Enter Keyword

Memaparkan catatan dengan label Set alergi/resdung/asthma/eczema. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Set alergi/resdung/asthma/eczema. Papar semua catatan
Semalam MS belek-belek majalah Pa&Ma. Kemudian MS terbaca satu artikel bertajuk Toksin Pembunuh Senyap.

Dalam artikel tu ada senarai penyakit-penyakit yang disebabkan pengumpulan toksin berlebihan dalam badan. Guess what? Hampir semua jenis penyakit yang biasa kita dengar adalah disebabkan toksin termasuk asma, resdung, masalah penghadaman juga penyakit kronik seperti kanser, kencing manis, sakit jantung dan buah pinggang.

Tanda Awal Badan Banyak Toksin!

Begitu bahayanya jika toksin dibiarkan dalam badan tanpa ada usaha untuk membuangnya. 

Dan tahu tak? Antara tanda-tanda awal badan kita banyak toksin ialah kita selalu mengalami selesema, batuk, gatal hidung, muka dan mata, kerap bersin dan hidung berair terutama pada waktu pagi atau cuaca sejuk!

Rawatan Resdung Tradisional?

Mungkin ada yang pernah menjalani pelbagai rawatan untuk buang resdung kan? 

rawatan resdung melalui bekam

rawatan resdung menggunakan lintah

rawatan resdung menggunakan asap
Saya pernah menjalani rawatan menggunakan asap tu. Masa tu masih belajar di universiti. Ada seorang kakak datang dan dia tawarkan untuk buat rawatan resdung.

Saya dan kawan-kawan yang sememangnya ada masalah resdung serta jerawat tak ketinggalan mencuba.

Perasaannya?? Geli! Haha bukan geli sebab kotor, tapi rasa macam muka kena geletek!

Saya tak tahan menahan perasan hendak ketawa sepanjang sesi rawatan. Dan memang saya ketawa pun. Agaknya mesti kakak tu rasa nak cucuh-cucuh je muka saya dengan api sebab menyusahkan kerja dia. LOL.

Itu je lah sekali dalam seumur hidup saya pernah berusaha menjalani rawatan resdung.

Bagaimana Resdung Saya Boleh Hilang?

Ini cerita yang agak menarik pada saya. Saya sendiri pun tak sangka, akibat mengambil Set Menyusu dan Set Kecantikan, resdung saya hilang. Bukan kejap ada kejap tak ada tetapi memang hilang terus!

Rupa-rupanya, setelah konsisten mengamalkan, vitamin Shaklee, ia membantu 'mencuci' toksin di bahagian hidung dan muka, lalu memulihkan masalah resdung kronik saya tadi.

Kini saya bukan saja bebas resdung, saya juga tidak lagi mengalami masalah hidung gatal, berair, gatal mata, dan bersin berkali-kali waktu pagi.

Set Resdung Shaklee, Rawatan Moden Dan Semulajadi

Set Resdung Shaklee mengandungi:
Alfalfa Complex
Bertindak sebagai agen detoksifikasi yang mencuci toksin dalam salur darah

Sustain Released Vita C
Membantu menguatkan sistem imunisasi tubuh untuk melawan jangkitan. 

B Complex
Membantu meredakan alahan, dan menenangkan.

Saya memang syorkan kepada anda set ini, sebab satu set ini penggunaanya tahan sehingga 6 bulan!

Harganya cuma RM242.

Berbaloi sangat kan?

Sebelum masalah resdung anda jadi makin kronik, dan perlukan rawatan doktor dengan kos lebih mahal, apa kata cuba set resdung Shaklee yang dah terbukti berkesan ni. Jom order sekarang! Saya bantu cara pengambilannya.

Suhaila Budin
SMS/ WhatsApp: 012-9645614
Fb: Su AnNajah
Ekzema atau dalam bahasa lainnya 'atopik dermatitis'. Perkataan 'dermatitis' (radang kulit) atau ekzema ini adalah daripada bahasa Yunani yang bermaksud "mendidih hingga kering".

