Enter Keyword

Memaparkan catatan dengan label Set berpantang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Set berpantang. Papar semua catatan
Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah tahniah kepada semua bakal ibu dan ibu-ibu yang telah selamat melahirkan bayi comel masing-masing.

Ciksu doakan anda dan baby sentiasa sihat, tenang dan membesar dengan baik. Membesar untuk baby. Mak-mak dah boleh stop membesar 😅.


Baru-baru ni, ada seseorang call, dia alami sakit yang amat sangat pada bahagian tulang pelvik hingga ke kaki. Sakit ini di panggil simphisis pubis yang memang selalu berlaku kepada kebanyakan ibu hamil.

Cuma, apabila lepas bersalin, ada yang sakitnya berkurang, ada yang hilang, dan ada juga yang makin teruk sampai nak berjalan pun susah. Menggeletar kaki tahan sakit.

Ciksu pun pernah alami perkara macam ni. Cuma alhamdulillah, ciksu mampu kawal dengan pengambilan suplemen.

Bagi ibu bersalin czer atau pembedahan, sakit ini boleh jadi teruk sebab ibu tak dapat nak urut, tak dapat nak berbengkung dengan ketat.

Pendek kata tak boleh nak lasak-lasak dekat bahagian yang dibedah tu.

Oleh itu, untuk ibu-ibu, Ciksu amat galakkan sangat ibu mengambil Set Berpantang Premium Shaklee ni.

Apa kelebihan set berpantang ini?

1. Ia buat luka dalaman dan luaran pulih dan kering lebih cepat.

Kita tak nak luka yang berair, basah, lama-lama bernanah dan berlaku jangkitan.

2. Ia bagi tenaga kepada ibu-ibu

3. Ia hilangkan sakit-sakit otot dan badan

Bila mengandung, banyak saraf dan otot jadi 'kembang' dan 'lari'.

Pengambilan kalsium akan bantu ketatkan semula saraf dan otot tersebut serta mengurangkan kesakitan.

*Ciksu cadangkan ibu tambah Ostematrix Shaklee

4. Ia bantu perjalanan darah jadi lancar

Ibu bersalin czer ada risiko yang tinggi untuk dapat thrombosis pulmonari iaitu kejadian darah beku yang boleh menyebabkan sesak nafas.

Darah nifas juga akan keluar dengan lancar.

5. Ia mengurangkan tekanan dan memberi ketenangan

Ibu yang tertekan dan stress menyebabkan kesihatan merosot dan pengeluaran susu badan juga terganggu.

6. Ia membantu pembinaan sel yang sihat, menyerikan semula wajah yang lesu dan penat dan mengurangkan kekusaman wajah.

Zaman sekarang ni, kebanyakan ibu bersalin especially yang anak ramai tu, dah tak boleh nak berehat sangat masa berpantang.

Banyak benda kita nak uruskan. Tu yang kadangkala kita jadi penat, stress dan mulalah cepat nak marah dan beremosi.

Ciksu faham sangat keadaan tu.

Pengambilan suplemen sangatlah penting untuk kembalikan semula kesegaran badan dan pulihkan kesihatan dalaman dan luaran.

Sel badan kita perlukan CUKUP nutrisi barulah ia dapat berfungsi dengan baik dan cekap.

Jika ibu-ibu berminat nak dapatkan Set Berpantang Premium Shaklee ini, boleh hubungi saya.

Semoga ibu-ibu semua cepat sihat. InsyaAllah.

-Puan Suhaila-
Pengedar & Konsultasi Nutrisi Shaklee
ID:868994

Saya selalu dengar orang cakap,

'Kau pantang lah elok-elok. Sekarang memang tak rasa. Dah tua nanti kau tanggunglah sendiri'.

Lepas tu ada juga yang cakap,

'Alah dah tua memanglah banyak penyakit tak kira la pantang atau tak pantang'.

Saya tak menyangkal, malah saya bersetuju dengan kenyataan dia atas ni.

Bahkan...

Saya juga semakin elergik dengar orang cakap macam ni. hahaha..

Seolah-olahnya seperti kita ada pilihan untuk jadi sihat, kenapa kita pilih nak sakit? Pelik betul!

Dah tu, kenapa bila semakin bertambah anak, badan pula semakin sakit? Kenapa walaupun pantang ketat-ketat badan sakit juga? Kenapa bila usia bertambah je tahap kesihatan mula merosot?

Sedangkan anak kecil berderet lagi nak kena jaga ni...

Ini jawapan saya.

Semakin kita meningkat usia, nutrition gap semakin besar.
Itu yang kita rasa macam-macam penyakit mula datang.
Saya dah dengar ramai ibu-ibu mengadu, lepas anak dua tiga orang badan jadi teruk sangat.
Jangan kata orang lah, saya dulu pun masa pregnant anak kedua dah rasa teruk namatey. Habis semua sakit sampai serik dah nak mengandung.
Syukur jumpa Shakli lepas tu.
Badan kita memang tak cukup nutrisi. Tengok makanan kita pun dah tahu. Apa lagi bila pernah mengandung, beranak, menyusu lagi lah banyak zat-zat hilang kena sedut dengan anak.
Bila dah mula rasa sakit sana sini, tak sedap badan, tu tanda badan kita dah bagi signal.
Kita boleh je tipu orang lain kata badan kita masih sihat kuat tapi kita tak boleh tipu badan kita sendiri.

So jangan sesekali abaikan nutrisi tambahan bermula daripada kita mengandung anak pertama lagi.
Dr. Hamid Arshat pun pesan wanita kena mula ambil suplemen dari awal mengandung dan makan hingga akhir hayat.

Kenapa ada yang kata suplemen tak perlu?

Ironinya yang kata suplemen tak perlu tu tak pernah makan suplemen pun!

Bila dia sendiri rasa dan amalkan, saya pun yakin bahawa dia sendiri akan sangat menggalakkan semua orang makan suplemen.

Suplemen yang sangat bagus di amalkan oleh kita ibu-ibu yang jelita ini ialah:

  • Protein
  • Multivitamin
  • B Complex
  • Vitamin C
  • Kalsium
  • Magnesium
  • Vitamin D
  • Omega 3 
  • Suplemen antioksidan
Suplemen bukan ubat. Ia makanan tambahan yang diperlukan untuk penuhi semula nutrition gap itu tadi.

Barulah badan kembali segar, bertenaga, rasa sihat, gembira, ceria, kurang stress dan nampak muda.

Pilih suplemen yang terbukti selamat melalui kajian saintifik.


'Take a good supplement like shaklee' kata Pak Nil. Baru la awet muda!
.
Sekiranya ibu-ibu berminat nak dapatkan set vitamin yang sesuai, atau suami yang nak hadiahkan untuk isteri tersayang, boleh hubungi saya bila-bila masa.

Ciksu,
www.wasap.my/60129645614
6 years with Shaklee and counting💖
Hai, Assalamualaikum wbt.

Trending pula hal laksa sejak dua menjak ni. Laksa ni macam soya juga, penuh kontroversi.

Korang nak tau, akak ni kategori hantu laksa. Laksa veryday pun takpe. Kalau hari raya, mak buat laksa, akak la tukang perabih dari pagi bawak ke malam.

Kadang-kadang boleh membawa sampai ke esok.

Laksa Penang..sedapnya woihh

Cerita hal pantang ni, sebenarnya akak cuma tahu yang ibu berpantang tak boleh makan laksa selepas bersalin anak pertama. Masa tu baby pun dah besar.

Akak di Penang masa ni. Satu hari tu, suami balik kerja. Tiba-tiba dia tanya akak,

"Laksa kena pantang sampai setahun ke?"

Akak pun tercengang-cengang. Lepas tu tanya dia balik,

"Ha, kenapa?"

Suami cakap, ada rakan sekerja dia happy sebab dah cukup setahun berpantang, so hari tu dia dah boleh makan laksa.

Akak lagi la pelik.

Serius, first time dalam hidup akak baru tahu kena pantang makan laksa lepas bersalin. Sampai setahun pulak tu!

Akak fikir-fikir, oh mungkin style pantang orang utara je kot. Akak dekat Pahang tak pernah pulak dengar. Mak sedara akak yang bidan tradisional tu pun tak pernah sebut. Makcik tukang urut akak pun tak pernah sebut.

Bila berpantang anak kedua, ada satu hari tu mak buat laksa. Teringin punya pasal, akak nak makan. Akak tanya la mak, boleh ke makan laksa.

Mak diam je, melarang pun tidak. Mungkin mak pun pelik dengan soalan anak dia.

Oleh sebab masih teringat-ingat tentang kena pantang setahun tu, akak makan juga la sepiring kecil. Eh, OK je. Alhamdulillah. Tak de apa berlaku pun.

Berpantang anak ketiga dan keempat, akak tak takut-takut lagi. Akak makan je semua. Huhu.

So far, alhamdulillah.

Akak pernah kena bentan. Tapi bukan sebab laksa.

First sebab makan durian dalam pantang. Ngee

Lepas tu ada le beberapa kali sebab tersalah makan benda berangin atau sejuk macam pucuk paku, buah nangka, tapai ubi kayu (of course tak makan masa pantang sebab dah tahu benda ni berangin).

