Enter Keyword

Memaparkan catatan dengan label Set kurus. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Set kurus. Papar semua catatan
Assalamualaikum wbt.

Bulan ESP datang lagi! Pasti ramai yang duk pakat borong ESP terutama sesiapa yang dalam misi turunkan berat badan tu.

So, hari ni Ciksu nak cerita sikit bagaimana ESP membantu turunkan berat badan tanpa perlu berlapar.

Selalu kita tau, orang yang nak kurus ni dia akan tahan lapar. Contohnya, dia makan pagi je. Tengah hari dengan malam dia tak makan dah. Ataupun ada juga yang memang langsung tak sentuh makanan berat, hanya makan biskut-biskut, sayur, buah, salad, snek dan yang simple2 je macam tu.


Persoalannya, larat ke? Sampai bila boleh bertahan macam tu? Takut nanti lama-lama jadi malnutrisi pulak. Maklumlah tubuh kita ni perlukan zat seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin, garam mineral yang cukup untuk terus berfungsi.

Bimbang nanti, bila dah kurus dapat penyakit pula. Yang paling teruk, bila tamat je misi kurus, kita pun stat makan berat balik semula, dan berat badan pun mengikut naik. Huwaa! Inilah namanya kesan yo-yo. Kejap gemuk, kejap kurus, gemuk-kurus, gemuk-kurus. Bahaya macam ni.

Oklah, kita pendekkan cerita.

ESP ialah sumber protein soya yang lengkap dengan 9 asid amino perlu yang badan tidak dapat hasilkan. ESP juga rendah lemak, bebas kolesterol (sebab sumber soya) dan yang paling penting GI rendah. Apa itu GI? Teruskan membaca.

Jadi, bagaimana ESP dapat membantu turunkan berat badan tanpa berlapar?

1. Ia memberi rasa kenyang yang lama berjam-jam.

2. Perut dan usus mengambil masa yang lebih lama (berbanding karbohidrat) untuk memecahkan molekul protein kepada yang bentuk lebih kecil.

3. Pergerakan protein lebih perlahan dengan itu lebih banyak masa diperlukan untuk hadam

4. Kesan yang agak stabil dan lembut keatas glukosa darah menjadikan aras glukosa naik perlahan-lahan, bukan secara mendadak.

5. Lebih banyak tenaga di perlukan untuk menghadam protein dengan itu metabolisme di pertingkatkan

6. Aras glukosa dalam darah yang stabil menyebabkan tubuh terus-menerus mendapat tenaga.

7. Protein yang lambat hadam ini menyebabkan perut sentiasa berasa kenyang dan lambat lapar!

Semua ini ada kaitannya dengan GI yang kita sebutkan diatas tadi.

Apa itu GI?

GI ialah glisemic index atau indeks glisemik iaitu nilai untuk mengukur jenis karbohidrat dan kesannya pada paras glukosa darah.

GI tinggi (70 ke atas) - makanan cepat hadam dan cepat ditukar menjadi glukosa dalam darah

GI sederhana (56-69)

GI rendah (55 ke bawah) - makanan lambat di hadam dan mengambil masa yang lama untuk ditukar menjadi glukosa.

Jadi, dah fahamkan bagaimana ESP membantu mengatasi rasa lapar dan asyik nak makan je bagi orang yang nak kurus?


ESP mempunyai GI 39 dan memanglah sangat-sangat membantu menahan lapar. Yang paling bagus, ESP tak sebabkan kencing manis, malah boleh pula mengawal aras gula. Orang yang kencing manis pun sangat disyorkan ambil ESP untuk kawal kenaikan gula dalam darah.

Selain tak perlu berlapar, ESP juga membantu:

1. Meningkatkan metabolisme tubuh

Orang nak kurus mesti perlu metabolisme tinggi untuk membakar kalori dengan lebih cepat.

2. Membina otot

Apabila ada otot, lagi tinggi metabolisme.

3. Menurunkan kolesterol

Ini kerana ia kaya serat yang akan membantu memerangkap kolesterol untuk disingkirkan.

4. Membekalkan tenaga

Banyak feedback dari pelanggan saya mengatakan ESP buat rasa bertenaga, cergas dan kalau minum waktu malam sampai tak boleh tidur dibuatnya.

ESP sangat sesuai sebagai meal replacement jika seseorang tak suka makan makanan berat, apa lagi makanan yang tinggi lemak dan kolesterol. Ia juga sesuai untuk mereka yang jenis nak cepat dan tak menyempat-nyempat nak makan, so bancuh saja ESP untuk beri rasa kenyang yang lama.

ESP juga bagus sebagai post-workout supplement yang mana ia akan membantu seseorang untuk recover semula dari aktiviti berat, membantu bina otot dan kekuatan.


ESP ni memang menjadi pilihan mereka yang nak kurus, sebab manfaatnya sangat banyak.

Selain boleh kurus, ESP boleh membantu:

1. Cantikkan kulit
2. Menghilangkan parut
3. Mengawal tekanan darah
4. Mengurangkan gastrik
5. Awet muda
6. Mempercepatkan pertumbuhan sel baru
7. Kesuburan
8. Pemulihan luka
9. Pertumbuhan rambut dan kuku
10. Menstabilkan hormon

dan banyak lagi lah.. sebab tu ESP sentiasa menjadi rebutan.

Jika berminat mendapatkan ESP berserta konsultasi percuma, hubungi:

Puan Suhaila


ID: 868994


Ibu-ibu yang baru lepas bersalin mesti ada yang tak sanggup nak tengok rupa sendiri yang jauh berubah daripada sebelum mengandung hingga lepas bersalin.

Paling sedih kalau ada orang kata kita dah macam anak 5 padahal anak baru sorang!

Siap ada yang kata gambar kawin kita pun orang ingat adik kita! Ape hal???

Puan Salwa ni pun ada masalah sama macam ibu-ibu juga iaitu gemuk lepas bersalin. Tapi apa dia buat ye sampai boleh turun berat jadi cun melecun semula.

Bukan sekilo, bukan 10 kilo tapi 20kg tau!!




