Enter Keyword

Memaparkan catatan dengan label Vita-E complex. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Vita-E complex. Papar semua catatan
Memasuki usia 30-an, banyak masalah kulit mula kelihatan. Disebabkan perubahan hormon dan fisiologi tubuh, maka kulit akan kering, kusam, tona tidak sekata dan kedut-kedut mula menunjukkan diri tanpa segan-segan.

Cuba tengok cermin dan senyum. Perhatikan garis-garis halus dan kesan kedutan di sekeliling mata tu. Ada orang kesan kedutan tu nampak sangat jelas, tapi ada orang yang seusia masih lagi tegang je. Hmm macam mana tu? Jeles jugak kalau teman sebaya kita masih lagi cun melecun macam anak dara kan?


Jangan risau...kita boleh kurangkan kesan kedutan dan garis-garis halus tu. Silap-silap esok kita lagi cantik daripada kawan kita tu kan?

So, jom tengok apa yang boleh di amalkan supaya kedut-kedut bawah tu dapat di hilangkan.

1. Minyak biji anggur (grape seed oil)
Ia mengandungi bahan pelembap dan penyubur epidermis (kulit) yang aktif. Jadi ia sangat membantu dalam mengawal kedutan di bawah mata serta meminimakan kesan parut.

Ia juga mengandungi anti-oksidan seperti proanthocyanidins yang mengembalikan semula keremajaan kulit. Selain itu ia melembapkan kulit dimana kulit yang lembap kurang berkedut berbanding kulit yang kering.

2. Vitamin E
Vitamin E juga membantu mengurangkan dan mencegah kedutan di bawah mata. Ia mengandungi bahan antioksidan yang lebih tinggi dan dengan itu ia melembapkan kulit dengan baik sekali.

Vitamin E dapat menembus jauh ke epidermis, melembapkan kawasan sekitar mata, mengurangkan kesan kedut serta menghalang pembentukan kedutan baru. Sebelum masuk tidur, sapukan vitamin E ke sekeliling kawasan mata di mana kedutan jelas kelihatan.

3. Avocado
Avocado juga mengandungi vitamin E. Ia sangat efektif bertindak untuk mengurangkan kedutan di bawah mata.

Caranya, hancurkan sebiji avocado dan sapukan di sekeliling mata. Ia membantu kulit nampak lebih muda dan menyerlahkan keremajaan.

4. Timun
Timun mengandungi jumlah air yang banyak. Potongkan nipis, letak hirisan timun pada mata beberapa ketika. Ia akan bantu mengurangkan kedutan dengan mengekalkan kelembapan kulit serta menyegarkan mata.

5. Kekalkan kesihatan
Untuk nampak muda, makanlah dengan betul, ambil minyak ikan Omega-3, rehat, tidur mencukupi serta minum air secukupnya. Berhenti merokok, turunkan berat badan, serta elakkan terdedah kepada cahaya matahari terlalu kerap.

Collagen Powder Hilangkan Kedut Dengan Berkesan!

Collagen Powder Shaklee adalah ekstrak daripada sisik ikan merah digabungkan dengan 7 lagi ramuan unik yang amat membantu dalam menghasilkan kulit yang tegang, gebu, lembap, anjal, dan awet muda.

Bukti klinikal telah menunjukkan Collagen Powder mampu mengekalkan  dan meningkatkan kelembapan kulit hingga 90% hanya dalam masa lapan minggu. Dengan itu ia sangat efektif dalam mengurangkan kesan kedutan dan garis halus pada kulit serta di sekeliling kawasan mata.


Untuk hilangkan kedutan bawah mata, bukannya susah. Kena tahu caranya saja. Selain tu kenalah konsisten dan istiqomah sama ada mengamalkan petua atau makan Collagen.

Ciksu nak perkenalkan set kombo yang berupaya menghilangkan kesan kedutan di bahagian mata dengan cepat.


Collagen Powder + Eye Treatment Shaklee!