Jadi, kesimpulan yang boleh akak buat ialah:

1. Follow your own body. Kita je kenal badan kita. Ada orang boleh makan something, ada orang tak boleh. Kena faham badan setiap kita tak sama walau anatominya sama.

Contohnya ada orang elergik kepada certain antibiotik, ada orang tak.

Try and error. Kalau dah makan, tak boleh juga, stop je lah. Jangan pula halang orang lain nak makan.

2. Sentiasa bersederhana dan berpada-pada. Ye walaupun laksa tu faveret akak, semangkuk cukuplah sekali makan. Janganlah bedal bermangkuk-mangkuk sekali hadap.

3. Kalau perut jenis berangin, cuba alas dulu dengan nasi. Akak buat macam ni kalau nak makan pulut.

Kalau perut kosong dah membedal pulut, confirm akan sebu perut, senak, kembang urat, angin naik ke kepala dan akak akan MUNTAH!

Bukan pulut je, mee pun sama.

4. Laksa tak salah. Apa-apa makanan pun tak salah. Yang salah badan kita ni. Adalah something wrong somewhere.

Macam seorang pakar sains pemakanan tu cakap, microguts flora yang ada dalam usus kita ni berbeza-beza.

Akak pun pernah baca tentang ni oleh doktor pakar eczema. Sebab tu sesetengah orang yang makan certain foods akan naik alahan, gatal macam ekzema.

5. Lapangkan hati, raikan perbezaan. Kita pantang ketat-ketat, jangan marah kalau orang lain pantang manja-manja je. Dah, badan dia OK. Lagi pun kalau betul akan sakit, yang menanggung dia.

Jangan peningkan kepala dengan perkara yang kita tak boleh kawal ok =)

Well, ini adalah sekadar perkongsian pengalaman dan pandangan akak sendiri. Jangan kata akak 'paksa' korang makan laksa dalam berpantang pulak tau. Sekeh kang =D

Last but not least, banyakkan membaca, beli buku, tambah ilmu, berada dalam kelompok yang berbeza dengan kita, dengar pendapat orang lain dengan hati terbuka.

Selamat menikmati hidangan laksa anda petang ni.

Nah akak belanja gambar jenis-jenis laksa.

1. Laksa Johor

kredit: majalah Rasa

2. Laksa Sarawak
kredit: Aunty's Christina

3. Laksa Sarang 

kredit: jotaro footsteps

4. Laksa Kelantan (tempat kami panggil laksa kuah lemak)

kredit: Carousell

5. Laksa Pekan, Pahang

Heheh... beginilah orang Pekan menikmati laksa; guna garfu ori. Kredit : Catatan Berkat

Set Bersalin atau Set Berpantang sudah menjadi satu keperluan wajib bagi ibu-ibu zaman sekarang. Di pasaran pun ada terlalu banyak set bersalin yang boleh dipilih yang mana ibu hanya perlu menyesuaikan dengan bajet sahaja.

Apabila memilih set bersalin, perkara yang mesti ibu pertimbangkan ialah sama ada:

1. Berbaloikah dengan nilai wang yang di keluarkan

2. Sejauh mana produk itu selamat untuk ibu apatah lagi bayi

3. Dapatkah produk itu membantu penyusuan susu ibu

4. Adakah produk itu benar-benar membantu pemulihan ibu dari segi dalaman dan luaran


Jika mengikut tradisi kita orang Melayu ni, amalan berpantang sangatlah ketat kerana mengikut kepercayaan orang dulu-dulu, jika tidak betul-betul berpantang, badan akan mudah sakit. Jika tidak di masa muda, mungkin di masa tua.

Dari sudut perubatan pula, tempoh berpantang adalah tempoh di mana badan perlukan rehat yang cukup untuk proses pemulihan sama ada ibu bersalin normal atau ceaserean. Berpantang juga adalah untuk memastikan luka jahitan cepat sembuh dan memberi masa kepada badan untuk kembali segar, bertenaga selepas melalui tempoh hamil yang agak lama.

Jadi, pemilihan set bersalin atau berpantang mesti memenuhi keperluan seperti yang disebutkan di atas. Selain set bersalin yang berupa jamu, barut, tungku, herba, satu keperluan yang sering ibu terlupa ialah keperluan nutrisi yang lengkap.

Semasa berpantang, banyak sangat pantang larang terhadap makanan sehingga kita sendiri takut-takut nak makan bimbang 'masuk angin', 'sejuk', atau 'bentan'. Oleh itu kita sering abaikan zat yang badan sangat perlukan untuk pemulihan seperti protein, karbohidrat, lemak, vitamin serta mineral.

Inilah sebab utama kenapa Set Bersalin Shaklee selalu menjadi pilihan kerana walaupun berpantang, ibu masih boleh mendapatkan zat dan nutrisi yang badan sangat perlukan.


10 Faedah Dan Kelebihan Set Bersalin (Postnatal) Shaklee Dari Sudut Perubatan

1. Protein membekalkan tenaga kepada tubuh badan serta menggalakkan penghasilan susu ibu.

2. Vitamin dan mineral seperti zat besi yang membantu badan membina sel darah merah dan mencegah anemia.

3. Asid lemak Omega 3 membantu melancarkan peredaran darah, mencegah darah beku, dan menggalakkan sistem imun yang sihat. Omega juga membantu badan cepat kurus!

4. Vitamin C mempercepatkan penyembuhan luka dalaman dan luaran, luka episiotomi dan czer.

5. Kalsium membekalkan tenaga, mengurangkan sakit-sakit badan, sakit pinggang dan urat.

6. Magnesium membantu pergerakan usus yang sihat, dengan itu mencegah sembelit.

7. Alfalfa Complex bertindak sebagai penggalak susu, sebagai jamu yang membantu menguatkan faraj dan peranakan, membuang angin serta mencegah sembelit.

8. B Complex untuk penghasilan tenaga, anti-stress, membina darah 

9. Set ini secara keseluruhannya akan membantu menguatkan sistem imun ibu dan bayi serta menggalakkan pembinaan sel badan yang sihat.

10. Set ini juga membantu kecantikan kulit, serta mengembalikan fungsi normal hormon yang merudum selepas bersalin, menambah keserian wajah selepas bersalin.

Perlu diingat, pengambilan suplemen TIDAK menggantikan pemakanan seimbang. Walaupun mengambil set ini, ibu harus memakan makanan yang berkhasiat yang lengkap seperti nasi, lauk, sayur dan buah yang mencukupi.

Alhamdulillah, Set Bersalin Shaklee ni memang pilihan saya sewaktu berpantangkan anak ketiga dan keempat di samping turut mengamalkan amalan berpantang tradisional turun temurun.

Ramai ibu-ibu di Malaysia mengakui kesan positif setelah mengamalkan Set Bersalin Shaklee ni. Paling best, ia boleh di amalkan walaupun setelah habis berpantang juga.

Jika ibu-ibu turut nak merasa kesan positif dengan nutrisi yang betul, jom dapatkan Set Bersalin Shaklee ini. Ibu boleh hubungi saya bila-bila masa atau boleh order sendiri secara online.




Shaklee Malaysia
ID:868994

*Set ini mendapat kelulusan KKLIU 0597/2017
*Sila rujuk doktor atau bidan sebelum mengambil sebarang suplemen
*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, atau mencegah sebarang penyakit


Masuk je trimester ketiga, lebih-lebih lagi apabila tarikh jangkaan bersalin semakin menghampiri, setiap ibu dan bakal ibu pasti berdebar-debar.

Mulalah kita sibuk cari maklumat macam mana nak cepatkan kelahiran sebab tak nak kena induce. Betul ke ada teknik semulajadi untuk mempercepatkan kelahiran?

Ya, mungkin ada. Tapi dari sudut perubatan cara terbaik untuk mempercepatkan kelahiran ialah dengan ubat hospital.

Pengalaman Ciksu sendiri, ketiga-tiga anak sebelum ni, Alhamdulillah, sakit contraction memang datang sendiri secara semulajadi tanpa di paksa-paksa.


Anak pertama awal seminggu, anak kedua lewat sehari dari due date, dan anak ketiga awal 4 hari.

Kenapa mesti induce?

Mungkin ramai ibu yang tanya soalan ni kan? Antara sebab seseorang bakal ibu tu kena induce ialah:
  • ada kencing manis semasa hamil
  • ada jangkitan kuman GBS
  • air ketuban kurang
  • sudah melepasi 42 minggu kehamilan
  • bayi kurang bergerak
Sebenarnya, tujuan induce ialah untuk meransang contraction je. Sakitnya sama je macam sakit contraction semulajadi tu.

Bagaimana cara doktor induce?

Mula-mula ibu akan di beri pil hormon prostaglandin atau doktor akan memasukkannya ke dalam vagina berhampiran serviks. Ibu dah boleh rasa contraction pada masa ni.

Jika tidak berhasil, doktor akan menggunakan Pitocin, iaitu sejenis hormon oksitosin sintetik yang akan meransang pengecutan uterus. Pitocin hanya diberikan apabila serviks telah terbuka dan sedia untuk kelahiran. 