Susukan bayi anda

Bagi ibu-ibu lepas bersalin yang ingin menurunkan berat badan ke bentuk asal, silalah menyusukan bayi anda dengan gigih sekali.

Sebab sekali sesi penyusuan akan menyebabkan sebanyak 500kalori terbakar taw!

Amatlah rugi kalau tak ambil peluang menyusukan bayi waktu ni. Bukan saja dapat membentuk 'bonding' dengan bayi malah boleh kurus lebih cepat lagi!

Minum banyak air kosong

Air mempunyai 0 kalori. Tiada gula, tiada perasa malah tak memudaratkan langsung. Air membantu meningkatkan metabolisme dan membakar lemak dengan lebih cepat.

Selain itu kita dapat 'flush out' toksin2 yang ada dalam badan kita.

Kawal keluar masuk kalori

Jangan malas untuk kira kalori daripada makanan yang kita makan. Bagi wanita yang aktif menyusu, lebih banyak kalori diperlukan untuk menampung jumlah kalori yang keluar semasa menyusu dan beraktiviti.

Ambil suplemen Shaklee!

Makan suplemen tapi jangan terlalu bergantung kepadanya. Sebab suplemen bukan pil ajaib kurus tetapi ia menambah nilai dalam makanan yang kita makan setiap hari supaya tubuh mendapat nutrisi yang berkhasiat dan dapat menjalankan fungsinya dengan lebih efisien.

ESP
Sumber protein non-GMO ini memberi tenaga kerana ia mengekalkan paras gula dalam darah. Oleh itu kita tidak akan merasa lapar dalam masa yang lama.

Dengan itu ia mengurangkan perasaan asyik nak makan bagi ibu menyusu.

Alfalfa Complex
Alfalfa Complex pula ialah agen detoksifikasi. Ia membantu mencuci darah, usus dan membantu dalam melawaskan pembuangan bahan-bahan toksin setiap hari.

Alfalfa juga membantu menyerap kolesterol jahat dalam salur darah dan menyingkirkan lemak.

Omega dan Lecithin
Omega Guard dan Lecithin ialah agen pembakar lemak terbaik. Ia juga membantu menurunkan aras kolesterol jahat dalam darah.

Dengan mengamalkan keempat-empat perkara diatas, ibu-ibu pasti dapat menurunkan berat badan berkilo-kilo seperti Puan Salwa.

Nak tips kurus serta dapatkan Set Slimming di atas, hubungi saya segera!

~Suhaila Budin~
SMS/ WhatsApp: 012-9645614
ID: 868994

Ramai wanita yang mengalami pertambahan berat semasa mengandung tapi ada masalah untuk menurunkannya lepas bersalin. 

Nak-nak pulak kalau anak dah masuk 3,4 orang kan. Alignment dah lari, metabolisme menurun, selera makan pulak semakin bertambah.


Impian mula-mula memanglah nak kurus, tapi akhirnya semua tinggal angan-angan sebab sibuk dengan urusan rumah-tangga yang tak sudah-sudah.

cuba teka siapa beliau? ;)

Salah Sangka

Pernah tak orang kerap kali tersalah teka umur kita? Peribahasa orang putih kata don't judge a book by it's cover. 

Saya pernah berbual dengan orang yang tak dikenali. Badan dia memang bersaiz besar, anak dah 4 orang. Masa tu dia sedang mengandungkan anak ke-5. Saya tersalah panggil dia kakak. Bila saya tanya dia lahir tahun berapa, dia jawab tahun 83.

Termalu sendiri saya sebab dia rupanya lagi muda dari saya! Sebenarnya banyak kali juga saya tersalah panggil orang. Sebaya ku sangka kakak. Kakak ku sangka adik.

Tapi sejak peristiwa termalu sendiri tu, saya berazam untuk tidak main panggil2 sesuka hati je. Mula-mula mesti tanya umur dulu.

Biar Gemuk Asal Sihat Dan Comel

Betul...memang takde salahnya berbadan besar. Memang nampak comel sangat. Tapi betul ke sihat? Banyak kajian mengaitkan berat badan berlebihan adalah punca pelbagai penyakit.

Ada kawan saya, badannya takdelah besar mana. Berat pun taklah berat mana. Tapi dia duk mengadu sakit lutut, sakit sendi sebab badan dia berat. Padahal umur baru mencecah 30 tahun masa tu. Belum kahwin pun.

Kurus pun bukanlah bermakna takkan dapat penyakit. At least kuranglah risiko kalau pandai jaga kesihatan.

Lagipun baju makin takde saiz. Tiba-tiba teringat pulak Dr. Azizan Osman tulis dalam buku dia, lebih kurang katanya kita ni duduk dalam zon selesa padahal saiz seluar makin besar.

Jomlah Kurus!

Saya akan bantu anda jika benar-benar nak kurus! Dengan syarat kena ikutlah semua panduan, dan disiplin. 

Nak kurus dengan Kevin Zahri pun kena disiplin. 

Kalau coach hebat tapi diri sendiri malas pun takde gunanya. Yang penting kita amalkan cara hidup sihat kan?

3 Cara Kuruskan Badan Dengan Cepat

#1. Bakar
Bakar lemak dan bakar kalori. Caranya ialah dengan melalukan aktiviti fizikal secara tetap dan berterusan sekurang-kurangnya 5 hari seminggu. Lemak-lemak yang tidak diingini dalam badan boleh kita bakar dengan Lecithin dan Omega Guard Shaklee. 

Lecithin dan Omega memang terbukti dapat membantu tubuh membakar lemak dengan berkesan, dan mengawal selera makan yang berlebihan.

#2. Buang
Detoksifikasi ialah membersihkan saluran darah dan usus daripada toksin dan lelemak jahat serta kolesterol. Toksin akan di keluarkan melalui kulit (peluh), air kencing, najis juga rongga badan yang lain.

Minum banyak air kosong, dan ambil suplemen detoks seperti Herb-lax dan Alfalfa Complex.

#3. Bina
Bina otot dengan melakukan senaman, dan mengambil protein. Protein amat membantu dalam pembinaan sel dan otot yang kuat. Di tambah dengan senaman, otot yang terbina akan membantu tubuh membakar kalori dengan cepat. Ini kerana otot meningkatkan metabolisme dan tenaga.