Perkataan "atopik" merujuk kepada kecenderungan untuk mengalami asthma, ekzema dan hayfever. Ia biasa berkait rapat dengan penyakit-penyakit tersebut dan sering berlaku akibat faktor keturunan dikalangan ahli keluarga.

Atopik dermatitis adalah satu keadaan dimana kulit gatal yang biasa ketara pada bayi dan kanak-kanak. Biasanya ia melibatkan 2 daripada 10 orang kanak2. Kulit pesakit ekzema menjadi kemerah-merahan, bersisik, keras dan tebal.

Ia seringkali melibatkan bahagian tangan atau bahagian kulit yang berlipat seperti siku, paha, bawah lutut dan mungkin melibatkan sebahagian atau keseluruhan badan. Selain menjadi merah akibat menggaru, kulit mungkin menjadi keras dan melepuh. Kadangkala kulit menjadi bernanah akibat jangkitan bakteria.

Tanda2 atopik dermatitis berlaku dari semasa ke semasa dan biasanya akan beransur pulih apabila pesakit mencapai usia belasan tahun, malah ada yang berterusan sepanjang hayat. Atopik dermatitis boleh dikawal.

ekzema pada kanak-kanak

Kulit kering
Apabila terasa gatal, kanak-kanak akan menggaru. Tindakan ini boleh merosakkan kulit dan mencetuskan rasa gatal semula. Justeru, kanak2 lebih cenderung menggaru dan ini seterusnya merosakkan kulit. Ini dipanggil 'itch-scratch-cycle'. Kulit menjadi sangat kering kerana hilang terlalu banyak kelembapan.

Apa perlu dilakukan?
1. Jangan mandi dengan air panas dan jangan mandi terlalu lama. Gunakan air sejuk atau suam.
2. Elakkan penggunaan sabun atau mandian buih yang boleh merosakkan kulit. Guna pembersih bebas-sabun
3. Gunakan pelembap selepas mandi

Pelembap
Pelembap membantu mengawal keadaan kulit kering dan mengembalikan kelembapannya. Ia juga mempercepatkan penyembuhan dan mengembalikan fungsi kulit sebagai pelindung. Antara pelembap yang boleh digunakan:
-minyak zaitun
-vitamin E
-minyak kelapa
-krim serbaguna yang semulajadi dan bebas bahan kimia berbahaya seperti Shaklee Herbal Blend.

Pemakanan
Awasi pemakanan kanak-kanak. Elakkan memakan makanan yang boleh menyebabkan rasa gatal seperti telur, ayam, lebih-lebih lagi jika terdapat luka. Makanan tambahan yang sesuai ialah:

1. Vitamin C Chewable - meningkatkan sistem imun kanak-kanak
2. Omega Guard - anti radang dan anti inflammasi
3. Vitalea Chewable- kaya nutrisi
4. Meal Shakes Shaklee - sumber protein untuk baik pulih sel, tingkatkan imun dan makanan nutrisi lengkap.

Hubungi doktor anda untuk mengetahui lebih lanjut tentang ekzema dan rawatan lain yang sesuai..

Assalamualaikum, salam bahagia semua..

Setiap pagi, bangun dari tidur, pernahkah anda bersin berkali-kali? Hidung gatal-gatal dan tersumbat? Mata berair? Atau lebih teruk simptom tersebut berlanjutan ke waktu malam, serta berbulan-bulan lamanya? Dan kita pula menganggap itu perkara normal?

Masalah ini lazimnya sering dikaitkan dengan alahan hidung atau dalam istilah masyarakat Malaysia memanggilnya sebagai resdung; iaitu merujuk kepada masalah berkaitan selesema, bersin, gatal di muka dan hidung termasuk mata. Resdung yang tidak dirawat akan membawa kepada implikasi lain.