Cara semulajadi mempercepatkan kelahiran

Walaupun doktor mengatakan tiada cara yang benar-benar berkesan, tapi apa salahnya jika ibu mencuba asalkan tidak membahayakan nyawa sendiri.

1. Banyakkan berjalan 

Tak semestinya kena tawaf mall. Berjalan dan buat kerja-kerja ringan dirumah juga dah mencukupi.

Ada yang kata banyakkan mencangkung contohnya berjalan itik, atau sekadar mencuci tandas. 

2. Mengadakan hubungan seks yang kerap dengan suami

 Hubungan seks juga akan menyebabkan badan kita mengeluarkan hormon prostaglandin yang dapat meransang pengecutan uterus!

3. Mengambil herba EPO

Herba seperti Evening Primrose Oil mempunyai bahan yang dapat mengeluarkan hormon prostaglandin yang mana akan membantu melembutkan serviks dan bersedia untuk melahirkan. 

Namun begitu, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu jika ibu ingin mengamalkan apa-apa herba sekalipun.

Menanti waktu bersalin, adalah saat-saat yang amat mendebarkan. Ibu akan tertanya-tanya bagaimana pengalaman bersalin kali ini pula. 


Hadapilah dengan tenang. Dan Ciksu doakan semoga semuanya dipermudahkan insyaAllah :)


Ingin dapatkan Set Vitamin Berpantang Shaklee, hubungi:


012-9645614

Shaklee Malaysia

ID: 868994

Cerita pasal bersalin ni tak pernah tak nerves. Automatik la kepala otak pun membayangkan situasi cemas dalam bilik bersalin.

Bagi ibu yang pertama kali nak lalui saat ini, mesti tak boleh nak imagine apa yang akan berlaku nanti kan. Apa-apa pun jangan panik, jangan takut dan rileks je. Semuanya insyaAllah akan under control.

Lagi pun ibu dah banyak buat research, dah banyak baca kan. Sedikit sebanyak ianya akan membantu untuk ibu tenang dan bersedia nanti. Perasaan takut tu normal la. Ciksu yang dah beranak ramai ni pun masih takut lagi. Hiii


Tanda-tanda awal nak bersalin ni, sebenarnya berbeza antara individu. Macam Ciksu, ketiga-tiga anak sebelum ni di tandai dengan keluar lendir bercampur darah dulu.

Pengalaman Bersalin Anak Pertama

Macam anak pertama, bila keluar darah tu, ciksu pun panik la. Terus pergi hospital. Bila doktor cek jalan, baru 1 cm, jadi dia suruh balik dulu. Masa tu memang takde rasa sakit apa pun.

Dah balik, beberapa hari lepas tu keluar lagi lendir campur darah. Pergi hospital lagi. Masa ni baru kena tahan.

Untuk pengetahuan ibu, untuk lahirkan anak pertama, kita kena tunggu sampai laluan terbuka 10cm taw. Dan ikut kata nurse masa tu, biasanya dalam masa 1 jam, hanya 1cm je bukaan. Jadi boleh kira sendiri berapa jam yang diperlukan sebelum betul-betul boleh meneran. Itu kalau benar dia bukak 1cm sejam.

Macam Ciksu sendiri hampir 24 jam! Serius trauma bila ingat semula. Bila kena tahan wad petang tu, malam tu dah rasa sakit sangat. Memang tak boleh tidur. Kekiri salah, kekanan salah, menelentang salah. Semua sakit.

Pagi esok, bila nurse cek, baru 3cm. Huwaaa!! Nak nangis rasa. Memang lama Ciksu tunggu nak boleh sampai 10cm tu. Contraction kuat giler sampai Ciksu dah meneran-meneran dah sambil duduk masa tu.

Dalam jam 3 petang, masa tu ada sedara mara datang, maklong Ciksu ni bidan mengurut orang bersalin, dia tengok Ciksu macam teruk sangat je, dia bagitau la misi. Misi cek dah 7cm.

Terus dia suruh naik atas katil. Tu pun belum boleh beranak lagi, walau pun diri ni dah rasa macam dah tak tahan sangat nak terkeluar tapi tak keluar-keluar. Lama jugak la menahan contraction, siap misi tu boleh sembang-sembang lagi sesama dia. Huhu..

Dalam jam 4 lebih gitu, mula proses perjuangan yang sebenar. Suami pun baru sampai dari Melaka, elok-elok memang dah nak beranak sangat dah. Berpeluh-peluh, dengan menggunakan sisa tenaga yang masih ada, akhirnya! Ya Allah syukur keluar zuriat yang pertama.

Lepas tu segala sakit-sakit tadi totally hilang! Akibat meneran yang banyak sangat tadi tu, koyakan agak banyak. Dah kena naik ambulan pulak, tukar hospital. Doktor hospital situ tak boleh nak jahit.

Jahit pun berejam. Lolll! Seksa taw. Ini cerita 9 tahun dulu. Si sulung pun dah darjah 3. Dah handsome boy sekarang.

Pengalaman Bersalin Anak Kedua

Pun sama, masih di tandai dengan keluar lendir darah. Ada contraction manja-manja jam 4pagi. Ciksu dah tak boleh tidur sebab takut. Terbayang pulak pengalaman bersalin yang pertama dulu. Jam 8pagi terus ke hospital.

Jam 12 tengah hari, dah rasa contraction makin kuat. Jam 1 lebih terus masuk labor room. Masa misi tolak dengan kerusi roda tu memang dah bergenang air mata. Dia punya takut tu tak tau nak cakap. Takut sesangat. Fobia trauma semua ada.

Dah baring atas katil tu pun lama juga nak tunggu dia betul-betul nak keluar tu. Jam 2.52 baru dia keluar. Alhamdulillah.

Pengalaman Bersalin Anak Ketiga

Contraction manja-manja waktu Subuh juga, ada lendir campur darah. Menjelang siang, eh hilang pulak sakit-sakit pagi tadi. Berdebar juga dah. Tunggu punya tunggu, punya tunggu, dah malam baru rasa sakit.

Ciksu bertahan dulu, tunggu anak dua orang tidur. Kang sibuk nak mengikut pulak. Dah la abahnya takde, pergi interview di Penang. Adik dan mak yang hantar pergi hospital dalam jam 11 malam macam tu.

Bila cek, dah 4 cm. Tak lama pastu doktor sorang lagi cek dah 5 cm, terus dia suruh masuk bilik bersalin. Lepas doktor cek baru la terasa contraction tu kuat dan kerap.

Akhirnya tepat jam 1.37 pagi, keluarlah zuriat yang ketiga. Syukur Alhamdulillah.

Bila ingat-ingat pengalaman bersalin memanglah akan buat kita rasa serik nak beranak lagi. Tapi perempuan kan. Dah hilang sakit tu tetibe mengandung balik. Huuu..

Perempuan sememangnya 'never give up!' haha.

Bila cerita dengan kekawan, pergi melawat rakan yang baru bersalin, macam-macam pengalaman sebenarnya. Macam ciksu cakap tadi lah, setiap orang tu tak sama tanda-tanda bersalinnya.

Jadi, ibu kena alert dengan perubahan-perubahan yang berlaku.

Ok, jom tengok tiga tanda utama anda sememangnya dah dekat nak bersalin ni.

1. Pecah air ketuban

Selalunya air ketuban akan dipecahkan oleh doktor sewaktu proses kelahiran dah sangat dekat. Namun begitu ada juga yang wanita mengalami pecah air ketuban dulu secara tiba-tiba.

Jika terasa ada air sudah keluar, jangan berlengah, terus capai beg dan segera ke hospital.

2. Keluar darah dan lendir

Darah dan lendir ni adalah mukus daripada uterus kita. Bila keluar darah ni tak semestinya kita akan rasa sakit terus. Bila tak sakit biasanya doktor akan suruh kita balik atau berehat dulu hingga terasa sakit.

3. Sakit contraction

Sakit contraction ni ibu sendiri boleh rasa dan tau. Sakit manja-manja tu kita akan rasa macam denyut-denyut sikit di bahagian peranakan dan ari-ari.

Lama-kelamaan sakit ni akan semakin kuat dan kerap. Kena tengok jam berapa minit sekali kita rasa sakit. Kalau makin kerap tu maknanya memang dah dekat sangat la tu.

Sebenarnya, semakin kuat, kerap dan lama tempoh contraction, semakin besar laluan akan terbuka. Jadi, sakit bersalin ni sebenarnya nak mudahkan kita keluarkan baby.

Oleh itu, janganlah di tanya kenapa nak bersalin mesti melalui sakit-sakit contraction ni semua. Sesetengah orang je yang memang tak rasa sakit pun tapi tau-tau nak meneran je.

Ciksu harap, ibu dah dapat gambaran sedikit sebanyak bagaimana nak hadapi waktu dan saat-saat nak melahirkan tu.

Walaupun ibu rasa takut, tapi berfikirlah positif dan hadapi dengan tenang. Tarik nafas, dan ingat yang tak lama lagi kita akan peluk dan dakap baby comel kita. Tak lama pun. Cayok ibu!