Protein seperti ESP bukan saja dapat membantu membina otot, malah dapat menghindarkan rasa lapar, memberi rasa kenyang yang lebih lama, dan membekal tenaga.


Kenapa Saya Cadangkan Set Ini?

Sebab ibu kan baru lepas bersalin, dan dalam keadaan menyusukan bayi. Jadi set ini paling disyorkan kerana:-
  • tidak mengganggu penyusuan
  • selamat untuk ibu dan bayi
  • membekal tenaga dan kalori untuk ibu menyusu (ibu menyusu perlu banyak kalori)
  • membantu mengawal selera makan
  • amat baik untuk perkembangan bayi menyusu
  • membantu membuang toksin dengan cara paling lembut dan selamat
  • menggalakkan pengeluaran susu
Set ini tahan lama tau! Boleh sampai 3-4 bulan tengok macam mana penggunaan kita la.. Tapi jangan risau..saya akan guide cara makan yang betul, istimewa untuk ibu yang beli dengan saya. 

Set ini berharga cuma RM435. Penghantaran percuma ke seluruh Malaysia.

Dapatkah khidmat nasihat percuma atau penjimatan hingga 25% dengan menghubungi saya:

Suhaila Budin
SMS/ WhatsApp: 012-9645614
ID Shaklee: 868994
Hati mana yang tak sedih, bila suami yang di sayang sering mengejek dan memperli bentuk badan kita yang semakin tembam ni. Katanya dah tak cantik macam sebelum beranak dulu.

Lebih menyakitkan hati bila si suami membandingkan kita dengan wanita lain. Bayangkan semasa berjalan di shopping complex, suami menyiku dan berbisik,

"cuba awak slim macam perempuan tu, kan cantik"

Bila mata asyik memandang pakaian yang hanya sesuai untuk mereka yang bersaiz S,

"tak payah tengok beria sangat, memang tak muat dengan awak"

Agaknya kalau tak kerana dia suami kita, mau aja kita mintak putus tang tang tu jugak!

Ini realiti dan kisah ini benar-benar wujud. Dah jadi lumrah, wanita lepas berkahwin dan melahirkan anak, bentuk badannya agak berisi dan sukar menurunkan berat badan.


Hanya segelintir sahaja yang mampu menurunkan berat badan ke saiz asal manakala segelintir lagi memang dalam kategori underweight.

Masalah mula timbul apabila suami hanya memandang paras rupa dan bentuk badan yang semakin berubah itu, walaupun layanan dan tanggungjawab lain masih sama. Agaknya mungkin kerana perubahan diri isteri di bahagian itu sangat ketara?

Di pihak suami kemungkinan dia ingin isterinya kelihatan kurus langsing seperti sebelum mempunyai anak dahulu. Mungkin bukan niat dia untuk menyakitkan hati isteri, cuma mahu isterinya mengambil lebih inisiatif  untuk menurunkan berat badan.

Dan bagi si isteri pula, walaupun perkataan suami amat menyinggung, mulakanlah langkah perlahan-lahan untuk turunkan berat badan. Sekurang-kurangnya dengan melihat usaha anda, suami akan mendorong dan memberi galakan sepenuhnya malah turut sama menyertai misi anda.

Apa nak buat?
Mulalah concern tentang makanan seharian. Cek balik keluar masuk kalori. Cek balik kita ni suka makan banyak ke? Suka makan manis2? Suka makan lemak2?

Kalau makan banyak lemak, memang kita tahu ia penyebab kegemukan. Tapi tahu tak makanan manis juga boleh buat jadi gemuk? Sebab gula yang tidak ditukar kepada tenaga akan bertukar jadi lemak dan disimpan di bawah kulit!!

Cukupkan pengambilan air kosong 6-8 gelas sehari. Air kosong meninggikan metabolisme, 0 kalori malah membantu kita untuk rasa lebih kenyang. Jadi kuranglah keinginan kita untuk makan.

Banyakkan buat aktiviti fizikal supaya banyak kalori di bakar. Bersenam, bersukan, kemas rumah, berkebun, main kejar-kejar dengan anak memang akan buat banyak kalori di bakar.

Makanan tambahan juga amat membantu. Sebab kita tak tahu apa yang kurang pada badan kita, maka badan kita tak berfungsi dengan baik, seterusnya kita susah sangat nak turunkan berat badan.

Contohnya vitamin B kompleks bantu tubuh menukar lemak, karbohidrat, dan protein kepada tenaga. Protein pula bantu kita untuk rasa kenyang disamping mengekalkan tenaga.

Apa yang penting, kita wajib disiplin untuk mendapatkan berat badan ideal seterusnya kekal sihat bertenaga untuk melakukan aktiviti harian.

Perlukan bantuan? Hubungi:
Suhaila (868994)
SMS/ WhatsApp: 012-9645614
Fb: Su AnNajah
emel: butik.annajah@gmail.com
Muhahahaha...suka daku baca testimoni beliau ni.

Beliau ni ialah 'anak' Shaklee aku. Beliau daftar ahli dan beli Set Slimming Shaklee hasil terpengaruh dengan status Facebook aku yang duk cerita ramai orang kurus. Eh, benda baik harus di kongsi bersama...kan?

Daku malas nak cerita panjang, korang baca je kisah beliau yang daku kopipes 100% daripada secret grup Shaklee Diamond Club (grup khusus untuk customerku tersayang).

