari-hari. Kadang kita tak sangka benda nak jadi, dah jaga elok-elok pun bayi meninggal juga. Itu semua ketentuan dari Allah.

Walaubagaimanapun, ibu-ibu wajib berusaha untuk memastikan bayi dalam kandungan sentiasa selamat sehingga waktu melahirkan.

Cara Mengurangkan Risiko Bayi Meninggal Dalam Perut

Ibu bolehlah mengamalkan perkara di bawah sejak dari awal sebelum merancang untuk hamil.

1. Mengambil makanan seimbang yang cukup nutrisi penting terutama asid folik, dan mengelakkan mengambil makanan yang tidak berkhasiat dan terlalu tinggi kandungan gula.

2. Beritahu doktor jika anda ada masalah kesihatan dan ada mengambil sebarang ubat

3. Suami dan isteri menjauhi rokok dan minuman beralkohol. Partikel rokok akan beri kesan kepada janin dalam keadaan yang kita tidak jangka.

4. Menjaga kesihatan dan kebersihan agar tidak terkena sebarang jangkitan penyakit, terutama di kawasan sekitar faraj.

5. Sentiasa memastikan pergerakan janin signifikan. Segera ke hospital jika merasakan trend yang merosot atau terlalu aktif

Selalunya, kejadian bayi meninggal dalam perut atau stillbirth ini berlaku apabila janin berusia 20 minggu ke atas.

Jadi ibu-ibu banyakkan berehat, bertenang, prihatin terhadap sebarang perubahan pada tubuh dan jangan berlengah jika ada sebarang masalah berlaku.

Saya doakan ibu yang sedang hamil sentiasa sihat dan selamat hingga waktu melahirkan nanti.

Bagi ibu yang ingin mendapatkan Set Vitamin Ibu Hamil Lengkap, boleh terus menghubungi saya:

Suhaila Budin
012-9645614
868994

Assalamualaikum geng!

Hari tu kan, masa saya skrol skrol Fb, saya terbaca salah satu komen pada page, lebih kurang macam ni,

"Saya mengandung tak makan pun vitamin yang klinik kasi, ok je langsung takde masalah"

Saya macam, wow ok. Baguslah Alhamdulillah. Mungkin ibu ni cukup ambil vitamin daripada sumber makanan yang sebenar.

Tapi kan, sebenarnya pada saya, tak begitu sesuai kita mengungkapkan kata-kata ini di 'khalayak ramai' sebab bimbang ada yang terpengaruh pula nanti.


Keperluan setiap ibu hamil itu berbeza antara satu sama lain kan. Kita tak makan vitamin, mungkin ok. Tapi kita tak tahu ada rakan-rakan kita yang ada masalah, memang kekurangan gizi, lepastu terpedaya pula dengan kata-kata kita, akhirnya bawa padah kat diri sendiri. Lebih buruk lagi memberi kesan pada bayi dalam kandungan.

Saya pernah terbaca dalam satu majalah, Pa&Ma tak silap, seorang ibu ni akibat morning sickness dan alahan yang teruk, dia bukan saja tak makan vitamin macam B complex, malah makanan lain pun dia tak lalu nak telan. Akibatnya bayi dia menghidapi masalah saraf yang agak kronik juga.

Kepentingan Asid Folik Kepada Ibu Hamil

Sebaik sahaja ibu disahkan mengandung, vitamin yang sepatutnya wajib ibu telan mula-mula sekali ialah asid folik!

Asid folik sebenarnya ialah sejenis vitamin B atau lebih tepat lagi salah satu daripada lapan adik-beradik vitamin B. Apabila kita makan kesemua lapan jenis vitamin B ini, maka kita di katakan mengambil vitamin B Complex.

Pentingnya asid folik ini ialah kerana ia sangat diperlukan untuk:

  • pembentukan sel darah merah supaya bacaan Hb tak low
  • perkembangan tiub neural iaitu otak dan saraf tunjang yang sempurna
Apabila seseorang ibu didapati mengambil sangat kurang asid folik, ia boleh menyebabkan kecacatan pada tiub neural bayi dan ini boleh dikesan seawal minggu ke3-4 kehamilan. Sebab itu penting ibu yang merancang untuk hamil mengamalkan asid folik dan vitamin B complex sejak dari awal lagi.

Ibu mengandung disarankan mengambil sehingga 400mg asid folik setiap hari. Jika ibu ada mengamalkan multivitamin, jadi kiralah jumlah asid folik yang sepatutnya di ambil.

Asid folic pilihan saya?

Saya mengambil vitamin B Complex yang lengkap dengan kesemua lapan jenis vitamin B termasuk asid folik.