Jika ibu berminat nak dapatkan Set Berpantang Shaklee, boleh saje hubungi Ciksu bila-bila masa.


Ciksu doakan semoga semuanya dipermudahkan nanti. InsyaAllah.

-Puan Suhaila-

012-9645614

Shaklee Malaysia
ID:868994

Satu perkara yang mengganggu fikiran dan emosi ibu lepas bersalin ni ialah masalah susu badan.

Betul tak? Sama ada susu terlebih banyak, susu terlalu kurang, susu tak cukup, susu kering langsung, bayi tak mau menyusu, bayi tak pandai menghisap dan sebagainya.

Menyusu selepas bersalin, nampak mudah. Tapi tak semudah yang disangka. Kalau benar terlalu mudah, takkan ada masalah ibu stress lalu meroyan sebab masalah diatas. Jangan main-main!

Naluri seorang ibu, dia memang nak susukan bayi dia. Seboleh-boleh dia akan ajar juga bayi menghisap sampai pandai. Namun begitu, tak semuanya berjaya.


Antara sebab utama ialah susu badan kurang atau tak mau keluar.

Jadi hari ni Ciksu nak kongsi beberapa petua dan tips macam mana nak bagi susu badan keluar dengan lancar dan cukup untuk bayi lepas bersalin.

Percayalah, bila dengar bunyi tegukkan susu tu, Allah bahagianya rasa! Satu kejayaan besar. Inilah yang ciksu rasa dulu.

1. Sedia mental awal-awal

Yakni sebelum bersalin lagi, pastikan kita memang nekad nak susukan bayi dengan susu ibu. By hook or by crook lah orang kata.

Bila kita dah set awal-awal ni, insyaAllah mudahlah sikit kita nak menghadapi halangan yang bakal mendatang nanti. Ibaratnya, orang cakap la apa pun, aku tak peduli. Aku nak bagi anak susu ibu jugak. Gitu.

2. Sedia fizikal

Badan ibu sendiri kena sihat dan kuat. Kalau sakit situ sana sini, memang takde mood nak susukan bayi. Ya lah, dengan sakit bersalin tak habis lagi, nak bergerak susah, rengat lagi, sakit pinggang lagi, dengan tak cukup tidurnya, kalau tak kuat iman memang biar je anak tu situ. huhuh..

Pastikan ibu sihat dan kuat dengan makan makanan berkhasiat semasa mengandung. Nutrisi mesti cukup. Nak Set Mengandung Shaklee pun boleh hubungi Ciksu ye.

3. Bersihkan puting payudara

Masuk trimester ketiga, puting payudara akan tersumbat semacam 'berdaki'. Ini sebab daripada kolostrum dan susu yang mula dihasilkan oleh payudara kita. Payudara kita pun pandai juga prepare siap-siap nak susukan baby nanti.

Rajin-rajinlah bersihkan supaya nanti bila nak susukan bayi, ia tak tersumbat. Tidaklah masa tu baru kalut nak cuci semua. Baby dah melalak, kita pulak stress susu takmo keluar sebab tersumbat.

4. Bengkak susu

Bila susu susah nak keluar, lama-lama ia jadi bengkak. Payudara akan sakit dan keras. Memang sakit sangat. Payudara sakit, satu badan boleh sakit.

Bila terasa susu banyak, pam. Jika tersumbat atau nampak macam susu susah nak keluar, buat urutan dengan menghala ke bahagian puting.

Ada juga yang sarankan guna sikat. Pun boleh.

Bila puting melecet atau berdarah, boleh sapukan krim. Puting berdarah ni akibat tersumbat juga. Susu nak keluar tapi tak boleh keluar. Baby sedut dengan kuat, akhirnya ia jadi luka. Memang pedih sangat.

Ciksu syorkan ibu guna krim Herbal Blend Shaklee atau krim Bepanthen yang boleh beli di farmasi. Krim ni selamat untuk bayi.


5. Suplemen milkbooster

Tak boleh menidakkan kepentingan suplemen ni. Sesetengah orang memang sangat perlukannya. Termasuk Ciksu sendiri. Kita sendiri je yang kenal badan kita kan.

Ada orang, dah macam-macam cara buat tapi susu tak nak keluar juga. Jadi Ciksu sarankan ibu mencuba Set Berpantang Shaklee. Set ni dua dalam satu. Set Breastfeeding pun inilah juga.

Set ni lengkap dengan semua nutrisi yang diperlukan oleh ibu lepas bersalin. Badan kuat bertenaga, kurang stress, bantu cepatkan pemulihan luka dalaman dan luaran, dan selamat untuk bayi.


Dalam set ni ada Set Breastfeeding Bajet yang ramai ibu suka iaitu ESP dan Alfalfa.

Di bawah ni testimoni terbaru rakan Ciksu yang baru je bersalin. Beliau memang makan Shaklee dah lama, tapi ini kali pertama mengandung, bersalin dan berpantang dengan Shaklee.

Masa nak check-in hospital, beliau memang angkut siap-siap segala mak nenek vitamin ni. Jom baca pengalaman beliau.


Kita yang membaca ni tumpang seronok dengar. Best sangat rasa. Sampai diri sendiri pulak tak sabar nak bersalin dan makan Alfalfa. Ehh =D

Lepas bersalin kena happy. Tak mau sedih-sedih, tak mau stress. Sebab tu kena makan Shaklee. Nutrisi Shaklee amat-amat membantu kita jadi lebih sihat, positif dan ceria. Barulah susu pun keluar dengan lancar, baby pun gebu-gebu je.

Nak tau kena cubalah sendiri! Ibu yang tak lama lagi nak bersalin tu, jom dapatkan Set Berpantang Shaklee Premium ni, mesti tak menyesal. Hubungi:

-Puan Suhaila-

012-9645614

Shaklee Malaysia
ID:868994

Assalamualaikum wbt.

Sejak beberapa tahun ni, industri makanan jamu untuk kesihatan agak popular di Malaysia. Macam-macam jenis jenama jamu muncul bagai cendawan lepas hujan. Sampai saya sendiri tak ter'follow' dah apa jenis jamu yang ada sebab banyak sangat.

Jamu sebenarnya ialah perkataan yang berasal daripada Indonesia yang bermaksud ubat tradisional atau juga dikenali sebagai ubat herba. Bahan-bahan jamu diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan herba (akar, daun, batang, buah) yang di proses secara tradisional (dikeringkan, dihancurkan, di bancuh, direbus, dan sebagainya).

Kalau pergi ke Indonesia, kita akan jumpa ramai sangat orang jual jamu di tepi-tepi jalan. Kebanyakan jamu ni mereka buat sendiri je dan jenis-jenis jamu tu berbeza ikut permintaan. Cuma sekarang ni, kebanyakan jamu telah dipaketkan atau dibotolkan supaya lebih mudah untuk dijual dan digunakan.


Fungsi jamu juga berbeza-beza. Jamu beras kencur contohnya berfungsi untuk menghilangkan sengal-sengal tubuh, jamu kunir asam pula untuk menyejukkan tubuh dan mengelakkan tubuh panas dari dalam, jamu pahitan pula diminum untuk merawat masalah gatal-gatal dan kencing manis.

Senang cerita macam kita kat Malaysia ni, gunakan herba belalai gajah untuk merawat kencing manis, herba misai kucing untuk masalah kencing, buah pinggang dan batu karang , tongkat ali untuk menambah tenaga, manjakani dan kacip fatimah untuk kesihatan organ peranakan dan banyak lagi.

Walaupun herba-herba ni bermanfaat untuk kesihatan dan kecantikan, ia juga boleh memudaratkan jika di proses atau digunakan secara salah. Contohnya herba A disahkan bermanfaat untuk merawat penyakit tertentu, tetapi boleh memudaratkan jika di ambil dalam dos tinggi. Dalam konteks ini, herba sepatutnya diproses dan digunakan berdasarkan standard penggunaan yang tinggi dan tepat. Sama macam ubat.

Jamu semasa berpantang?

Jamu, herba, akar kayu telah digunakan secara turun temurun dan salah satu aspek penting semasa berpantang. Amalan makan jamu yang betul dapat memulihkan kesihatan ibu lepas bersalin, memanaskan badan, mengecutkan organ, urat dan otot yang kendur, mengeluarkan angin, memberi tenaga dan sebagainya.


Tidak salah mengamalkan makan jamu semasa berpantang dan digalakkan makan hingga 44 hari untuk memastikan segala kotoran dan toksin keluar dari badan.

Apa itu suplemen?

Dalam istilah sebenarnya ialah dietary supplement iaitu sesuatu nutrien tambahan dalam makanan yang berfungsi mencukupkan nilai yang diperlukan oleh tubuh. Ia boleh jadi protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral. Contohnya seorang individu yang sakit, makan dalam kuantiti yang amat terhad, maka dia perlu mengambil suplemen untuk mencukupkan nutrisi yang dapat membantu tubuhnya kembali sihat.