Eye treatment ni memang antara produk yang agak laris juga dari blog Ciksu ni. Memang ada regular customer pun termasuklah kakak Ciksu sendiri sampai kawan kat sekolah beliau tanya, pakai apa kat mata kurang kedut? Dengan bangganya kakak jawab Eye Treatment Shaklee. Ehee.

Bila combine dengan Collagen Powder ni, memanglah hasilnya meletop  kebabom sekali! Kedua-duanya terbukti secara klinikal dapat kurangkan kedut.

Macam Eye Treatment ni secara klinikalnya dapat mengurangkan kedut hingga 233%!! Haaa mampu? Dan yang bestnya, walaupun nama dia eye treatment, bukan  untuk guna pada mata je. Boleh sapu kat memana yang berkedut seperti gari ssenyum di bibir, dan leher pun boleh. Tu tempat paling cepat nampak kedut kan.

Sekotak Collagen Powder berharga RM298. Manakala Eye Treatment pula berharga RM52.50. Ciksu amat galakkan anda ambil 3 kotak kolagen + 1 tiub eye treatment sebab boleh dapat free membership sekali. Bukan tu je, anda layak dapat bonus jugak taw! Direct masuk dalam akaun pada tengah bulan depan nanti.

Info lanjut, nak order atau nak jadi ahli percuma tu, boleh hubungi Ciksu bila-bila masa ok! Moga anda terus shantek shantek biarpun dah berusia. Mmmmuah!


012-9645614

Pengedar Shaklee Malaysia
ID:868994



Amaran: Jangan salahkan vitamin kalau anda gagal bangun awal pagi untuk pergi kerja! :P

Dalam banyak-banyak vitamin Shaklee, ada beberapa vitamin yang kalau di 'combine'kan akan membawa 'mudharat' kepada hubungan anda suami isteri.

Kalau korang nak tahu, kombinasi vitamin ni, memang sangat di sukai ramai. Termasuklah oleh pasangan suami isteri. Hah pelik tak?


Hubungan intim suami isteri boleh menjadi dingin atas beberapa sebab:-

1. Masalah kesihatan dan fizikal suami atau isteri. Contoh pasangan tak sihat atau sering penat lepas seharian bekerja.

Faktor tubuh badan juga kadangkala main peranan. Contohnya tubuh yang bersaiz terlalu besar atau terlalu kurus.

2. Kurangnya sentuhan, belaian terhadap isteri

3. Suami hanya mementingkan kepuasan sendiri dimana golongan suami dikatakan lebih mementingkan hubungan persetubuhan berbanding belaian.

4. Suami tidak menunggu isteri klimaks. Sebaliknya hubungan tamat setelah berlaku 'penetration'.

5. Tekanan emosi. Contohnya masalah rumah tangga, masalah kewangan, masalah di tempat kerja dan sebagainya.

6. Faktor usia - semakin berusia, hormon yang meransang keinginan seksual semakin berkurangan. Bagi wanita menopos, kekurangan hormon estrogen menyebabkan kekeringan faraj dan rasa tidak selesa semasa persetubuhan.

7. Faktor psikologi - otak dan minda turut memainkan peranan

8. Penyakit kelamin

9. Pengambilan ubat-ubatan contoh seperti ubat kemoterapi dan darah tinggi

10. Kekurangan nutrisi

Jadi, apa bahaya vitamin Shaklee untuk hubungan suami isteri?

Sebenarnya, semua vitamin Shaklee tidak berbahaya malah langsung tidak mendatangkan kesan sampingan kepada hubungan anda suami isteri. Malah ia semakin menghangatkan hubungan intim anda berdua!

Dua kombinasi cukup hebat yang mampu mengembalikan nostalgia malam pertama anda ialah...


Bagaimana Vitamin E Complex dan Alfalfa Complex dapat membantu hubungan intim suami isteri?