Ia vitamin semulajadi dimana ia mempunyai Sistem Penyerapan Bioaktif Berpaten untuk meningkatkan penyerapan asid folik ke dalam badan.

120 biji ni boleh tahan sehingga 4 bulan dan harganya tak mahal pun, cuma RM53 sahaja,

So ibu-ibu, kalau sudah disahkan hamil, apa lagi kalau ada masalah Hb yang rendah, eloklah amalkan asid folik sejak awal lagi.

Nak yang macam saya ni? Boleh hubungi:-

Suhaila Budin
012-9645614
Fb/ Su AnNajah
868994

Semua wanita di atas muka bumi ini sangat obses dengan cantik. Daripada anak dara hinggalah ke nenek dara mesti paling tidak pun mengamalkan sekurang-kurangnya satu petua untuk nampak cantik.

Cantik mempunyai definisi yang sangat subjektif. Tetapi ramai orang menganggap bahawa wanita yang berkulit putih berseri itu adalah cantik. Maka keluarlah pelbagai produk kecantikan pemutih wajah dari kilang untuk memutihkan kulit para wanita.

Adakah salah ingin memutihkan kulit gelap kusam ni?? Tak, tidak salah sama sekali. Itu hak individu yang orang lain tak boleh pertikaikan. Terpulanglah kepada wanita tu nak cantik putih sampai pucat atau nipis kulit wajah sekalipun itu hak dia.


Dulu, produk pemutih wajah ni susah nak jumpa. Harganya pun mungkin agak mahal. Sekarang boleh dapat di mana-mana malah harganya bukan saja berpatutan malah murah tak masuk akal. Kualitinya??? Kriik kriikk..

Sebenarnya dengan harga yang murah, kualiti produk itu bolehlah dikatakan 'murahan' juga! Harga murah dan kualiti yang tidak begitu baik pasti mendatangkan kesan negatif kepada si pemakainya. Apalagi jika produk itu menjanjikan putih dalam masa yang amat singkat! Dua minggu, seminggu, sehari atau seminit sapu pun boleh putih?? Tidakkah ini sangat berbahaya??

Percaya tak, ibu-ibu hamil juga tak terlepas daripada persaingan untuk nampak cantik dan putih ni. Dan lagi mengerikan mereka tidak teragak-agak untuk memakai produk pemutih yang tidak pasti asal-usulnya.

Semasa saya mengandung dulu, usahkan pakai produk pemutih, pencuci muka pun saya hentikan pemakaiannya gara-gara terbaca artikel 'ubat jerawat tidak sesuai untuk ibu hamil'. Apabila saya kelebet-kelebet kandungan bahan pada pencuci murah saya itu, saya temui pelbagai bahan yang amat bahaya bukan saja kepada saya malah kepada bayi dalam kandungan. Syukurlah sekarang saya dah jumpa pencuci yang selamat dan boleh digunakan semasa hamil pun.

Berbalik kepada produk pemutih kita tadi, ada beberapa bahan berbahaya yang memberi kesan negatif bukan saja kepada ibu malah bayi dalam perut turut merasa kesannya.

1. Merkuri

Merkuri ialah sejenis logam yang boleh merosakkan bahagian tubuh manusia termasuk peparu, buah pinggang, sistem saraf malah boleh menyebabkan masalah pendengaran dan penglihatan. tahap keseriusan bergantung kepada sebanyak mana kita telah terdedah kepadanya. Merkuri boleh menyebabkan kerosakan otak, telinga dan mata pada bayi.

2. Hidrokuinon

Hidrokuinon ialah sebatian organik beraroma yang bertindak sebagai agen peluntur (bleaching) yang biasa di gunakan dalam sabun basuh kain, pencuci detergent dan produk cucian. Produk yang mengandungi hidrokuinon biasanya boleh menyebabkan seseorang itu mempunyai wajah dengan efek putih kemerahan seperti terbakar. Produk yang mengandungi hidrokuinon tidak sesuai digunakan untuk jangka masa lama.

3. Retinoid

Boleh menyebabkan FRS (Fetal Retinoid Syndrome) dimana janin akan mengalami masalah kecacatan mental dan fizikal. Retinoid sering digunakan dalam krim untuk merawat jerawat.

Memang tidak ada salahnya untuk ibu kelihatan cantik semasa hamil. Tetapi jika kecantikan ibu hanya mengundang padah kepada anak dalam kandungan, apalah gunanya.

Di bawah ini beberapa tips saya nak kongsikan untuk ibu supaya masih lagi boleh cantik walaupun ketika hamil tanpa merisikokan nyawa sendiri dan bayi.