Suplemen tidak boleh di anggap ubat oleh sebab itu tidak boleh kata ia dapat mendiagnos, menyembuh, merawat dan mencegah penyakit. Tetapi suplemen boleh membantu menyumbang kepada kesihatan dan kecergasan tubuh.

Fungsi suplemen semasa berpantang

Semasa berpantang, kita amat menjaga pemakanan. Banyak makanan kita tidak boleh dan tidak digalakkan makan. Kita juga minum air hanya dalam kuantiti terhad. Kita makan sayur dan buah juga dalam kuantiti kecil malah kadang-kadang tak makan langsung. Jadi dimana kita boleh mendapat semua zat dan nutrisi yang sangat diperlukan oleh badan kita sedangkan itulah waktunya badan kita perlu pulih dengan cepat dan sempurna?

Jadi disinilah kita perlukan suplemen atau makanan tambahan.

Ingat, setiap hari badan kita perlukan sejumlah amaun protein, karbohidrat, lemak, vitamin dan mineral. Jika amaun ini tidak mencukupi, tubuh kita tidak dapat berfungsi dengan baik. Contohnya badan perlukan protein dan asid amino untuk pertumbuhan dan pembinaan sel-sel baru. Tapi masa pantang kita ayam tak boleh makan, telur lagilah tak boleh makan, kacang-kacang pun sama.


Badan kita perlukan vitamin C untuk sistem imun yang kuat, zink untuk tindakbalas metabolisme dan pemulihan luka, B kompleks untuk pemulihan urat saraf, kalsium untuk mengembalikan kekuatan saraf dan otot dan sebagainya lagi.

Jelaslah disini bahawa kedua-dua jamu dan suplemen amat penting semasa berpantang dan kedua-duanya mempunyai peranan tersendiri dalam pemulihan dan kesihatan.

Jamu vs suplemen: mana yang lagi baik semasa berpantang?

Ambil dua-dua.

Jika berminat mendapatkan Set Vitamin Selepas Bersalin Shaklee, hubungi saya:

Puan Suhaila


ID: 868994





Assalamualaikum wbt.

Semoga semua ibu sentiasa sihat di samping keluarga dan anak-anak tersayang. Ada ibu yang dah nak bersalin tak lama lagi tapi risau ketiadaan susu pada hari-hari pertama selepas kelahiran?

Mungkin ibu ada pengalaman lalu yang agak tak menyeronokkan. Atau mungkin ini kali pertama ibu akan melahirkan cahaya mata dan berazam nak susukan baby dengan susu ibu sepenuhnya? Alhamdulillah..semoga segalanya dipermudahkan.

Hari-hari pertama selepas kelahiran memang agak stress dan sukar. Semua ibu macam ni. Jadi, adalah normal jika ibu berperasaan risau dan sedikit beremosi. Saya dulu pun sama, sangat kekok semasa melahirkan anak pertama. Tapi dengan bantuan jururawat di hospital, sedikit sebanyak membantu juga.


Lebih-lebih lagi bab menyusukan bayi dengan susu ibu. Saya tak pandai nak pegang, dan baby pun tak pandai nak melekap dengan betul. Sakit badan, rasa nak pitam, tertekan dan macam-macam lagi timbul. Bayi kerap juga menangis, bila dah susukan dia macam tak puas. Bila letak dia menangis lagi. Saya tahu masa ni susu saya tak keluar sangat. Tapi saya tetap susukan juga.

Bagi ibu-ibu yang nak bersalin tak lama lagi, jom ikuti beberapa tips panduan bagaimana nak atasi masalah ketiadaan susu lepas bersalin. InsyaAllah, bila kita ada sedikit ilmu berkaitan penyusuan lepas bersalin ini, semuanya akan jadi lebih mudah.

1. Skin to skin

Sebaik saja lepas bersalin, biasanya jururawat akan letak bayi atas dada untuk beberapa ketika. Seeloknya, lepas bayi dibersihkan dan diserahkan kepada ibu, teknik ini perlu diteruskan. Pegang bayi rapat dengan dada atau perut (tanpa lapik pakaian). Ini dapat menghantar 'isyarat' kepada bayi supaya menyusu lebih kerap.

Apabila bayi kerap disusukan (walau pada awal tekniknya salah), lama kelamaan bayi akan belajar cara menghisap dengan betul. Cara ini juga dapat memberi ketenangan kepada bayi dan penyusuan lebih mudah jika ibu dan bayi dalam keadaan tenang.

2. Susukan bayi dengan kerap

Boleh juga di katakan 'sepanjang masa'. Bayi yang kerap menyusu (lebih 8 kali dalam masa 24 jam) akan meransang pengeluaran susu ibu. Walaupun ibu rasa 'tiada susu' yang keluar ketika ini, just do it.

Bayi baru lahir tidak memerlukan susu yang banyak, hanya cukup untuk saiz perutnya yang sebesar buah ceri sahaja. Jadi, apabila melihat tanda-tanda bayi ingin susu seperti menghisap jari, menghisap kain, merengek, walaupun dia baru saja lepas menyusu, susukan dia.

3. Lekapan (latching) yang baik


Bayi baru lahir tidak pandai menyusu dengan betul, dengan itu ia mesti belajar. Lekapan yang salah bukan saja menyebabkan susu tidak dikeluarkan, malah puting ibu turut berasa sakit.

Cara yang betul ialah keseluruhan puting dan aerola (kawasan hitam) masuk ke dalam mulut bayi. Jika bayi menghisap puting sahaja, memang sakit dan boleh menyebabkan luka.

Apabila bayi menghisap dengan betul, dia mampu mengeluarkan kolostrum dengan baik daripada payudara. Jika terasa sakit semasa menyusukan bayi, betulkan semula cara lekapan mulut bayi.

4. Biar bayi berjaga semasa menyusu

Bayi memang suka tidur di awal-awal kelahirannya lebih-lebih lagi apabila dipeluk ibu. Jika bayi tertidur semasa menyusu sedangkan baru beberapa hisapan, bayi tidak akan dapat mengeluarkan kolostrum, dan penghasilan susu tidak diransang dengan sebaiknya.

Bayi yang tidak menyusu dengan baik juga akan hilang berat badan, jadi cerewet dan asyik mengantuk. Sangat penting untuk bayi terus berjaga dan menyusu. Ibu boleh urut kakinya, bermain-main dengan pipinya, usap rambutnya, gosok belakang atau apa saja asalkan bayi terus bergerak dan tidak tidur.

5. Ibu makan makanan berkhasiat 

Walaupun ibu lepas bersalin, tidak bermakna boleh mengabaikan pemakanan berkhasiat. Makanan berkhasiat sangat penting untuk bagi ibu tenaga, mengawal tekanan dan emosi dengan itu dapat membantu badan menghasilkan susu dengan lancar.

Makan nasi untuk dapat karbohidrat, minum susu untuk dapatkan sumber protein dan kalsium, makan buah dan sayur-sayuran untuk dapat sumber vitamin dan mineral.

Percayalah, makanan yang baik dan betul memang dapat membantu pengeluaran susu badan dengan baik.

Jika ibu masih ada masalah seperti berat bayi turun banyak, bayi selalu cerewet dan banyak tidur, puting sakit, segeralah dapatkan nasihat dan bantuan dari mereka yang pakar dalam penyusuan.

Apa yang penting ialah ibu kekal positif dan terus berjuang untuk menyusukan bayi dengan susu ibu. Jika ada kemahuan, insyaAllah dipermudahkan.

**********
Jika ibu ingin mendapatkan Set Berpantang yang selamat, boleh di ambil sebaik saja lepas bersalin, dan dalam masa sama dapat menggalakkan pengeluaran susu ibu, bolehlah hubungi saya:

Puan Suhaila Budin
012-9645614
ID:868994

atau ibu boleh dapatkan set tersebut dengan membuat belian secara online dengan klik;



"Tak lama lagi, dah nak bersalin. Barang-barang baby semua dah ready. Satu lagi je yang belum, set bersalin. Hmm banyak sangat set bersalin ni, tak tahu mana satu nak pilih. Kompius pulak. Nanti beli mahal-mahal, tak makan, peram je sampai expired. Eh bukan. Peram sampai mengandung lagi sekali. Lepas tu mulalah cik abang aku ni perli-perli. Ye la..mahal kot! Emm macam mana ye?"

Biasa tak macam ni? Bukan siapa-siapa, saya la tuh.

Apabila masuk trimester ketiga, sibuklah kita ibu-ibu ni cari dan survey set bersalin. Kalau boleh nak yang murah tapi lengkap. Dari mak sampai baby pun boleh guna. Jadi mulalah kita belek majalah tengok iklan set-set bersalin yang ada.

Tak cukup dengan tu, pergi pulak ajak suami tawaf mall cari set bersalin dan bandingkan harga. Akhirnya dapat la set bersalin yang tak la glamer sangat, tapi murah. Sesuai dengan bajet yang suami peruntukkan. Ye lah, kalau beli yang mahal-mahal nanti risau juga tak guna. Nanti jadi perhiasan almari je. Beli yang kurang mahal, takdela terasa sangat membazirnya kalau tak habis kan?