----------
Assalamualaikum wbth...
Minta izin dan laluan nak citer pengalaman saya dengan Shaklee.. Bermulanya kisah saya dengan Shaklee bila saya berjumpa dengan
Shaklee Slimming Set, yang diperkenalkan oleh x-classmate masa form 1 dulu, merangkap 'mama' saya skrg.
Memula nak try mmg saya mengaku, risau jugak takut tak berkesan. Paling takut bertambah gemuk sbb tengok produk2 lain yg org lain beli d internet mendatangkan kesan buruk.
So, saya pun start laa me'ricky'2 kat internet, kawan2, macam2 lah. Tu pun lepas adik saya rekemen guna shaklee utk apa saja tujuan, baik nak kulit cantik, nak sihat, apalagi kalau nak kurus.. Dah berkira2 selama 6 bulan lamanya 'menyiasat' pasal Shaklee ni, sambil2 kumpul2 modal nak beli set kurus, akhirnya saya pun sign up (sbb nak rege murah, start guna 14.2.2014).
Minggu pertama, sy hilang 900gm.. waah..menarik... Minggu ke2, ke3, ke4 maintain pulak.. Naik tidak, turun pun tidak.. Lama2 malas dah nak naik digital scale(dacing digital) tu.. Sampailah masa kenduri adik ipar yang bongsu (12.4.2014), sorg adik ipar ni tegur,"akak dah x chubby sgt laa... makan apa??" Terus sy balik rumah timbang lagi... Alhamdulillah.. dh hilang lagi 1kg...
Sejak dr hr tu, semangat naik semula.. sy mula atur jadual tuk workout, walaupun selalu xikut jadual..
Dari hari ke hari, saya dpt rasa yg baju2 lama dah boleh sarung semula.. Seluar jeans yg sy beli ms Ramadhan 2012(xmuat masa attend seminar DAO end of 2013) dah boleh pakai semula.. masa tu saksi saya terseksa dengan jeans tu, husband, adik ipar dgn biras.. dari pagi saya pakai jeans tu, sampai mlm. otw balik dr seminar mlm tu, sy sakit perut sangat2!! butang jenans tu terlalu menekan sangat perut saya, rasa nak muntah, pening.. dah xlarat, kami stop kat petrol pump, nk ganti seluar.. MasyaAllah... Dia je yg tahu betapa siksanya saya ms tu.
Alhamdulillah, jeans tu dah boleh dipakai semula skrg... Syukur sangat3!!
Lupa nak btau, set kurus yg sy consume tu, ESP + Lecithin + Alfalfa...
Set ni mmg best sangat sbb sejak sy consume, sy makin bertenaga, proses buang air besar pun dah semakin lancar. Mmg dah takde nak teran2, berlama2 dlm toilet..semuanya lancaaaaar sangat!!! Xpercaya?? Kena cuba!!
Bila set kurus ni dah nak habis, sy order yang baru, kali ni order sendiri sbb dah ahli kan... Tapi kali ni saya tambah Omega Guard utk mempercepatkan lagi proses pembakaran lemak.. yg ni lg power nk bakar lemak.
Sy tambah jugak suplimen tuk kulit..(Vit C & Vit E).. Mana taknya, kulit saya kasar, kering.. tumit kaki pecah teruk. Kalau buat garu mmg nikmat sangat, xketerlaluan kalau sy kata boleh luka ms menggaru tu.. dasyat kan?
Syukur sgt, bgn pagi je, muka dah xberminyak2 mcm dulu. kulit pun dah xkasar. Masa pergi kenduri aqiqah baru2 ni, ramai yg tegur, kulit muka cantik, gebu, elok sangat... Soalan wajib "pakai apa?" Sy pun share laa dgn dorg, ye laa, benda baik kena dikongsikan & dipanjangkan..betul x?
Kisah jiran mak lg best, dr dulu dia selalu tanya, pakai apa? makan apa? bila kite citer, dia jebik2.. baru2 ni tanya lagi, "awok pakai mende kaklong, makan mende yg boleh jadi slim gini?? Awok minum susu tu ke??" dia xsebut esp, susu je..senang..org tua kan... haa, jeles laa tu...jebik2 lagi...hihi
Alhamdulillah, sejak dari bln Feb, smpi laa skrg (end of June), dari 78kg, skrg dh tinggal 70.3... Bukan dekat2 8kg tu? Dah ok sangat laa tu.. lebih baik lambat asal selamat, biar hilang berat sikit2 dari hilang banyak dgn cepat, tapi naik pulk dgn cepat, belum lagi kira risiko lain, cirit-birit, pening, muntah...uish, idok laa wei...
sy target, nk dapatkan semula berat ms belum pregnant, 58kg.. kalau dapat berat ms form 5 dulu (thn 1999) lg bagus, 52kg..hihi... insyaAllah...
sebenarnya, target tiap2 thn nk kurus tiap kali ramadhan, hmmm...impian tinggal impian je laa... makin gemuk ada laa... mana taknya, time berbuka sebat semua yg ada depan mata... masa tu, kalau boleh semua nak telan... ye laa, seharian berlapar kan? waktu malam masa balas dendam laa...pastu lembik wek pas berbuka, sudahnya suami yg kena kemas meja... Tu pasal laa maghrib pun lewat, kot lewat, kdg2 kantoi sbb penat 'membahan'.. (teruknya laa aku ni...)
Tahun ni insaf, xmo lgi kantoi maghrib...sbb Esp mmg bagi tenaga yg cukup sepanjang berpuasa... mmg superb... sy mmg jenis xtahan kalau time pose, sbb tu sokmo lewat ganti pose..dah hujung2 br nak ganti...hummm...
sblm pengakhiran, nk cite lagi ni... sy jugak amek GLA utk lancarkan period, sejak 2menjak ni, period terganggu.. selalunya bila tido mlm mesti bocor, tp xtau laa kenapa jadi sikit sgt.. Tapi sejak amek GLA, period dah makin ok mcm dulu... jgn xtau, org lain amek GLA sbb nk subur... sy xkisah, kalau xd xpe, kalau ditakdirkn ada, Alhamdulillah...
Panjang berjela dah ni, kalau nak citer semua mmg xcukup kertas... cukuplah setakat ni dulu... sebelum mengakhiri, saya alu2kan pd semua yg ada mslh kesihatan, cuba2lah tanya pasal Shaklee ni pd SID yg boleh jawab semua soalan anda, jgn malu, jgn segan.. (nk tanya sy pun boleh, sy SID gak, hihi)..
Ok, dah cukup2 sudah, cukup sampai d sini saja... cer tgk pic sy sblm gemoook, masa gemoook & pic terbaru...
Assalamualaikum...nk masuk tido pulak...babai...
pic 1: Okt 2010, bersama x-officemate dmajlis meraikan anak yatim. Selim melim sgt lg kan3!!!
pic 2: 12 Apr 2014, kenduri adik ipar.
pic 3: 27 Jun 2014, terbaru...:))
 — feeling loved.


