Enter Keyword

Memaparkan catatan dengan label krisis penyembuhan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label krisis penyembuhan. Papar semua catatan
Assalamualaikum, salam sihat semua..

Sekali lagi saya membawakan topik krisis penyembuhan. Bukan apa, sebab saya kerap di tanya tentang "tindak balas tubuh" selepas mengambil suplemen. Seringkali mereka yang menghadapi krisis penyembuhan selepas mengambil suplemen khususnya Shaklee (sebab ia supplemen semulajadi yang mudah meresap ke dalam sistem dan cepat memberikan kesan) akan berasa susah hati, down dan stress selepas keluar tanda2 seperti krisis penyembuhan. Akhirnya, pengambilan suplemen dihentikan, dan tubuh kembali kepada keadaan asal (tanpa sempat diperbaiki).


Adakah krisis penyembuhan ini wajib atas setiap individu? Tidak juga, ada individu yang mengambil suplemen tanpa merasai apa-apa tindak balas penyembuhan. Namun, bagi saya, adalah bagus sekiranya kita mengalaminya kerana ini menandakan tubuh kita berada dalam keadaan sihat dan mampu bertindak balas dengan suplemen. Hasilnya, kita akan berasa lebih sihat, dan puas setelah tempoh penyembuhan itu berlalu.

Dr. John Whitman Ray menjelaskan hukum krisis penyembuhan:


LAW OF HEALING CRISIS:
"A healing crisis will occur only when an individual is ready both physiologically and psychologically. The basic foundation for all healing is nutritional preparedness. A healing crisis will begin from within out, in reverse order chronologically as to how the symptoms have appeared, tempered by the intensity of the trauma. The individual will have the opportunity to re-experience each trauma, both physiological and psychological, beginning with the trauma of least severity. It must be recognised that traumas involving emotions, which include all traumas, will be released in order, beginning with unconsciousness, then apathy, grief, fear, anger, pain and eventually enthusiasm (love), in conjunction with the appropriate word patterns for each emotion and thought pattern (sensory memory) which are accessible at each level. Unconditional love and unconditional forgiveness are the keys to apply and transmute any resistance at any level, once these resistances are brought to view through the application of the laws of love, light and perfection.



Berbeza dengan ubat, selepas mengambilnya, simptom2 penyakit akan segera hilang. Tiada tindak balas lain yang berlaku. Namun perlu diingat bahawa, ubat hanya mengurangkan simptom2 penyakit tersebut tetapi tidak menyembuhkannya. Sebab itu selepas kesan ubat itu habis, simptom penyakit akan muncul semula.

Bagaimana menghadapi krisis penyembuhan?
Kita perlu faham bahawa tubuh kita sedang dalam proses baik pulih. Berikan tubuh kita masa dan berikan masa terhadap suplemen yang kita ambil itu menjalankan kerja-kerjanya. Tidak dinafikan bahawa sesetengah orang akan berasa sangat 'teruk' apabila menghadapi krisis ini. Tapi percayalah, semuanya dari dalam minda kita sendiri. Fikir positif, ambil masa untuk merehatkan diri, minum banyak air dan percaya kita akan pulih dari penyakit, InsyaAllah tiada yang menakutkan lagi untuk kita hadapi.

Sabar menghadapi krisis penyembuhan yang sementara lebih baik dari menghadapi sakit yang tak berkesudahan.
Assalamualaikum, salam sejahtera...

Hmm pernahkah anda rasa sakit2 badan, mengantuk, sakit kepala, tumbuh jerawat, kerap buang air, sembelit, atau tiba-tiba berasa kuat makan setelah mengambil makanan tambahan? Tahukah anda bahawa itu adalah simptom krisis penyembuhan?

Krisis penyembuhan atau healing crisis adalah tindak balas tubuh setelah anda mengambil makanan tertentu atau lebih tepat lagi makanan tambahan terutama vitamin dan mineral semulajadi seperti Shaklee. Ini bukanlah petanda buruk malah ia adalah petanda bahawa suplemen tersebut berkesan, cepat menyerap ke dalam sistem dan tubuh anda memberi tindak balas positif terhadapnya.

Bagaimana?
Tindak balas ini berlaku apabila tubuh kita yang  sudah terbiasa dengan tabiat pemakanan kita tiba-tiba diberi makanan atau suplemen berkhasiat yang sama sekali berbeza dengan khasiat sebelumnya. Tubuh yang diberi suplemen berkhasiat kemudian akan bertindak balas melalui satu jangka masa tertentu. Tubuh anda akan mula menyesuaikan diri dengan khasiat suplemen yang anda ambil tadi. Tindak balas yang berlaku ini dinamakan krisis penyembuhan.

Sewaktu jangka masa penyesuaian tersebut, kelihatan tubuh anda seperti didatangi penyakit malah ada juga penyakit2 yang pernah dilalui dulu muncul kembali. Biasanya ini akan terjadi beberapa hari, dan tubuh yang lemah atau lebih banyak kandungan toksin akan mengambil waktu yg agak lama untuk pulih.

Kenapa krisis penyembuhan boleh berlaku?
Ini sebenarnya disebabkan oleh toksin dan radikal bebas yang telah bertimbun di dalam tubuh kita untuk jangka masa yang lama- sisa-sisa, makanan berkimia, lemak dan stress, diet tak seimbang kurang tidur, antibiotik, ubat-ubatan, radiasi elektromagnet.

Suplemen dietary membantu mempertingkatkan sistem imun kita, kebolehan detoksifikasi serta pengawalan organ-organ kita.

Pada waktu2 detoksifikasi ini, kemungkinan anda dihinggapi 'sakit-sakit' sudah tentu ada. Simptomnya mungkin berbeza bagi setiap individu dan tempohnya di antara 1 hingga 2 minggu,

Semasa krisis pemulihan ini berlaku, minumlah banyak air (sekurang-kurangnya 3L), rehat secukupnya dan makanlah lebih sayur dan buah-buahan.

Selagi mana kita memahami ini adalah simptom pemulihan, kita akan mudah melalui fasa ini.

Antara contoh simptom pemulihan dan organ yang terlibat
Mata merah, gatal- tanda toksin tinggi di jantung, menandakan jantung dalam proses megawal selia

Selesema dan demam- proses detok oleh tekak, keasidan yang tinggi dalam tubuh

Bibir kering dan pecah- tahap toksin tinggi dalam perut

Nafas berbau- mengawal selia perut untuk detoksifikasi

Jerawat- Stress utk jangka masa panjang, tidur lewat, diet tidak betul, dan malnutrisi. Menandakan proses detoksifikasi oleh hati, usus dan endokrin yg mengawal selia

Rambut gugur- fungsi ginjal lemah

Pening- mengawal selia anemia atau tekanan darah tak stabil

Kencing keruh, kuning-  normal apabila memulakan dietary suplemen. tubuh sedang mengalami penyesuaian dan mengawal selia. Mesti minum banyak air

Sembelit- pengeluaran toksin dari usus kecil

Kentut- mengawal selia sistem pencernaan dan simptom peningkatan bakteria yg mesra

Oleh yg demikian, janganlah anda risau dan khuatir jika menghadapi simptom2 penyesuaian tersebut. Ini menandakan yang tubuh anda sedang bekerja keras untuk memperbaiki dirinya semula.

Teruskan mengambil suplemen tersebut kerana jika anda berhenti di tengah jalan dan mengambilnya semula, proses penyesuaian tersebut akan berulang semula.

**Pastikan anda minum banyak air supaya nutrien dapat diserap dengan sempurna dan proses detoksifikasi berjalan dengan lancar.