Rakyat Malaysia sering memandang ringan perkara ini sedangkan wujud perbezaan antara masalah selsema dan resdung.

Selesema lazimnya berlaku beberapa bulan sekali, manakala resdung berlaku lebih kerap hampir setiap hari terutama waktu pagi atau malam.

Statistik menunjukkan resdung merupakan masalah kesihatan global. Kajian mendapati 40% rakyat Malaysia mengidap asthma. Malah resdung juga berkait rapat dengan asthma. Kajian lain mendapati 20% pengidap resdung turut mengidap asthma, dan 80% pengidap asthma turut mengidap resdung termasuk juga kanak-kanak.

Bayi atau kanak-kanak lebih mudah terkena alahan hidung memandangkan mereka masih belum imun dengan masalah ini berbanding orang dewasa.

Simptom
  • kerap bersin dan selsema termasuk hidung tersumbat pada waktu pagi
  • rasa gatal di bahagian hidung dan kadang-kadang akan melibatkan rasa gatal pada mata, telinga lelangit dan tekak
  • simptom semakin jelas jika pengidap terdedah kepada persekitaran berhabuk, debunga, asap perubahan cuaca, makan makanan tertentu seperti udang, telur, ayam, daging, dan sbg.
Resdung boleh menjadi penyakit kronik?
Ya, jika ia berlarutan dalam tempoh yang lama, ini mungkin ada kaitan dengan penyakit kronik seperti barah hidung! Namun begitu, alahan hidung kebiasaannya tidak menyebabkan penyakit barah.

Jika pengidap mengalami alahan hidung yg teruk seperti lelehan selsema yg bercampur darah, mereka perlu melakukan pemeriksaan endoskop hidung untuk memastikan tidak ada masalah lain seperti ketumbuhan di dalam hidung contohnya polip atau barah.

Risiko lain akibat resdung
- turbinat hidung membesar, menyebabkan hidung sentiasa tersumbat walaupun tidak selesema
- masalah sinusitis dimana berlaku jangkitan kuman di dalam sinus
- risiko telinga tersumbat/ sakit telinga akibat sering menghembuskan  hidung

Rawatan yang diperlukan
1. Pencegahan
-Mengelakkan diri dari sumber alergen. Sentiasa pastikan kebersihan bahagian rumah terutama pd bahagian karpet, langsir, kusyen dsbg. Kucing juga perlu dijauhi oleh pengidap alahan hidung.
-Pengidap alahan makanan pula haruslah berhati-hati apabila mengambil makanan yg telah diketahui akan menyebabkan alahan pd diri sendiri.

2.Ubat-ubatan
-Rawatan menggunakan ubat seperti anti-histamin dan juga semburan intranasal steroid. Pengidap perlu menggunakan ubat untuk beberapa bulan.

3. Pembedahan
-Hanya diperlukan jika pengidap mengalami masalah kronik seperti hipertrofi turbinate, polip hidung atau infeksi sinus
sumber: Pakar Perunding Bedah Otorinolaringologi-Kepala dan Leher Hospital Pakar KPJ Seremban dari majalah Seri Dewi Keluarga Edisi Disember 2011.

CEGAH SEBELUM PARAH!
Alahan hidung atau resdung, asthma,eczema dan masalah alergi yg lain boleh di atasi dengan mengambil makanan tambahan. Di Shaklee, kami ada set G yang mengandungi Sustained Release Vita-C, Vitamin B complex dan Alfalfa complex.

Apakah peranan ketiga-tiga vitamin di dalam set G?

Sustained Release Vita-C
Vitamin C merupakan antioksidan yang membantu mempertingkatkan sistem ketahanan badan, membantu memulihkan bersin dan hidung berair di waktu pagi.

B-Complex
Sebagai penenang, anti stress, menstabilkan emosi, juga membantu meredakan alahan

Alfalfa Complex
Penting untuk melawan alahan dengan mengurangkan tindakbalas alergi.