Dan...seperti di duga. Set Bersalin tu akhirnya jadi perhiasan almari kat dapur je. Lepas bersalin, anak pulak kena kuning. Doktor dan misi pun warning,

"Jangan makan jamu-jamu, herba, halia ke kunyit. Hati baby tak matang lagi nak proses benda-benda tu. Kalau kuning naik tinggi lagi, kena tahan ye".

Bab-bab masuk wad ni saya insaf sikit. Lagi-lagi tengah berpantang, sakit bersalin belum hilang, luka masih ngilu.. Eiii

Inilah yang berlaku semasa mengandungkan anak kedua. Sampai ke sudah set tu tak makan dan tak guna pun.

Mengandungkan anak ketiga, dan memang dah jadi pengedar Shaklee, saya nak try la Set Berpantang Shaklee pulak. Set berpantang lain saya tak beli pun. Tapi terlepas juga sebotol pil ikan haruan. Beli pil ikan haruan ni pun kena perli taw. Suami tanya 'makan ke nanti ni?'. Dengan konfidennya jawab 'ya'. Hihihi...

Sebelum balik dari hospital, misi ada bekalkan pil vitamin 3 sekawan tu (B kompleks, vitamin C dan asid folik). Tapi saya simpan yang tu, saya makan yang Shaklee. Kalau ada orang tanya, 'eh, kan sama je? vitamin jugak'. Jawapannya tak. Tak sama.

Jadi, apa yang saya makan semasa berpantang?

Saya ambil yang basic je (Vitalea, B complex, Vitamin C, Zinc Complex) dan tambah dengan Ostematrix dan Omega Guard.

Tak banyak sangat ke?

Eh, tak. Saya bukan telan gedebuk 6 jenis ni serentak. Ada yang saya ambil waktu pagi, ada yang petang, ada yang malam. Dan ada juga yang saya skip (atas faktor malas) huhu.

Lagipun fungsi setiap vitamin ni berbeza.

Vitalea - ia multivitamin yang lengkap dengan vitamin dan mineral yang badan kita perlukan setiap hari terutama sewaktu kita berpantang ni kan. Saya mengaku je bila berpantang, saya hanya makan sekadar untuk kenyang dan tambah tenaga sikit. Zat? Mungkin nan hado.

Mana taknya, saya cuma makan nasi, ikan bilis, lada hitam, ikan masin atau ikan bakar, ayam bakar, sup ikan, sup sayur. Nampak macam sedap je, tapi banyak mana sangatlah yang kita makan sedangkan badan kita perlu zat jauh lebih banyak nak-nak masa sakit ni.

B complex- vitamin B bantu saya tambah darah, bagi tenaga, bantu kita kawal perasaan dan emosi, penting untuk baik pulih saraf. Saya ni ada tekanan darah rendah. Mudah rasa nak pitam. So kena ambil semua vitamin basic ni tanpa culas.

Vitamin C- vitamin feveret saya ni. Alhamdulillah ia bantu lancarkan darah dan luka pun cepat baik.

Zink- pun sama untuk baik pulih luka dengan cepat.

Ostematrix - ni satu lagi kegemaran saya. Saya ni memang ada masalah sembelit. Fobia nak membuang terutama masa berpantang. Dah la luka kat 'situ' kan. Masa berpantang anak pertama, berjam-jam saya dalam toilet sampai baby melalak-lalak kat luar. Mak saya pun terjerit-jerit panggil. Menangis! Dah nak buat macam mana, 'dia' tak mo keluar. Kalau ingat semula memang ngerii!

Alhamdulillah dengan Ostematrix ni semuanya lancar. Sembelit sikit tu normal la tapi tak la seteruk anak pertama dulu. Saya memang ada masalah pergerakan usus tak normal di tambah pula kurang minum air. Kalsium dan magnesium dalam ostematrix bantu saya atasi masalah tu. Syukur.

Omega Guard- masa berpantang badan kita ni fragile kan. Silap makan sikit jadi sejuk menggigil nak demam. Saya amalkan Omega ni supaya badan sentiasa panas. Lagi best bila makan Omega kemudian bertungku, darah nifas pun keluar dengan lancar.

Kalau tak saya kompius, dah berhenti ke belum nifas ni. Berkira-kira nak mandi wajib padahal baru seminggu bersalin. So bila buat teknik tu tadi, lega tengok darah nifas keluar semula. Maknanya takdelah dia tersangkut dalam tu kan.

Sampai sekarang pun, kalau agak-agak nak sejuk urat, nak demam (degil, benda tak boleh makan aku makan jugak, memang mendapat la) saya ambil Omega Guard, Alfalfa dan Ostematrix.

Secara keseluruhannya, saya amat berpuas hati dengan Set Berpantang Shaklee dan saya juga amalkan amalan berpantang tradisional seperti bertungku, bertangas, berbarut, mandi air daun tu semua. Tapi saya percaya, dengan nutrisi dan zat yang badan kita sangat-sangat perlukan, alhamdulillah proses berpantang jadi mudah dan sangat seronok.

Dua minggu lepas bersalin dah boleh lasak sikit. Luka pun dah baik. Sampai ada orang tegur, saya nampak cergas je. Syukur Alhamdulillah.

Dan yang paaaaling seronok, Set Berpantang Shaklee ni boleh di makan sampai habis even kita dah lama habis pantang. Nak kongsi dengan encik suami pun boleh. Baby pun selamat dan turut dapat zat yang menyokong pembesarannya sampai jadi bombom macam ni...

AFF semasa berusia 3 bulan

Itulah serba sedikit pengalaman saya. Semoga membantu ibu-ibu untuk buat pilihan terbaik.

Jika nak order Set Berpantang ni, ibu boleh hubungi saya:

Puan Suhaila Budin
012-9645614
ID: 868994

atau order sendiri secara online (boleh pilih) dengan klik:


Saya doakan ibu-ibu selamat melahirkan, berpantang dan menyusukan si comel tersayang.

Salam sayang!

Satu isu yang sering ibu-ibu alami lepas bersalin ni ialah, susu badan kurang sedangkan dalam masa yang sama baby mengalami jaundice atau bacaan demam kuning yang agak tinggi.

Bila susu badan tak keluar-keluar atau keluar dalam jumlah yang sikit, kuning baby pula makin tinggi sampai misi kata kalau naik lagi kena tahan wad. Ibu pun mulalah menggelabah dan panik.

Dah la stress susu tak banyak, stress dengan baby lagi. Misi pulak asyik cakap bagi susu ibu banyak-banyak pada baby. Aduh, nak nangis rasa!


Ada beberapa perkara yang ibu perlu tahu mengenai hal ini.

1. Susu ibu sebenanrnya bukan tiada, tapi cuma kurang ransangan. Perut bayi baru lahir hanya sebesar buah ceri. Dia memang tak perlukan susu dalam jumlah yang banyak. Susu yang ibu ada biasanya cukup untuk saiz perutnya yang kecil itu.

2. Payudara mungkin tersumbat dan itulah yang menyebabkan susu tidak dapat dikeluarkan. Cuci dan bersihkan payudara, tuam,  kerap picit atau urut supaya susu dapat keluar dengan lancar.

3. Susu ibu mungkin kurang akibat lekapan mulut bayi yang salah dan dia tidak menghisap dengan betul.

4. Jika anak kuning, amat perlu susukan bayi dengan kerap supaya pergerakan usus bayi lancar dan dapat mengeluarkan najis yang mengandungi bilirubin.

5. Walaupun ibu panik, diingatkan untuk tidak memberi bayi minum selain susu ibu, termasuklah air kosong. Ini kerana sistem penghadaman bayi belum lagi sempurna dan hanya susu ibu yang terbaik untuk keadaan usus dan perut bayi baru lahir.

6. Kemungkinan juga ibu ada mengambil makanan yang mengganggu pengeluaran susu ibu atau makanan yang menyebabkan kuning naik lagi tinggi contohnya seperti herba dan jamu. Biasanya doktor atau misi akan nasihatkan kita untuk berhentikan makan makanan ni semua.

7. Pengambilan air kosong seharusnya tidak di abaikan. Walaupun ibu sedang berpantang, minumlah dalam kuantiti yang sedikit tapi kerap.

Sebenarnya kualiti susu ibu sangat bergantung kepada apa yang kita makan. Jika ibu kurang mengambil makanan berkhasiat, berpantang dengan cara yang terlampau atau strict sangat, kurang minum air, memang boleh buat susu merudum.

Bila badan tak cukup zat, kita jadi lemah, sakit, lesu, dan stress hinggalah susu badan pun tak nak keluar. Sebab tu kena makan makanan yang baik dan berkhasiat.

Pilihan set berpantang juga perlu diberi perhatian. Selain mengamalkan cara berpantang tradisional, ambillah juga vitamin dan suplemen yang baik.

Pilihan saya? Dah tentu Set Bersalin Shaklee...

Alhamdulillah, dengan izin Allah badan bukan saja sihat, luka bersalin cepat baik dan susu badan pun banyak hingga bengkak-bengkak dan yang paling best walaupun anak saya kuning, kuningnya cepat turun dan takdelah sampai kena tahan wad.