Vitamin E Complex

1. Meningkatkan daya dan keinginan seksual (libido) lelaki dan wanita

2. Meningkatkan kelestarian seksual dan tenaga semasa hubungan berlangsung

3. Membekalkan oksigen yang lebih semasa hubungan seks.

4. Mempertingkat kiraan sperma bagi lelaki

5. Memberi rasa 'basah' pada faraj wanita. Mengurangkan masalah kekeringan faraj.

6. Menambah 'pelincir' semasa hubungan berlangsung

7. Anti-oksidan kuat yang mengurangkan kerosakan sel akibat radikal bebas. Dengan itu ia membantu memelihara kesihatan prostat dan mencegar kanser prostat

8. Meninggikan risiko wanita untuk hamil 

9.  Selenium dalam vitamin E - Meningkatkan kualiti air mani, mobiliti dan morfologi sperma 

10. Memberi rasa 'seronok' semasa hubungan seks.

Alfalfa Complex

1. Mineral dan iodin dalam alfalfa membantu meningkatkan nafsu seks, dan libido

2. Phytoestrogens membantu 'mengetatkan' faraj - fungsi seperti kacip fatimah

3. Mengurangkan masalah keputihan yang mengganggu hubungan seks

4. Memberi lebih 'cengkaman' dalam faraj



Ada testimoni tak???

Dah tentu laaa....






WOW!!! Dah tak sabar nak beli!! Berapa harganya??

Kedua kombinasi hebat ini menawarkan harga yang cukup berbaloi!

Vita E Complex (120tab) - RM149 (tempoh 4 bulan penggunaan)

Alfalfa Complex S (330 tab) - RM53.75 
Alfalfa Complex L (700 tab) - RM97.50

Dimana boleh dapatkannya??? 

Hubungi saya untuk order, anda juga akan dapat konsultasi eksklusif percuma!:

iR Suhaila (ID 868994)
SMS: 013-2369434
Wasap: 012-9645614

*produk ini tidak bertujuan untuk mencegah, mendiagnos atau merawat sebarang penyakit
Hai..Assalamualaikum.

Bertemu lagi kita dalam rancangan Petua mak-mak. hihihi..

Ok, kali ni MS nak share sikit tentang petua bagaimana mengurangkan parut-parut jerawat terutama yang lama-lama, yang degil-degil yang susah sangat nak hilang.

Bagaimana parut terjadi? Ini kerana akibat daripada tangan kita sendiri yang gatal dan suka sangat picit jerawat. Dari segi saintifiknya pula, parut terjadi apabila sel-sel kulit yang mengalami luka jerawat menjadi TRAUMA semasa proses mengeluarkan cecair nanah (biasa dikenali jerawat masak). Ia menjadi bengkak, dan cedera serta memaksa kolagen hilang dari bahagian tersebut.

Takyah citer banyak, kalau parut memang dah duk ada atas muka makanya sekarang adalah proses mengurang atau menghilangkannya terus.

Cekidout la petua-petua berikut yang saya ekstrak daripada berbagai-bagai blog.

Petua 1- Putih telur dan madu



Ambil putih telur dan campurkan dengan sedikit madu. Sapukan pada wajah yang ada bekas jerawat selama lebih kurang 15-20 minit. Bersihkan wajah. Lakukan secara rutin untuk mendapat hasil yang optimum.

Petua 2- Kulit pisang

Ambil kulit pisang, gosokkan pada muka yang berparut. Juga lakukan dengan kerap supaya parut cepat hilang.

Petua 3- Yogurt dan lemon



Selain sedap di makan, yogurt boleh dijadikan masker untuk hilangkan parut jerawat. Korang boleh guna yogurt semata-mata atau campurkan dengan bahan lain contohnya sari lemon (yang telah di kisar).

Petua 4- Air beras

Bukan air yang basuh beras tu, tapi air semasa nasi sedang menggelegak, ambil sikit air dia. Sejukkan sebentar dan sapukan pada wajah.

Petua 5- Minyak zaitun

Minyak zaitun bukan saja berfungsi melembapkan kulit kering tapi juga boleh menyamarkan noda hitam pada wajah. Sapukan nipis pada wajah sebelum tidur.

Hilangkan parut jerawat dengan suplemen Shaklee!

Wahhh.. Selalu orang fikir suplemen ni untuk sihat tubuh badan je kan? Tapi tidak. Suplemen khususnya Shaklee memberi anda lebih daripada itu.