Testimoni
Saya sendiri salah seorang daripada pengidap alahan hidung. Setiap pagi sebaik bangun dari tidur ketika cuaca sejuk dan apabila angin dari kipas mengenai muka, hidung saya automatik akan mengeluarkan air. Saya akan bersin berulang kali dan akhirnya menghembuskan hingus. Kemudian kawasan sekitar hidung dan berhampiran mata akan gatal. Saya akan menggosok bahagian tersebut dengan kain sehingga hilang rasa gatal dan puas. 

Saya juga alah kepada habuk. Setiap kali menyapu sampah hidung akan berair, mata akan gatal. Sebagai alternatif apabila nak mengemas rumah saya akan menutup muka dengan kain seperti ninja. Saya juga alergik kepada rumput. Masa sekolah apabila balik dari padang, saya mula perasan saya akan menggaru di bahagian kaki. Memang sangat gatal.. setiap kali pulang dari padang, setiap kali itu juga kaki saya akan berdarah akibat menggaru..baru saya tahu bahawa saya ni alergik rumput.

Satu bende lagi yang membuat hidung saya gatal ialah belacan. Dulu saya memang tak suka makan belacan sebab saya takut hidung saya gatal. Semenjak berkahwin, suami suka makan sambal belacan, sy pun terikut sama. Memang pun, lepas makan bahagian atas tekak dan lelangit ni gatal sangat. Saya selalu menolak2 dengan lidah untuk mengurangkan kegatalan. Hidung dan sekitarnya juga jadi gatal. Walaupun begitu saya tetap juga makan sambal belacan. hehehe..

Bagaimana alergi saya boleh hilang?
Saya pun tak perasan dan tak ambil kisah sangat dengan masalah alahan hidung seperti kebanyakan orang. Saya selalu tersedar jam 5 pagi untuk menyusukan anak, waktu itulah hidung akan mula berair dan bersin. Sy akan menutup hidung dengan selimut untuk mengelakkan hidung berair secara automatik. 

Namun sejak dua menjak ni, saya perasan, walaupun kipas angin di pasang no3 (kipas berdiri cap panasonic) memang tala ke muka sebab rumah flat kami memang panas, saya ok je, hidung langsung tak berair. Bersin di waktu pagi dah tak pernah. Dulu berlawan ngn hubby kini dia bersin sorang2 je..hahah. Saya bebas alahan hidung kini!! 

Apa yang saya makan?
Pada asalnya saya ada ambil set D/kecantikan (vit c, vit b com, dan vit e) kemudian saya tambah dengan alfalfa dan ESP untuk menambah kuantiti susu yg makin merudum. Setiap hari saya amalkan set tersebut rupanya bukan hanya manfaat kecantikan dan penyusuan malah alahan saya hilang. Syukur Alhamdulillah... cuma sy belum ke pdg bola untuk test kaki masih alergik rumput atau tak ;)

*Bercakap mengenai barah hidung, baru-baru ini saya mendapat berita seorang bekas guru yg amat saya sayangi telah kembali ke rahmatullah kerana mengidap barah hidung. Beliau tahu pun dah agak lewat dah kronik stage kot. Saya sendiri tak pasti apakah punca sebenar beliau mendapat barah hidung tersebut. Apepun semoga Allah menempatkan roh beliau di kalangan orang2 yang beriman dan solehah. Aamiinn..

Apa-apa jua masalah kesihatan walau sekecilnya, jangan di ambil mudah, sebab kita tak tahu ia akan membawa implikasi lebih besar di masa depan. Cegahlah sebelum terlambat.

Set Resdung (Vitamin C, Alfalfa (S), B Complex) ini berharga RM207.60 (termasuk kos penghantaran). Set ini bertahan 2-6 bulan.

Pertanyaan/ pembelian boleh hubungi saya:


012-964 5614

Shaklee Malaysia
ID:868994