1. Elakkan menggunakan sebarang produk yang mengandungi bahan berbahaya di atas. Ini agak sukar kerana kebanyakan pengilang sering menyembunyikan bahan dengan 'menipu label'. Walaupun ada cop KKM, ia tak semestinya selamat kerana ada pengilang yang menghantar sampel selamat ke KKM, tetapi yang dijualnya lain.

2. Gunakan bahan semulajadi sebagai masker, itupun setelah kandungan berusia 4 bulan.

3. Pakai sunblock yang selamat agar kulit tidak gelap walaupun ibu berada di bawah cahaya matahari terik yang agak lama.

4. Bertanyalah kepada doktor mengenai alat kosmetik anda. Ini kerana bukan saja produk penjagaan wajah, krim atau pencuci malah produk kosmetik seperti lipstik, bedak, alat make-up juga mengandungi bahan kimia yang tidak kita ketahui kandungannya.

5. Makan vitamin semulajadi yang sesuai semasa hamil. Contohnya Vitamin C bukan saja sangat bagus untuk pengaliran darah yang lancar, malah ia bertindak sebagai peransang kolagen semulajadi.

Kulit wajah yang cantik, putih dan berseri memang menjadi idaman setiap wanita, namun kesihatan dan keselamatan diri jauh lebih penting. Ambil langkah berhati-hati setiap masa, buat kajian dan penyelidikan sedikit sebelum anda menggunakan apa-apa produk pemutih wajah.

Apapun, saya doakan anda ibu hamil sentiasa sihat dan selamat sehingga melahirkan.

Salam ceria!

~Suhaila Budin~
012-9645614
ID:868994



Assalamualaikum w.b.t

Wahh agak terkejut apabila saya terbaca perbincangan mengenai ini semalam. Kerana saya juga seorang ibu dalam kategori underweight!

Tahu tak berat saya kalau tak hamil hanyalah sekitar 35kg hingga 38kg sahaja?? Hihi jangan terkejut.

Dulu-dulu sebelum berkahwin, saya pun risau kalau-kalau berat saya yang tak begitu berat ni akan mempengaruhi kandungan. Oh rupanya sangkaan saya meleset sama sekali.


Setiap wanita yang mengandung, Allah anugerahkan kekuatan hingga dia mampu membawa beban sehingga 24kg bergantung kepada berat badan sebelum hamil dan jenis kandungan sama ada tunggal atau kembar.

Dan tidak ada kena mengena berat ibu yang underweight akan dipaksa bersalin awal sebelum cukup tempohnya (37-40 minggu) melainkan ibu tersebut ada masalah tertentu yang akan berisiko terhadap nyawa ibu dan bayi dalam kandungan.

Risiko Bersalin Awal

Apabila bayi dilahirkan sebelum cukup 37 minggu, ia dikenali sebagai bayi pra-matang. Ada banyak sebab ibu akan terpaksa bersalin awal. Antaranya:

  • sejarah kelahiran pra-matang. Jadi ibu berisiko tiga kali ganda akan melahirkan bayi pra matang lagi
  • hamil kembar
  • kelainan pada uterus dan serviks
  • jangkitan pada buah pinggang dan pundi kencing
  • jangkitan pada tempat air kencing dan vagina
  • penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi, sakit buah pinggang dan diabetes
  • mengandung dengan satu fetus selepas rawatan IVF
  • ibu merokok, mengambil dadah dan alkohol
  • sosio ekonomi rendah
Walaupun begitu, jika ibu mempunyai faktor risiko spesifik, tidak bermakna seorang ibu telah ditetapkan untuk melahirkan anak pra-matang kerana adakalanya ia berlaku juga tanpa sebab yang tidak diketahui.



Kalau ada yang bertanya berapa kilo berat anak-anak saya semasa lahir?

Anak sulung lahir dengan berat 3.10kg, anak kedua 3.15kg dan anak ketiga 3.55kg.

Apa yang penting, semasa hamil, ibu-ibu mestilah menjaga kesihatan sebaik mungkin, ambil semua vitamin yang diperlukan sejak awal mengandung kerana vitamin itu sangat penting untuk perkembangan bayi yang sihat dan last but not least ikut nasihat doktor becoz your doctor knows best about you!

Salam sayang,

~Mama Su~
012-9645614
ID: 868994

Hemoglobin (Hb) ialah sejenis protein yang kaya dengan zat besi yang terdapat pada sel darah merah. Protein ini bertanggungjawab untuk membawa bekalan oksigen ke seluruh sel tubuh kita, dengan itu tubuh badan akan berfungsi dengan sepatutnya.

Semasa mengandung, bayi yang membesar dalam kandungan amat memerlukan bekalan oksigen untuk pertumbuhan selnya yang normal. Kekurangan oksigen boleh membahayakan ibu malah turut menyebabkan kecacatan dan kematian bayi dalam kandungan.