Tak sikit orang yang makan Shaklee untuk tujuan lain, tapi BONUSnya kulit menjadi cantik, cerah dan bebas noda hitam serta parut jerawat!

Ok, mari tengok apa suplemen yang sangat-sangat membantu untuk hilangkan parut-parut wajah yang degil itu.

ESP (Soy Protein Isolate Powder)



ESP ni memang sangat femes nak-nak dalam bab kulit dan kecantikan wanita ni. Ia membantu anda untuk:-

- buat kulit berseri
- pulihkan sel-sel kulit yang rosak
- pudarkan parut-parut jerawat termasuk parut chicken pox
- hilangkan kesan-kesan gatal

Yang best ESP ni boleh dibuat masker juga! Memang tak rugi!!






Sustain Released Vita C Plus


Yang ni sama, sangat femes juga terutama kalo orang tu memang concern dengan kecantikan. Vitamin C ni ibarat vitamin wajib ada kalau betul-betul nak cantikkan kulit.

- Ia dapat mencerahkan wajah
- Ia memudarkan bekas-bekas jerawat
- Ia membina kolagen kulit yang telah rosak bersama-sama dengan vitamin E
- Ia penting untuk kitar semual glutathione dalam badan yang penting untuk kulit.
- Ia menyekat pigmentasi (bintik-bintik penuaan)
- Ia Ia juga mengurangkan kesan jeragat yang muncul seiring usia

Vitamin C ini juga boleh dijadikan masker tau. Caranya? Beli vitamin C nanti saya ajarkan ;)


Vitamin E Complex



Yang ni tak payah citer banyak. Vitamin E memang vitamin yang sinonim dengan kecantikan. Ia banyak orang bubuh dalam minyak bayi, pelembap dan lotion. Sebab fungsi dia

- Melembut dan melembapkan wajah/ kulit kering
- Meningkatkan level vitamin C (sebab tu kena ambil sama-sama)
- Menggalakkan elasticity kulit (sebab ia mengikat pada kolagen kulit)
- Memperbaiki kerosakan kulit akibat sinaran matahari
- Membantu mencerahkan wajah
- Mencegah penuaan kulit pra-masa
-dan banyak lagi fungsi utama yang lain.

Lagi best, ia juga boleh jadi masker!!

Boleh tengok lambakan testimoni di SINI.

Juga tengok testimoni terbaru ni! Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata kan??


Ha..selain anda mencuba petua mak-mak tadi cubalah juga makan suplemen dan menyapunya ke wajah. Tak cuba tak tahu, hasilnya memang berbaloi! Tubuh sihat, wajah cantik berseri...insyaAllah. (^_^)

Tak sabar nak beli ni!!!! Harga berapa? Harga?

Harga runcit ESP RM160, Vitamin C RM97, Vitamin E RM149 utk Semenanjung Malaysia.

Apa tunggu lagi, cepat-cepat beli dengan MS okeh! Hubungi je

-Puan Suhaila-

012-9645614

ID: 868994




Ada orang tanya,

"Saya ambil perancang, ada apa-apa kesan tak kepada bayi? Dan bolehkah saya makan supplemen semasa mengambil pil perancang? Supplemen apakah yang terbaik untuk saya amalkan?"

Sebenarnya terdapat dua jenis pil perancang iaitu satu yg mengandungi progestin dan estrogen, dan satu lagi pil yang mengandungi progestin atau progesteron. Pil perancang yang  mengandungi estrogen tidak sesuai untuk diambil semasa tempoh penyusuan kerana ia boleh mengurangkan penghasilan susu badan.

Progesteron pula tidak memberi sebarang kesan kepada penghasilan susu badan. Namun, sebahagian HORMON SINTETIK tersebut akan memasuki susu badan tetapi tidak membawa kesan yang buruk kepada bayi, InsyaAllah.. (Sanggupkah kita beri anak hormon sintetik?? erkk!!)

Oleh kerana pengambilan sesetengah pil perancang akan menurunkan tahap simpanan vitamin C dalam tubuh kita sehingga 30%, pengambilan vitamin C sangat digalakkan semasa mengambil pil perancang.