-------------

Haa...nak percaya ke tak mau percaya ke, terpulanglah kan. Benda baik harus di kongsi bersama. Dah beribu-ribu orang kurus dengan Shaklee. Anda bila lagi?? Takkan tengok aje?

Testimoni Kurus lagi?? klik ------> KURUS

Beli Slimming Set (ESP, Lecithin, Alfalfa) Online, KLIK -----> ORDER NOW!

Jom kurus dengan saya. Saya bagi konsultasi percuma selama-lama jika korang beli dan daftar bersama saya:


Suhaila (868994)
WhatsApp: 012-9645614
SMS: 013-2369434
Selalunya, ibu-ibu yang lepas melahirkan, mempunyai jumlah lemak terkumpul (selama 9 bulan) yang agak banyak. Ada ibu yang cepat aje slimnya, tapi ada ibu yang susah nak kurus malah bagai di pam-pam pula walaupun masih menyusu badan!

Haa macam-mana nak buat kalau termasuk dalam kategori susah nak turun berat ni ye??

Tahukah anda, sebenarnya ibu menyusulah yang paling senang untuk mencapai berat badan asal. Sebab setiap sesi penyusuan akan membakar sehingga 500kalori! Walaupun dia menyusukan bayi sambil berbaring!

Namun begitu, ramai juga yang mempunyai masalah menurunkan berat badan. Ini bergantung kepada tubuh masing-masing juga. Ye lah..ada orang metabolisme tinggi, ada orang jisim otot tinggi, ada orang metabolisme rendah, ada orang jenis memang payah nak kurus buatlah macam-mana pun. Ada orang makan banyak tapi kurus kering juga.

Baiklah, untuk menjayakan misi menurunkan berat badan ibu menyusu, saya sangat rekomenkan anda mengambil Set Kurus Shaklee!

Kenapa Set Kurus Shaklee??? Sebab:-

1. Ia bersumberkan bahan yang 100% semulajadi dan halal.

2. Ia selamat untuk ibu dan bayi malah menambah nilai dalam susu ibu

3. Mudah digunakan

4. Membekal nutrisi penting dan berkhasiat untuk ibu dan bayi

5. Langsung tidak mengganggu penyusuan malah membantu kelancaran proses penyusuan

Apa yang ada dalam Set Kurus Shaklee Untuk Ibu Menyusu??

Paling basic yang WAJIB dan BAJET untuk anda ambil ialah Lecithin dan Alfalfa Complex.

Lecithin

  • Berfungsi memecahkan lemak daripada makanan yang kita ambil
  • Membersihkan salur darah daripada lemak dan kolesterol jahat
  • Membantu metabolisme lemak, kolesterol dan trigliserida dengan berkesan
  • Mempercepatkan pembakaran lemak
  • Bagus untuk otak ibu dan bayi kerana ia mengandungi kolin
  • Mengurangkan bengkak susu/duktus tersumbat bagi ibu menyusu
Alfalfa Complex
  • Agen detoksifikasi, pencuci usus dan salur darah
  • Bertindak mengangkut toksin dan lemak yang telah dipecahkan oleh lecithin keluar dari tubuh
  • Pelawas
  • Menggalakkan pengeluaran susu ibu
Untuk hasil yang lebih pantas, saya mencadangkan anda mengambil ESP Shaklee dan Omega Guard.

ESP
  • Membantu memberi rasa kenyang lebih lama, dan mengurangkan keinginan ibu untuk makan
  • Indeks Glisemik rendah, memecahkan gula perlahan-lahan dan membebaskan glukos dalam sistem
  • Paras gula yang rendah penting untuk menurunkan berat badan
  • Menggalakkan pengeluaran susu
  • Mencantikkan sel kulit, memulihkan sel rosak selepas bersalin
Omega Guard
  • Menyingkirkan lemak yang mendap dalam salur darah dan organ
  • Membakar kalori
  • Mengeluarkan hormon leptin yang memberi isyarat supaya BERHENTI MAKAN
  • Kaya dengan asid lemak seperti DHA dan EPA yang bagus untuk memori ibu dan bayi

Kalau tak mahu ambil Lecithin, cuma nak Omega Guard sahaja boleh ke??

Boleh..anda boleh pilih mana-mana kombinasi sesuai dengan bajet anda :)


Saya namakan ia Set Kurus Untuk Ibu Menyusu a.k.a Set Kombo! Sihat dapat, kurus dapat, cantik pun dapat!

Omega Guard Shaklee mengandungi Omega-3

Oklah...saya dah tak sabar nak kurus menawan ni! Berapa harganya??

Lecithin (120 tab) - RM53
Alfalfa S (300tab) - RM53
ESP (850g) - RM150
Omega Guard (90tab) - RM136

Ramai yang dah berjaya kurus dengan Set Kurus Shaklee ni..tak kira ibu menyusu atau tak. Saya ada banyak testimoni. Boleh klik koleksi Testimoni ni ye.

Atau...anda boleh tengok bagaimana Puan Salwa yang gemuk lepas beranak dua ni menurunkan berat badan hingga 20kg! Apa dia buat??



Best kan?? Nak kurus macam Puan Salwa?

Dapatkan panduan eksklusif daripada saya!

Hubungi:

iR Suhaila (ID 868994)
SMS: 013-2369434
Wasap: 012-9645614
Hai semua!

Tiba-tiba semalam MS dapat ilham nak tulis entry dengan tajuk ni. Ye lah sebab fikir-fikir bukan semua orang dapat mencapai berat badan yang diidamkan.

Bukan khusus untuk Shaklee je tapi secara umum.

First of all jangan sesekali kita menyalahkan produk yang kita ambil. Baik Shaklee, Herbalife, Amway ke and whatever yang banyak di pasaran tu. Even you tak makan suplemen pun still boleh kurus sebenarnya.

Suplemen (khususnya Set Slimming Shaklee yang terkenal tu) hanya bertindak sebagai makanan tambahan yang mana dalam proses anda menurunkan berat badan, ia membantu tubuh anda berfungsi dengan lebih baik.