Sekarang baby pun dah setahun, susu badan pun masih meriah lagi.


Pemakanan yang baik semasa berpantang, amat penting untuk kesihatan ibu dan dalam masa sama dapat menghasilkan susu ibu yang banyak dan berkualiti.

Kalau ibu nak saya bantu pilih vitamin yang mana elok di ambil masa berpantang ni, jangan segan silu hubungi saya;

~ Suhaila Budin~
012-9645614
emel: butik.annajah@gmail.com
ID: 868994



Kemarin dah membebel pasal suami yang pentingkan diri sendiri je di saat isteri sedang sakit berpantang. Sampai isteri tu sikit lagi nak meroyan tengok perangai suami yang macam takde perasaan dan takde apa-apa berlaku.

Tiba-tiba ada pulak suami tanya,

"Habih tu ce habaq apa tugas yang ceq sebagai suami kena buat? Ceq tak taw nih. Ni first time ceq jaga baby dan isteri sendiri!"

Lepas melahirkan adalah satu tempoh yang memenatkan bagi seorang wanita. Dia sangat lemah keseluruhan tubuhnya termasuk fizikal, mental dan rohani.


Inilah saat di mana dia sangat perlukan sokongan dan bantuan orang-orang disekelilingnya sama ada suami atau ibubapanya sendiri.

Haa ni dia senarai tugas-tugas yang suami kena buat sepanjang isteri berpantang.

1. Buatkan sarapan untuk isteri

Bukan suruh jadi masterchef. Cuma bancuhkan milo dan bakar roti sebagai sarapan pagi isteri. Kira celik mata tu terus hidangkan sarapan untuk isteri.

2. Sediakan air panas atau air rebusan daun / herba untuk isteri mandi

Paling simple rebus je daun pandan, serai wangi atau daun sembong. Di galakkan mandi air panas atau rebusan dedaun ni selama seminggu hingga dua minggu lepas bersalin.

3. Tolong mandikan bayi

Jika tak mendapat bantuan daripada ibu/ ibu mertua, cuba-cubalah si ayah belajar untuk mandikan baby. Gunakan air suam dan jangan mandi pada waktu terlalu awal pagi atau terlalu lewat petang.

4. Tolong uruskan anak-anak yang lain

Anak-anak, kalau dia dapat adik baru, dia mula buat perangai. Meragam, asyik nak menangis dan serba tak kena. Dia rasa seolah-olah kasih-sayang daripada ibu dan ayahnya beralih arah. Sementara si ibu fokus dengan baby, ayah tolong uruskan keperluan anak, bawa dia berjalan, sukakan hatinya, bergurau atau bermain dengannya. Bukan hanya menonton tv 24 jam atau bersuka ria dengan kawan-kawan hingga akhirnya isteri yang sakit tu yang 'berperang' dengan anak.

5. Tolong isteri menguruskan diri

Pergerakan isteri sangat terbatas. Nak bangun dari tidur pun ambil masa sampai lima minit kadang tu. Nak angkat kaki sendiri pun tak mampu sebab tekanan pada urat pinggang dan pelvik.

Jadi suami tolong pakaikan stokin, tolong jadi tongkat untuk dia bangun atau duduk. tolong pakaikan barut, tolong selimut.

Simple je kan. Takkan itu pun nak berkira.

6. Tolong masak

Mungkin ada pasangan yang berpantang dirumah sendiri, dan malas nak menyusahkan ibu bapa. Jadi suami tolong sediakan makanan tengah hari untuk isteri.

Nasi panas, ikan salmon bakar, sup sayur, dan beberapa potong buah. Kalau tak tahu nak buat apa sangat, goreng je ikan talang dan tumbuk lada hitam. Huhu... Kalau google pun berlambak resepi berpantang boleh buat.

7. Tolong uruskan rumah

Misalnya sapu sampah, kemas mainan anak, basuh kain, jemur dan angkat kain. Tak hilang pun kejantanan kalau buat semua ni.

8. Tanya kalau isteri perlukan apa-apa

Kalau nak tahu, ibu menyusu ni cepat haus dan lapar. Sediakan makanan macam roti atau biskut kering, air kosong dan air panas berhampiran isteri.

9. Bakar tungku

Jangan tanya-tanya. Ambil je tungku, bakar dan letakkan berhampiran isteri. Lagi bagus kalau suami tolong angkat-angkatkan tungku yang berat tu supaya mudah isteri bertungku.

10. Sediakan vitamin dan set berpantang

Hospital akan bekalkan vitamin untuk keperluan ibu berpantang. Tujuannya untuk ibu rasa segar, bertenaga, dan tambah darah. Atau lagi istimewa beri isteri makan Set Berpantang Kekasihku Premium supaya isteri kuat, luka cepat baik, selamat untuk baby dan suami pun boleh makan sekali.

11. Gembirakan hati isteri

Cubalah buat-buat lawak, atau dengar isteri bercerita, dengar dia merungut untuk tenangkan hatinya.

12. Tenangkan baby yang menangis

Ada masa baby ni suka nangis kan. Dah bagi susu pun dia nangis lagi. Cubalah dukung baby tu, buaikan perlahan-lahan. Atau kalau rasa baby kembung, ambil minyak telon, sapu pada perut, belakang badan, labu betis dan kaki bayi sambil buat urutan perlahan.

13. Cukur rambut bayi

Boleh dilakukan pada hari ke-7 selepas kelahiran. Sunat dicukur rambut, di beri nama dan di lakukan akikah terhadapnya.

14. Carikan bidan mengurut

Kalau boleh, carikanlah bidan yang mampu mengurut, atau arif mengenai amalan berpantang lepas bersalin. Ada bidan yang boleh sediakan air panas untuk mandi, sediakan tungku, mandikan isteri, bertangas dan pakaikan barut lengkap. Mungkin bayarannya agak mahal. Ikutlah kemampuan masing-masing.

Sebenarnya, bukanlah susah sangat nak jaga isteri berpantang ni. Lagipun, bukan lama sangat kan? Dua minggu hingga sebulan je. Itupun bukan tiap-tiap tahun.

Sesekali memanjakan isteri, apa salahnya. Sedap sama-sama, biarlah sakit pun sama-sama. Tak gitu?

Tahniah dan syabas kepada semua suami-suami hebat yang bertanggung-jawab terhadap isteri kesayangan mereka!

Suami bijak, rumahtangga bahagia. InsyaAllah.

****************************

~Suhaila Budin~
012-9645614
ID: 868994

Assalamualaikum wbt.

Kalau sebut bab bersalin ni, yang paling fobia lagi mengerikan ialah tang jahit-jahit ni. Bila ingat terus rasa tak berani nak mengandung. Kan?

Tapi bila lupa...mengandung 20kali pun boleh. ngehehe..

Mana taknya, ngilu je rasa mengingatkan doktor atau selalunya misi lah yang jahit tanpa sebarang bius. Hidup-hidup. Menggeletik la kita ni menahan. Kalau dapat misi yang kasar-kasar, yang mulut takde insurans tu, ai dekat ajer kaki tu dengan muka. huhu..


Tapi, alhamdulillah, setakat beranakkan tiga orang ni, sakit macam mana pun tak pernah lagi saya terajang misi. Dia membebel apa pun, buat pekak aje la...

Yang penting, dia jahit cepat-cepat, pastu kita boleh tidur dan balik rumah cepat-cepat.

Dah balik kang satu hal pula.. ibu tak boleh lasak sangat. Nanti kang terbuka jahit, ko mengadapla misi tu semula (nangis!)

Saya ingat lagi, lepas bersalin baby Fawwaz, misi yang datang rumah tu cek tengok dia kata macam ada yang terbuka. Aishh kita ni dah gelabah dah. Camane plak bleh terbuka. Rasanya sopan santun je kita. Lepas tu dia suruh saya bagitahu doktor masa pergi klinik nanti (kebetulan memang kena pergi untuk cek kuning baby). Dalam hati ni berkira-kira, nak cakap ke tak nak cakap kat doktor ni. Boleh je nak tipu kan.

Tapi entah macam mana jujur sangat lah aku pun, cakap juga dengan doktor. Doktor pun cek tengok. Fuhh lega lega.. Dia kata ok je. Balik rumah banyakkan makan buah dan sayur sebab sebelum tu dia ada tanya, sembelit ke? Sembelit juga tapi tak la teruk sangat. Normal la 4 hari sekali baru membuang kalau dalam pantang. Uiiii cemas cemas dah nak kena jahit kali kedua.

Jadi, untuk ibu-ibu yang bakal bersalin tak lama lagi, siap sedialah dengan apa yang patut supaya nanti luka jatihan cantik serta cepat sembuh.

Lazimnya luka akan sembuh dalam tempoh dua minggu lepas bersalin. Cepat atau lambat sangat bergantung kepada apa yang ibu-ibu buat dan makan.

1. Sebelum bersalin, iaitu dalam trimester ketiga.

Buat senaman Kegel (kemutan otot seperti menahan kencing) dan lakukan urutan perineum. Ini untuk  melatih dan menguatkan otot di bahagian tersebut untuk menghadapi tekanan dan regangan semasa proses melahirkan kelak.