Pengambilan pil perancang juga boleh menyebabkan penurunan aras pyridoksin (Vitamin B6) dan vitamin E di dalam darah. Oleh itu, supplemen tambahan seperti Vitamin B kompleks, Vitamin C dan Vitamin E sangat membantu.

Terdapat sebahagian wanita yang tidak selesa pada payudara semasa mengambil pil perancang. Ibu boleh mencuba GLA Complex Shaklee yang kaya dengan Omega-6. Asid lemak Omega-6 ini sangat penting untuk pembentukan sel-sel badan terutamanya sel saraf yang sangat pesat terbentuk pada bayi dan kanak-kanak.

Jadi, sebagai ibu yang menyusukan bayi, kita harus tahu sama ada pil perancang yg kita makan ibu bagus untuk bayi atau tidak, dan kita juga boleh malah sangat digalakkan makan supplemen walaupun sedang mengambil pil perancang.

Untuk dapatkan vitamin semulajadi anda, hubungi : Suhaila 013-2369434/ emel ke butik.annajah@gmail.com


Percaya atau tidak, organ kulit adalah organ yang paling besar tetapi paling akhir menerima nutrien daripada apa yang kita makan. Ini bermakna kulit kita hanya mendapat 'saki-baki' nutrien daripada makanan kita jika nutrien yang kita ambil itu mencukupi. Jika tidak, kulit kita ini hanya mendapat sisa-sisa yang mungkin tidak berguna seperti minyak, lemak dan toksin!!

Sebab itu, adalah sangat perlu untuk kita memastikan apa yang kita makan benar diserap dan digunakan sepenuhnya oleh tubuh. Sebenarnya, cara yang paling berkesan  dan paling sihat untuk merawat jerawat atau akne adalah dengan mengambil vitamin!!


Walaupun punca sebenar jerawat masih di perdebatkan oleh para saintis, tetapi ramai yang percaya bahawa ia berpunca dari ketidakseimbangan hormon dan tabiat pemakanan kita. Sesetengah vitamin dalam makanan memberi ko-faktor yang memainkan peranan penting dalam mengimbang dan me'normal'kan semula tahap hormon dalam tubuh kita.

Jom berkenalan dengan vitamin hebat untuk kulit dan jerawat!

Vitamin A dan Zink
Vitamin A adalah satu bahan penting dalam kebanyakan krim jerawat di pasaran. Vitamin A adalah antioksidan yang kuat, sangat penting untuk mengawal lipid dan lemak daripada teroksidasi. Untuk Vitamin dapat berfungsi dengan baik, ia perlu diserap secara sempurna oleh tubuh. Zink adalah satu vitamin yang memastikan penyerapan Vitamin A dengan sempurna. Zink juga membantu mempertingkatkan fungsi imun, mengurangkan pembengkakan akibat jerawat dan mempertingkatkan tahap sihat hormon.

Vitamin B Complex
Vitamin B1- antioksidan yang membantu membuang toksin dan menghalang pembentukan jerawat
Vitamin B2- bersama-sama dengan vitamin A untuk membantu dalam kesihatan kulit, rambut dan kuku yang baik. Kekurangan vitamin B2 dikaitkan dengan masalah jerawat
Vitamin B3- memperbaiki peredaran dan membantu metabolisme lemak, protein dan karbohidrat. Jerawat adalah manifestasi kekurangan vitamin B3.
Vitamin B5- Menurut Dr. Lit Hung Liung dalam bukunya, Vitamin B5 akan bersama dengan ATP dan cystiene untuk membentuk co-enzim A. Co-enzim A perlu bagi metabolisme lemak melalui sintesis hormon.
Vitamin B complex juga sebagai bahan anti stress dan melancarkan saraf.

Vitamin C
Vitamin C juga antioksidan hebat yang membantu dalam kesihatan dan pertumbuhan tisu, dan membaikpulihnya. Ia juga sangat perlu untuk membantu menyekat bakteria penyebab jerawat dan akne.