Contohnya Cinch Shake Shaklee yang diperkaya leucine bertindak mengekalkan jisim otot supaya dalam tempoh masa kita nak kurus tu, otot yang terbina membantu membakar lemak lebih cepat. Cinch juga membantu mengatasi rasa lapar berpanjangan.

Manakala Lecithin pula bertindak memecahkan molekul2 lemak tepu dalam badan bersama-sama dengan lecithin semulajadi yang wujud dalam badan (tetapi jumlahnya tidak mencukupi.)

Ok, jom semak kenapa walaupun macam-macam produk kurus yang kita cuba tapi keadaan masih sama, tak kurus-kurus jugak!

1. Tak kawal kalori keluar masuk!

Ni penyakit paling bahaya kalau nak kurus. Sesetengah orang mentafsirkannya sebagai berpantang. Tidak...bukan berpantang. Bila nak kurus, automatik kita kena pastikan kalori yg kita makan kurang berbanding yang di keluarkan. Dah kalau sama je masuk 500, keluar pun 500 bila nak kurus? Bila nak fit??

Nak makan banyak makanla..tapi pastikan makanan yang kita makan tu kalorinya tak banyak. Dan kalau termakan makanan yang banyak kalori, cover la dengan buat senaman lebih sikit supaya lebih lagi kalori dibakar.

2. Kurang pengambilan air kosong

Air kosong sangat penting untuk bantu tubuh bakar lemak lebih cepat. Lagipun air kosong mempunyai 0 kalori! Minumlah banyak mana pun pasti tak gemuk.

Saya sarankan sukat 2-3liter air kosong dan cuba habiskan dalam masa sehari. Customer saya yang memang ikut panduan ni memang berjaya turun berat badan dengan cepat.

3. Malas bersenam

Tak semestinya senaman yang susah-susah. Duduk kat rumah sambil buat kerja rumah pun boleh bakar banyak kalori. Lainlah tidur je tak buat apa-apa memang la gumuks. (Sebenarnya tidur pun kalori terbakar tapi tak banyak)

4. Tak makan langsung!

Ada orang nak kurus tapi dia puasa sepanjang hari. Hoii memang bukan saja kurus tapi silap-silap boleh masuk wad ni.

Makanan membekalkan kalori. Kalori membekalkan tenaga. Makanan juga membekalkan semua nutrien yang penting untuk METABOLISME dan proses BIOKIMIA tubuh kita. Metabolisme rendah, susah nak bakar lemak dan kalori.

Sebab tu orang yang metabolisme rendah susah nak turunkan berat badan.

5. Nak cepat kurus

Sampai sekarang saya masih tak faham sains disebalik "spray spray dan pling! kurus". Kita simpan lemak bertahun-tahun tapi nak kurus dalam masa 10 hari? Mana boleh!

Biarkan tubuh kita menjalankan prosesnya secara SEMULAJADI. Bina otot secara semulajadi, lemak terbuang secara semulajadi dan proses detoks pun berlaku secara semulajadi.

Sebab itu saya sangat-sangat rekemen slimming set Shaklee ni. Dengan syarat IKUT SEMUA panduan yang saya bagi. Saya memang nak bantu anda untuk kurus.



Izinkan saya untuk bantu anda!

p/s: Set Slimming ini sesuai untuk lelaki dan wanita. Suami saya turut mengamalkannya.

Hubungi MS segera:

Suhaila 013-2369434
fb/ su.annajah
emel butik.annajah@gmail.com
Lagi-lagi cerita tentang bakar lemak.. Set-set bakar lemak dan kurus ni memang antara set yang paling laris dari saya. Saya pun jadi sangat teruja nak bantu kawan-kawan yang nak turunkan berat badan, yang nak cut cost, nak kesan paling cepat dan paling selamat tentunya!

Ok, kalau sebelum ni saya ada bagi intro tentang produk bakar lemak yang best klik Lecithin dan Omega ini, sekarang nak cerita lebih detail mengapa lecithin dan omega-3 ini dikatakan produk pemecah lemak yang paling baik dan berkesan.

Sebenarnya, dalam tubuh kita ni memang ada lecithin manakala omega-3 ialah asid lemak perlu dalam kategori PUFA (polyunsaturated fatty acid). Nak tak nak, mahu tak mahu kita KENA makan Omega-3 dengan mencukupi. Ketidak cukupan Omega-3 akan mendatangkan banyak masalah kesihatan. Baca entry bertajuk Kesan kekurangan Omega-3 Pada Tubuh.

Apabila disebut memang wujud lecithin dalam badan kita, bukan bermakna kita tak perlu ambil lecithin dari luar, sebab kekurangan lecithin pun boleh sebabkan penyakit. Lecithin dan Omega-3 berfungsi menurunkan kadar kolesterol jahat LDL yang berlebihan dalam tubuh yang menyebabkan kadar kolesterol baik HDL menjadi berkurangan.

Jika seseorang disyaki atau disahkan mengidap tekanan darah tinggi, sakit jantung, kencing manis, berkolesterol tinggi (melalui ujian darah) malah jika berat badannya berlebihan, ini menunjukkan Lecithin dan Omega-3 dalam tubuh sebenarnya TIDAK MENCUKUPI.

Bagaimana 'membakar' lemak dalam badan kita??
Lemak dalam badan kita sebenarnya sangat susah nak dikeluarkan. Ia bukan seperti membuang lemak pada ayam, dan bukan seperti menjirus air panas kedalam periuk yang dipenuhi lemak daging korban! Jika itu kekdahnya, setiap kali minum kopi panas, lemak-lemak pun keluar seperti air mengalir.

Ada dua cara membakar lemak yang efektif, selamat dan semulajadi.
1. Senaman, aktiviti fizikal
2. Produk bakar lemak

Bakar lemak dengan bersenam!
Ini telah saya terangkan serba sedikit dalam entry Petua Kurangkan Perut Buncit.
Bersenam membakar kalori dengan cara membina otot. Bersenam juga menggunakan tenaga yang tersimpan dalam lemak berlebihan. Lemak akan ditukar menjadi tenaga melalui tindakbalas biokimia dalam tubuh.