2. Senaman Kegel selepas bersalin

Teruskan dengan senaman Kegel selepas bersalin. Ini dapat membantu meransang peredaran darah dan mempercepatkan penyembuhan luka. Ia juga dapat membantu menurunkan risiko kencing tak lawas, dan meningkatkan kembali daya seksual.

3. Guna ubat luka yang dibekalkan

Doktor akan bekalkan ubat luka yang berwarna kuning. Sama ada letakkan ubat tu pada pad, atau minta suami tuangkan pada luka.

4. Jangan lasak dan banyak bergerak

Jaga cara duduk, jangan sampai terasa sakit. Bangun atau duduk dengan perlahan-lahan kerana sebarang pergerakan yang kuat akan menekan otot di bahagian vagina. Silap haribulan boleh terbetas jahitan tu.

5. Cara kencing yang betul

Kadangkala terasa sakit semasa kencing. Beradalah dalam posisi yang kita sendiri rasa selesa. Jika luka terasa sakit, jirus air suam pada vulva semasa kencing.

Keringkan vagina dengan tuala atau tisu. Memadai dengan menekap-nekap secara perlahan.

6. Elakkan sembelit

Sembelit yang teruk boleh sebabkan jahitan terbuka. Oleh itu jaga pemakanan, cukupkan pengambilan air kosong dan serat. Ibu boleh cuba pil kalsium seperti Ostematrix untuk meransang pergerakan usus yang sihat dan lancar.

7. Jangan sentuh dengan tangan

Tak perlu nak rasa-rasa, pegang-pegang dengan tangan. Biarkan luka sembuh dengan sendirinya. Sama ada tangan yang kotor, atau kawasan vagina yang tidak bersih, kedua-duanya pun tidak sesuai untuk di buat main. Kita tak nak kuman di pindahkan antara satu sama lain pula.

8. Jaga kebersihan vagina

Kerap tukar pad jika terlalu banyak darah, sentiasa pastikan vagina bersih untuk elakkan sebarang jangkitan kuman. Nanti satu hal pula nak ke hospital semula nak cuci kuman. Basuhlah dengan air suam selalu.

9. Cukupkan keperluan nutrisi

Badan kita akan selalu sakit-sakit, dan luka pun lambat sembuh kalau kita tak dapat cukup nutrisi. Nutrisi tu ialah protein, karbohidrat, vitamin, lemak, garam dan mineral. Selalunya orang bersalin yang kekurangan nutrisi akan rasa penat, tertekan, murung dan sakit-sakit badan.

Untuk mempercepatkan baik pulih luka, boleh ambil Zink dan Vitamin C. Kedua-dua ni sangat membantu untuk luka cepat sembuh, mencegah jangkitan, dan memperbaiki tisu-tisu kulit yang rosak dan cedera.

10. Kurangkan tekanan

Ibu berpantang jangan stress stress. Mesti happy dan ceria selalu barulah luka cepat baik.

Jadi, kepada ibu-ibu yang tak lama lagi nak bersalin, dah boleh mula cara nombor 1. Kemudian ikut cara yang saya dah bagi ni.

Saya doakan ibu-ibu semua dipermudahkan urusan bersalin nanti, sentiasa sihat walafiat dan luka pun sembuh dengan begitu cepat sekali. Amiin insyaAllah.

**************

Untuk mempercepatkan penyembuhan luka bersalin, saya cadangkan ibu ambil ESP dan Vitamin C Shaklee. Kedua-duanya membantu pemulihan luka dengan cepat, mengurangkan risiko jangkitan dan memberi tenaga. Atau lagi advance boleh amalkan Vivix . Berminat hubungi:

012-9645614

Pengedar Shaklee Malaysia
ID: 868994

Apabila diberitakan mengandung anak kedua, sama ada dirancang mahu pun tidak, sedikit sebanyak perasaan takut mula muncul dalam hati ibu.

Kalau anak pertama dulu, pasangan suami isteri memang seronok dan teruja, maklumlah bakal bertambah ahli keluarga. Daripada berdua, bakal jadi bertiga. Hidup pun mungkin berubah 360 darjah.

Tapi perasaannya lain apabila mengandung bayi kedua. Ibu lebih takut dan risau. Lagipun ibu dah berpengalaman mengandung dan bersalin yang pertama. Selalunya ibu akan rasa 'serik'. Mungkin pelik bunyinya. Tapi saya sendiri mengakui lebih ketakutan apabila mula mengandungkan anak kedua kami dulu.


Jom tengok apa ketakutan dan kerisauan yang ibu hadapi semasa mengandung kali ini.

1. Takut tidak dapat menyayangi anak kedua seperti anak pertama

Apabila anak yang pertama lahir, ibu akan mencurahkan sepenuh kasih sayang kepada anak itu. Anak akan di tatang bagai minyak yang penuh. Semua kemahuannya dituruti. Semua yang terbaik untuk anak pertama kita itu.

Jadi, ibu mula risau bagaimana ingin membahagi kasih sayangnya dengan anak kedua pula? Mampukah ibu menyayanginya seperti anak pertama?

Sebenarnya ibu mampu menyayangi setiap anak sama rata. Ikatan antara ibu dan anak kedua bakal terbentuk secara semulajadi. Ibu haruslah buka hati untuk menerima kehadiran orang ke-empat dalam keluarga.

Cara yang lebih proaktif, banyakkan membaca, ambil tahu mengenai kandungan (selalunya mengandung anak kedua ibu dah mula sambil lewa), selalu mengusap bayi dalam kandungan, dan selalu bercakap-cakap dengannya supaya kalian berdua sentiasa 'feel connected'.

2. Takut dengan proses kelahiran yang bakal dilalui

Rata-rata ibu yang pernah melahirkan anak pertama akan takut untuk menghadapi kelahiran kali kedua.

Pengalaman pertama ibu yang selalunya 'mengerikan' buatkan ibu serik nak bersalin lagi. Saya sendiri melalui hampir 24 jam menanggung kesakitan melahirkan anak pertama. Jadi apabila nak bersalin anak kedua, perasaan terlalu takut hingga saya menangis apabila jururawat mula menolak masuk kedalam dewan bersalin.

Ketahuilah ibu, proses melahirkan anak kedua saya jauh lebih mudah berbanding anak pertama (walaupun sakit kontraksi masih serupa). Ini kerana sudah ada laluan / bukaan berbanding yang pertama dulu.

Para suami amat memainkan peranan waktu ini untuk cuba menghilangkan ketakutan dan menenangkan emosi isteri. Selalu berada di samping isteri dan beri kata-kata semangat yang diharapkan.

3. Takut tidak dapat menyusukan dengan susu ibu

Apapun pengalaman menyusukan anak pertama, ia tidaklah sama dengan anak kedua kerana tidak ada dua bayi yang serupa walaupun ia lahir dari rahim yang sama.

Jika ada masalah dalam penyusuan, mintalah nasihat doktor, jururawat atau pakar menyusu.

4. Takut meninggalkan anak pertama bila hendak bersalin

Perasaan ini sangat normal bagi semua ibu. Lagi-lagi ibu tidak pernah meninggalkan anak terlalu lama. Ibu boleh jadi terlalu rindu pada anak pertama, fikirkan dirinya dirumah walaupun ibu sendiri sedang bertarung nyawa di bilik bersalin.
(Oh sebak rasa hati menulis ayat ini)

Oleh itu wahai ibu, 'be prepared'! Luangkan masa dengan anak pertama, ceritakan kebarangkalian ibu dan ayah bakal meninggalkannya untuk seketika untuk melahirkan adik baru. Minta tolong ahli keluarga, kawan-kawan atau jiran untuk menjaga sebentar anak kita. Jangan terlalu menekan emosi sendiri. InsyaAllah anak akan baik-baik saja dalam jagaan orang yang kita percaya.

5. Takut tidak dapat melalui kehidupan dengan dua orang anak

Apabila ibu sudah melahirkan, automatik ibu akan tahu bagaimana nak mengatasi cabaran yang berlaku. Biasanya waktu ini anak pertama mula 'buat perangai' sebagai tanda dia mula iri hati dengan kasih sayang ibu terhadap adiknya.

Ibu dan ayah mesti kreatif, ambil peranan yang proaktif supaya anak pertama tidak terasa tersisih. Semasa anak kedua tidur, luangkan masa dengan anak pertama dengan bermain, bercakap, memeluk dan menciumnya sama seperti dulu.

Seeloknya ibu dan ayah mulakan dari awal iaitu sejak dalam kehamilan lagi. Buatkan dia rasa seronok, teruja dan tak sabar untuk bermain dengan si kecil baru dalam keluarga.

Ibu sebenarnya sangat kuat dan tabah! Padamkan semua ketakutan yang ada. Jika ibu lain boleh kita juga boleh!

Bergembiralah menanti kehadiran permata syurga kedua dalam keluarga anda...

*******

Dapatkan Set Bersalin Premium yang berzat, dan bakal buat ibu jadi lebih sihat, bertenaga, ceria, cantik, berseri dan positif sepanjang tempoh berpantang. Hubungi:

-Puan Suhaila-