Vitamin E
Juga dikenali sebagai "vitamin kecantikan". Ia melegakan kondisi akne dengan melindungi kulit daripada oksidasi dan penuaan. Ia mempertingkatkan kemampuan tubuh untuk sembuh dan memulihkan tisu rosak , menghambat oksidasi lipid dan pembentukan radikal bebas.

Herb-lax/ Alfalfa Complex
Berfungsi sebagai agen detoksifikasi dan membantu mengurangkan infeksi pada kulit. Ia penting untuk mengurangkan toksin dalam darah yang boleh merosakkan kulit.

GLA Complex
Membantu mencairkan sebum yang berminyak dan mengecilkan pori dan rongga dari tersumbat. GLA juga penting dalam pengawalan hormon yang menjadi punca jerawat.

ESP
Sumber protein yang sangat penting untuk penjanaan sel-sel baru. Sel baru yang lebih sihat akan memudahkan penyerapan sebarang vitamin. ESP juga berfungsi untuk mempercepatkan pemulihan luka jerawat, mengurangkan parut, mencantik dan menggebukan kulit bukan saja kulit wajah tapi seluruh tubuh.

SPECIAL: Tips membuat masker ESP, masker Vitamin E dan masker Vitamin C dari saya!

Dapatkan set penjagaan kulit sihat anda hari ini juga!!

Jangan malu-malu untuk hubungi saya:
Suhaila 013-2369434
fb: Su AnNajah

Saya bersedia membantu anda pada bila-bila masa pun! (^_^) Tunggu testimoni set jerawat lagi okey!



http://www.ehow.com/about_5056958_vitamins-can-rid-acne.html


Kebaikan ekstrak biji anggur

1. Mengandungi bioflavonoids yang menguat dan melindungi sel hidup dalam tubuh.

2. Bahan aktifnya adalah procyanidin

3. Super anti-oksidan iaitu 20-50 kali lebih efektif berbanding antioksidan biasa seperti vitamin E, vitamin C, dan beta carotene.

4. Ekstrak biji anggur mengandungi pelbagai manfaat kesihatan , mengandungi bahan2 seperti protein, karbohidrat dan lipids (lemak baik).

5. Anti penuaan
Procyanidins  dalam biji anggur yang membantu melindungi tubuh daripada penuaan pramasa dengan cara meningkatkan level vitamin C dan menyingkirkan toksin daripada tubuh.

Procyanidins akan mengikat dengan kolagen dalam tubuh untuk mempertingkatkan kesihatan sel kulit dan elasticity kulit menjadikan anda semakin remaja.

Procyanidins melindungi tubuh dari kerosakan akibat pendedahan terhadap cahaya matahari yg mana juga akan mencegah penuaan kulit pramasa.

Procyanidins juga memperbaiki penglihatan, memperbaiki kesihatan arteri, dan tisu tubuh (seperti jantung) dan fleksibeliti sendi. Ia membantu mencerahkan wajah, mempercepatkan baik pulih luka, menguatkan kapilari dan vena, yg mana akan memperbaiki sistem peredaran darah dan kesihatan jantung.

6. Anti inflammatory (anti pembengkakan), anti arthritic and anti allergic activities, memakan radikal bebas, menghalang kerosakan akibat sinar UV.

7. Anti-carsinogenic (anti kanser) dan agen anti-tumor

8. Resveratrol -secret ingredients dalam grape seed
Manfaat serupa procyanidins juga mempunyai keupayaan untuk membantu proses otak berjalan dengan efektif ( neuroprotectives capabilities).

Jadi, anda tidak perlu makan berbakul-bakul anggur, hanya dapatkan supplement high quality grape seed extract dari Shaklee yang ternyata selamat, berkesan, semulajadi dan disahkan Halal. 

Cuba sekali anda akan terasa perbezaannya. :))

Untuk order/ pertanyaan/ konsultasi cara pengambilan, hubungi:
Suhaila 013-2369434
fb: facebook.com/su.annajah
emel: butik.annajah@gmail.com

Assalamualaikum daln salam sejahtera..