Lebih kurang 20% wanita di negara membangun mengalami kekurangan zat besi semasa mengandung yang membawa kepada penurunan aras hemoglobin dalam darah.

Keadaan kekurangan hemoglobin (juga dikenali sebagai anemia) boleh meningkatkan risiko bayi pramatang serta berat lahir yang rendah.

Simptom Kekurangan Hemoglobin

  • lemah dan lesu
  • pernafasan pendek
  • pening / pusing
  • sakit kepala
  • kulit pucat
  • kuku rosak
  • rentak jantung yang cepat
  • hilang selera makan
Pada ibu mengandung, situasi mungkin lebih buruk seperti pitam, dan pre-eclampsia boleh berlaku.

Hb rendah semasa mengandung ini biasanya disebabkan ibu-ibu kekurangan vitamin seperti asid folik, zat besi, vitamin B 12 dan vitamin C.

Tapi ibu-ibu jangan risau, di samping mengamalkan Set Mengandung Shaklee yang semulajadi ni, ibu-ibu boleh juga makan makanan yang kaya zat besi serta dapat membantu menambah darah serta menaikkan bacaan Hemoglobin. InsyaAllah ibu-ibu takkan di marah oleh jururawat lagi.

1. Makan makanan yang kaya zat besi

Makanan tersebut ialah daging merah, udang, tofu, bayam, kacang almond, kurma, bijirin oat, tiram dan asparagus.

Boleh juga ambil iron suplemen atau lebih baik Vita-lea with Iron Formula  yang lengkap dengan multivitamin dan multimineral.


2. Tingkatkan pengambilan vitamin C

Vitamin C berfungsi membantu penyerapan zat besi dengan lebih baik. Sia-sia kalau makan zat besi tapi tidak mengambiul vitamin C.

Makan makanan yang kaya vitamin C seperti buah betik, oren, lemon, strawberi, brokoli, anggur, tomato dan bayam.

Alternatifnya ibu boleh ambil Sustained Release Vita C  yang mana pelepasan bertahan membantu penyerapan vitamin C yang lebih baik.

3. Ambil asid folik

Asid folik, iaitu sejenis vitamin B complex, berfungsi menghasilkan sel darah merah. Oleh itu, kekurangan asid folik memang akan menyebabkan kekurangan sel darah merah lalu menurunkan aras hemoglobin darah.

Amalkan makan sayuran hijau, nasi, pucuk, kekacang, gandum, bijirin, pisang serta brokoli.

Ambil juga suplemen asid folik seperti B complex yang lengkap dengan 8 jenis vitamin B termasuk asid folik.

4. Makan beetroots (ubi pokok bit)


Ubi bit sangat di galakkan makan kerana ia tinggi dengan kandungan zat besi, asid folik, serat dan pottasium yang membantu meningkatkan penghasilan sel darah merah.

Boleh jadikan ubi bit jus atau masak sup atau bakar bersama kulit.

5. Makan epal

Epal kaya dengan zat besi dan dapat membantu meningkatkan aras hemoglobin.

Makan sebiji epal sehari (lagi bagus epal hijau), juga boleh dijadikan jus bersama-sama ubi bit.

6. Buah delima

Buah delima sangat digalakkan makan semasa hamil. Ia mengandungi zat besi, kalsium, protein juga serat. Ia membantu meningkatkan penghasilan sel darah merah dan meransang peredaran darah yang sihat.

Buah delima boleh dimakan begitu saja atau enak juga dijadikan jus.

Pengambilan makanan berkhasiat semasa mengandung sangat penting kerana pada waktu inilah, satu-satunya waktu dimana apa yang kita makan memberi efek kepada manusia lain iaitu anak dalam kandungan kita.

Nak naikkan hemoglobin, ibu-ibu toloooonglah elakkan minum kafein, minuman bergas (boleh sebabkan gula darah meningkat), jajan, dan bahan-bahan aditif dalam makanan. Sayang kat baby kan.

Banyakkan minum air kosong, ikut nasihat jururawat, elakkan stress dan tekanan...insyaAllah ibu-ibu akan menjalani tempoh mengandung yang menenangkan. Barulah bayi tak banyak ragam nanti ;)

baby Fawwaz, 5 month old, 9.25kg

Mama doakan ibu-ibu sentiasa sihat, dan bacaan Hb naik terus sampai kena puji dengan misi... mcm Puan ni yang hampir warded sebab anemia semasa mengandung.


Anemia Ibu Hamil ni Dah Warded Pun Degil - Nasib Kakak Garang from iReach HD on Vimeo.

Untuk pembelian Set Mengandung Lengkap serta khidmat nasihat percuma, hubungi mama Su seperti di bawah:

~Suhaila Budin~
012-9645614
ID : 868994