Produk bakar lemak
Secara semulajadi, lecithin (fosfolipid) dan asid lemak tak tepu Omega-3 (essential fatty acid) dalam tubuh akan bergabung dengan LDL, lemak dan minyak untuk menguraikannya. Ingat bahawa lemak hanya akan larut dalam lemak. Lemak TIDAK AKAN larut dalam air. Perhatikan demo ini


*credit photo to Emma@vitaminswithluv

Ia sangat mudah dan semulajadi!!

Sebab itu, mereka yang telah mencubanya sangat berpuas hati..Badan rasa lebih ringan dan kolesterol dapat dikurangkan. Untuk hasil terbaik, ambil Lecithin / Omega Guard bersama-sama Alfalfa Complex atau Herb-lax Shaklee.. Lecithin memecahkan, Alfalfa dan Herb-lax membawanya keluar dari tubuh ;)

Hapuskan lemak secara semulajadi!!

Hubungi Suhaila 013-2369434 untuk pembelian dan konsultasi istimewa.
Ok, lagi cerita tentang diet, subjek faveret ai. Ada beberapa kesilapan diet yang kita selalu buat tapi kita tak perasan ia sebenarnya silap. Let's check it out here ;)

Kesilapan #1- Diet yo yo oo je
Kita target nak turun 5 kg sebulan, kemudian kita giler2 punya jaga makan..makan buah dengan sup je..hujung bulan dapat capai target turun 5kg..


Lepastu kita rileks2 dah, boleh kembali makan ikut suka atau up sikit dari yg giler2 bulan lepas, sedar tak sedar kita melatih metabolisme tubuh supaya jadi perlahan.

Tamat je tempoh diet tu,tubuh kita kembali membakar kalori secara perlahan. Berat pun naik semula..

Kesilapan #2- Skip breakfast

Sesetengah kita selalunya tak sempat makan pagi atau memang tak makan pagi pun terutama untuk orang yang nak  kurus. Bila dah macam tu, seharian lapar. Lepas tu dah tengah hari sikit mula lapar.. waktu lunch pulak kemuncak kelaparan. Kita pun makan tengah hari macam baru lepas puasa sehari.

Tahu tak, bahawa sarapan yang tinggi protein dan serat boleh mengurangkan rasa lapar untuk sepanjang hari! Bukan tak rasa lapar langsung tapi keinginan untuk mengisi perut tu sedikit kurang la.. Tahu tak sistem penghadaman ni sebenarnya ambil masa lebih kurang 12 jam dari waktu mula makan hingga jadi bahan buangan.

Kajian menunjukkan orang yang makan breakfast setiap pagi lebih mudah nak maintain / turunkan berat badan. Macam Hanis Zalikha tu kata, breakfast like a KING, lunch like  a Queen, dinner like a BEGGAR.. 

Maksudnya, pagi2 boleh makan sedap2 ikut suka, tgh hari kurangkan, gitu jugak malam :)

Kesilapan #3- Snek hilang arah (adoi ni translate versi gugel ke hape)

Kesilapan yang ni, kita dah cun-cun kira kalori pagi, petang malam, dah bajet nak makan ape banyak mana. Tetiba dalam beg tangan ada NIPS, kang member sua Big Apple Donuts, balik rumah nak Cornetto mini.. kalori pun kelaut. Snek ni la yg sabotaj plan nak kurus kita, so hati2.

Kesilapan #4- Tak makan snek langsung (eh pulak dah)

Hehe..Ok, bukannya tak boleh makan snek langsung tapi pastikan sneknya BERKHASIAT. Orang yang makan snek boleh kawal kelaparan dengan syarat snek tu membantu mengatasi rasa lapar. Contohnya makan la snek tinggi serat seperti kaya protein i.e yg boleh tinggikan metabolisme dan lagi 1 kekacang.

Kajian tunjukkan orang yang makan kacang lebih slim dari orang yang tak suka kacang. awww.

Kesilapan #5- Rendah lemak tak bermaksud rendah kalori

Jangan mudah tertipu. Makanan rendah lemak bukan bermaksud kalorinya juga rendah. Cara terbaik ialah baca label pemakanan dan perhatikan kandungan gula, lemak dan kalori.

Kesilapan #6- Hirup terlalu banyak kalori

Minuman seperti jus buah dan soda boleh menambah kalori secara cepat. Kita takkan rasa kenyang walaupun kita minum banyak minuman berkalori tinggi.

Kesilapan #7- Minum terlalu sikit sangat air

Ini yang selalu saya tekankan (kepada pelanggan2 set kurus saya). Air kosong, kosong kalori. Selain tiada kalori ia membantu kita untuk turun berat badan dengan cepat. Air sangat penting untuk bakar kalori. Jika kurang minum air, metabolisme menjadi perlahan, kalori lambat dibakar.

Kajian menunjukkan orang yang banyak minum air mampu membakar lebih banyak kalori berbanding mereka yang kurang minum air. Jadi, cuba tambahkan segelas air setiap jam atau between meal.

Kesilapan #8- Ditching dairy (gagal menterjemah dengan tepat :P)

Kajian mencadangkan pengambilan kalsium mencukupi mampu membantu pembakaran lemak. Jika kurang kalsium, pembakaran lemak menjadi perlahan.

Kalsium diperlukan untuk pengecutan otot dan pengawalan saraf. Jika mengambil produk tenusu, pastikan ia rendah lemak.

Kesilapan #9- Drive-Through

Akibat selalu sangat ke restoran makanan segera, (sebab ada drive-thru) maka kita pun jadi malas makan makanan berkhasiat. Memandu ke drive-thru akhirnya jadi habit. 

Kajian jangka panjang menunjukkan orang yang memakan makanan segera lebih dari dua kali seminggu berupaya mencapai 10 pound lebih berat badan. Uishh ini sangat bahaya!

Kesilapan #10- Timbang berat

(Ada orang kata tak perlu timbang setiap hari) Dengan menimbang setiap hari, kita boleh tentukan trend penurunan berat badan kita. Katalah kita nak turun 1 atau 2 kg seminggu, kita akan rasa 'syok' dan termotivasi dengan penurunan dan mengurangkan rasa keliru dengan kejayaan penurunan berat kita.