   Sudah lebih 2 minggu saya mengamalkan vita-E complex dari Shaklee. Hasilnya setakat ini Alhamdulillah..Ada perubahan pada kulit wajah dan juga rambut. Kenapa saya ambil Vitamin E? Sebenarnya vitamin E ini termasuk dalam set kecantikan. Ia memang sangat bagus untuk kulit dan dikenali sebagai anti oksidan juga anti penuaan yang hebat. Anda nak tahu fungsi vitamin E? Boleh klik dan baca di sini .

  Mari kita berkenalan dengan Vitamin E Shaklee yang membuat saya jatuh cinta dengannya sekarang.
  1. Ia semulajadi, selamat dan HALAL
  2. Vitamin E nya dalam bentuk d-alpha tocopherol concentrate (400 IU) dan mixed tocopherol concentrate
  3. Datang sekali dengan selenium (10mcg) sebagai pelengkap bagi menyempurnakan aktiviti vitamin E.
  4. Fungsi yang pelbagai ---->> baca link di atas
  5. Mudah diserap oleh tubuh berbanding vitamin tiruan / sintetik.
Vitamin  E dan Selenium
Vitamin E sahaja tidak sempurna tanpa selenium. 
Pengambilan vitamin E perlulah lengkap dengan selenium untuk mendapat kesan pengambilan yang optimum manakala tanpa selenium ia boleh bertindak sebagai toksik dalam jangka panjang kerana ia tidak dapat melaksanakan fungsinya dengan baik. Sekiranya anda pengamal vitamin E selain jenama Shaklee, pastikan juga anda membeli vitamin selenium supaya vitamin E anda dapat berfungsi dengan lebih baik. 

**dari blog Mama Aiman

Apa itu Selenium?
Selenium adalah unsur surih yang amat penting untuk fungsi system imun. Fungsi semulajadi selenium di dalam tubuh adalah di dalam memudahkan glutanione, satu enzim yg melawan radikal bebas. Selain meningkatkan system imun, selenium menolong meningkatkan elastisiti kulit dengan cara melawan radikal bebas yg boleh merosakkan kolagen kulit. Oleh itu, produk yg mengandungi selenium dipercayai sangat membantu utk melawan n mencegah kanser terutamanya kanser payudara dan kanser prostat.

Vitamin E dan Tocopherol

·       Vitamin  E sebenarnya adalah kombinasi beberapa bentuk berbeza- 4 tocopherol dan 4 tocotrienols. Banyak supplement diet mengandungi alpha tocopherol drpd vitamin E. Gamma tocopherol adalah bentuk utama vitamin E dlm makanan, menentang radikal bebas yg berbeza dlm tubuh drpd alpha tocopherol dan mempunyai kesan anti-imflammatory yg lebih baik. Mixed tocopherol dalam Vitamin E Shaklee adalah kombinasi baik antara lain-lain tocopherol yang wujud dalam alam semulajadi. Adalah penting untuk mengambil vitamin E dengan bentuk yg berbeza ini termasuk aras yg tinggi bg kedua2 jenis tocopherol.
      **sumber : internet

       Vitamin E Shaklee sememangnya mahal berbanding vitamin E lain yang terdapat di pasaran kerana ia lengkap dengan selenium juga tocopherol. Jadi mengapa perlu berkira untuk membayar harga yang sebenarnya sangat berbaloi untuk vitamin semulajadi yang sememangnya mempunyai nilai sangat tinggi untuk kesihatan yang bakal kita miliki.
      Vitamin E SHAKLEE boleh didapati dalam set berikut:
  •     SET D (SET KECANTIKAN/KESUBURAN)
  •     SET KASIH SAYANG
  •     SET UNTUK SUAMI
  •     SET WANITA
  •     SET-SET MENYUSU (DALAM VITALEA)


     Dapatkan Vitamin E lengkap dengan selenium dari saya Su dengan menghubungi no. 013-2369434 atau emel sahaja ke butik.annajah@gmail.com. Harga runcit untuk Vita E Complex (120 biji) adalah RM149.





VITA-E COMPLEX SHAKLEE

by on Julai 15, 2012
Assalamualaikum daln salam sejahtera..    Sudah lebih 2 minggu saya mengamalkan vita-E complex dari Shaklee. Hasilnya setakat ini Alhamdu...