Kesilapan #11- Matlamat tak realistik

Contohnya "aku nak turunkan berat 20kg bulan ni" ataupun, "bangun pagi esok aku mesti kurus macam Neelofa"..Awal-awal kita dah give up sebab kita sendiri tahu target kita tak realistik. Akhirnya kita tak start berdiet pun. Walaupun bulan tu kita dapat turun 3 kg kita tetap rasa down, kita berkurung dalam bilik 'menangisi' 'kegagalan' sedangkan kita patut bergumbira...(meraikan dengan daun saderi)

Matlamat realistik adalah kunci kejayaan penurunan berat badan kita!

**tiba-tiba teringat iklan scammer boleh turun berat berkilo dalam masa 5 hari. Doraemon pun give-up kalau kita suruh dia buat alat macam tu**

Ini cerita realistik (buh gambar sikit):

testimoni turun 8kg dalam masa sebulan
Saya pun sangat terkejutnya dengan penurunan berat badan dia.. Dia ikut seperti apa yang saya sarankan dan betul-betul nak kurus. Apepun tahniah..

So, jika anda salah seorang yang dah fenat jadi gemuk, berbadan besar atau obes..fikirkanlah secara serius. Menjadi cantik tak penting, menjadi sihat itu lebih penting!!

EKSKLUSIF: Pengiraan kalori dari grup Shaklee Diamond Club...(ooopss nak join jom beli)


Roger me at 013-2369434 Suhaila untuk konsultasi berterusan free of charge! ;))
Assalamualaikum..salam sihat semua..

Menjadi kurus mungkin idaman kebanyakan orang. Walaupun kurus tidak bermakna sihat, sekurang-kurangnya risiko berpenyakit tiga serangkai (jantung, kencing manis, buah pinggang) dapat dikurangkan setidak-tidaknya hingga 50%.

Tahukah kita bahawa di Malaysia 2 daripada 5 orang dewasa adalah obes? Manakala 1 daripada 7 rakyat Malaysia adalah pesakit kencing manis dan 1 daripada 6 kematian di Malaysia adalah disebabkan penyakit jantung!!!
 *sumber Shaklee booklet

Ramai yg ingin berdiet, ambil suplemen tertentu, berhenti makan makanan tertentu, dan sebagainya. Jom saya kongsikan apa yg anda harus buat jika ingin menurunkan berat badan.

1. Tetapkan matlamat jangka pendek / set target. Contohnya nak kurus dalam masa 3 bulan.
Kenapa 3 bulan? Sebab mana ada org boleh kurus dalam masa sehari..hehe.. Dan orang yang cepat turun berat biasanya akan cepat rebound balik. Letih la mcm tu kan?

2. Tahu bagaimana konsep sebenarnya penurunan berat badan iaitu lemak terbuang, otot terpelihara. Bagaimana nak buang lemak? Suplemen yang membantu dalam proses ini ialah Lecithin, dan Herblax.

3. Banyakkan minum air masak. Setiap 25kg berat memerlukan 1 liter air. Jika berat anda 75kg, anda perlukan 3liter air kosong sehari. Fungsinya? Air diperlukan untuk menyerap nutrien dari diet harian/ supplemen yg kita makan. Air berperanan mengangkut segala lemak2 dan toksin keluar dari tubuh melalui usus. Sebab itu, ada sesetengah orang akan mengalami sembelit semasa proses ini.

4. Wajib ambil sarapan pagi. Jangan abaikan sarapan pagi kerana setelah tidur selama 6-8 jam, perut kita akan berada dalam keadaan berasid. Sarapan atau sekurang2nya segelas air akan meneutralkan keasidan perut buat seketika.

5. Jangan tinggal waktu makan. Ada orang takut untuk mengambil makanan setiap kali tiba waktu makan. Makanlah walaupun sedikit untuk mengelakkan starving mood. Paling tidak anda cuma perlu snek ringan seperti biskut / buah-buahan/ atau sayuran (salad).

6. Lebihkan fiber sehingga 75%, kurangkan karbohidrat sehingga 50%.
Jangan tinggal makan nasi. Makanlah sekurang2nya sekali sehari. Ini kerana nasi adalah sumber karbohidrat terbaik berbanding mee dan pasta. Karbohidrat juga diperlukan untuk mengekalkan tenaga. Namun tidak boleh berlebihan. Jika anda makan nasi, lebihkan sayur2an.

7. Biasakan mengambil buah sebelum makan nasi. Ini kerana kandungan serat dan air dalam buah akan membuat kita berasa kenyang dan kita akan makan nasi dalam kuantiti yg sedikit sahaja.

8. Lakukan aktiviti fizikal untuk membakar kalori. Paling ringan, berjalan keliling rumah/taman selama 10 minit dan tambah masa selepas beberapa hari.

Untuk lebih jelas, tengok gambar di bawah ini:


Cara pengambilan produk Shaklee
1. Detox dahulu dengan mengambil Herblax sebanyak 4 biji. (Jika cirit birit kurangkan dos)
2. Ambil lecithin 2 biji dan alfalfa 2 biji pada waktu malam. (setiap malam)
3. Ambil Herblax semula 3 atau 4 malam kemudian. (2 kali seminggu sahaja)
4. Vitalea sebagai sumber multivitamin diambil sebiji setiap pagi.

Protein untuk pembinaan otot.
Adalah di galakkan anda mengambil sumber protein seperti ESP atau Cinch Shakes untuk membina otot.
Otot diperlukan untuk membakar kalori dan meninggikan metabolisme tubuh. Perlu diingat, jika berat anda turun tetapi tubuh menggeleber, itu tandanya hanya berat otot di turunkan. Masih ingatkah anda dengan kesan yo-yo? Jika lupa, baca di sini.

Jadi, anda sudah faham konsepnya, dan tahu caranya kan? Selamat menurunkan berat badan!!!

Untuk lebih tips dan panduan, boleh hubungi:
Su: 013-2369434
emel: butik.annajah@gmail.com
fb:www.facebook.com.su.annajah