Enter Keyword

Memaparkan catatan dengan label B-kompleks. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label B-kompleks. Papar semua catatan
Assalamualaikum wbt.

Hari ni nak share story pasal mataku yang terasa semakin rabun dan rasanya macam lebih teruk lepas terkena sakit mata itu hari.

Lepas bersalin hari tu kan, tak tahu kenapa saya rasa mata saya makin rabun. Di tambah pulak dengan aktiviti merenung telefon berejam-jam setiap hari, dengan itu saya mula mengehadkan waktu memandang telefon.

jangan betulkan mata anda

Seperti di jangka,  saya tak mampu bertahan untuk tidak memegang henfon. hihihi...Walaupun rasa dah semakin rabun, daku agak degil juga tak mau makan lagi Carotomax. Bajet sihat la kononnya.

Hinggalah lepas cuti sekolah bulan lima hari tu, saya terjangkit sakit mata dengan kakak. Sampai ke tarikh hari ni mata masih rasa tak sedap lagi. Selalu pedih dan bertaik mata tapi tak lah teruk macam masa sakit minggu pertama dulu. Kadang-kadang je taik mata tu keluar.

Sekarang ni memang terasa pandangan berbalam-balam, selalu kecikkan mata dan tenyeh mata beberapa kali untuk fokus pada objek jauh. Ada juga terfikir nak pergi buat pemeriksaan kat oftalmologi tapi risau plak kang doktor suruh pakai spek, kuranglah satu persen kejelitaanku.

Dan nampaknya, daku harus memulakan rutin makan vitamin yang special untuk mata si Carotomax berserta B complex.

Kalau ada yang tertanya-tanya benda apa Carotomax tu, meh nak cerita secara ringkas.


Carotomax ni suplemen yang khusus untuk mata. Kandungan dia sayur-sayuran dan buah-buahan yang kaya dengan beta karotena, dan antioksidan lain yang bantu improve kesihatan mata.

Harga cuma RM74 untuk 30 biji. Makan sebiji je sehari. Yang syoknya boleh cantikkan kulit juga.

Yang si B Complex ni pun kena makan juga.

B complex selain ada 7 vitamin B yang penting, dia ada juga asid folik yang baik untuk mata yang sihat. B complex ni bantu perbaiki saraf-saraf di sekitar mata, jadi nanti mata akan lebih fokus dan tajam, insyaAllah.

Harganya RM53.75 untuk 120 biji. Murah jer kan?

So malam ni saya memang wajib makan la si Carotomax  dan B complex ni untuk kurangkan masalah mata yang rasa semakin teruk ni.

Sebenarnya ada banyak lagi vitamin dan nutrisi penting untuk mata. Nak tahu lebih lanjut korang boleh klik webmd.com ni.

Kalau ada antara korang yang nak join saya makan vitamin berdua ni demi mata yang sihat, cantik dan bersinar terang, pun boleh dapatkan melalui saya. Hubungi jer:

Suhaila Budin
012-9645614
868994




Assalamualaikum geng!

Hari tu kan, masa saya skrol skrol Fb, saya terbaca salah satu komen pada page, lebih kurang macam ni,

"Saya mengandung tak makan pun vitamin yang klinik kasi, ok je langsung takde masalah"

Saya macam, wow ok. Baguslah Alhamdulillah. Mungkin ibu ni cukup ambil vitamin daripada sumber makanan yang sebenar.

Tapi kan, sebenarnya pada saya, tak begitu sesuai kita mengungkapkan kata-kata ini di 'khalayak ramai' sebab bimbang ada yang terpengaruh pula nanti.


Keperluan setiap ibu hamil itu berbeza antara satu sama lain kan. Kita tak makan vitamin, mungkin ok. Tapi kita tak tahu ada rakan-rakan kita yang ada masalah, memang kekurangan gizi, lepastu terpedaya pula dengan kata-kata kita, akhirnya bawa padah kat diri sendiri. Lebih buruk lagi memberi kesan pada bayi dalam kandungan.

Saya pernah terbaca dalam satu majalah, Pa&Ma tak silap, seorang ibu ni akibat morning sickness dan alahan yang teruk, dia bukan saja tak makan vitamin macam B complex, malah makanan lain pun dia tak lalu nak telan. Akibatnya bayi dia menghidapi masalah saraf yang agak kronik juga.

Kepentingan Asid Folik Kepada Ibu Hamil

Sebaik sahaja ibu disahkan mengandung, vitamin yang sepatutnya wajib ibu telan mula-mula sekali ialah asid folik!

Asid folik sebenarnya ialah sejenis vitamin B atau lebih tepat lagi salah satu daripada lapan adik-beradik vitamin B. Apabila kita makan kesemua lapan jenis vitamin B ini, maka kita di katakan mengambil vitamin B Complex.

Pentingnya asid folik ini ialah kerana ia sangat diperlukan untuk:

  • pembentukan sel darah merah supaya bacaan Hb tak low
  • perkembangan tiub neural iaitu otak dan saraf tunjang yang sempurna
Apabila seseorang ibu didapati mengambil sangat kurang asid folik, ia boleh menyebabkan kecacatan pada tiub neural bayi dan ini boleh dikesan seawal minggu ke3-4 kehamilan. Sebab itu penting ibu yang merancang untuk hamil mengamalkan asid folik dan vitamin B complex sejak dari awal lagi.

Ibu mengandung disarankan mengambil sehingga 400mg asid folik setiap hari. Jika ibu ada mengamalkan multivitamin, jadi kiralah jumlah asid folik yang sepatutnya di ambil.

Asid folic pilihan saya?

Saya mengambil vitamin B Complex yang lengkap dengan kesemua lapan jenis vitamin B termasuk asid folik.

Ia vitamin semulajadi dimana ia mempunyai Sistem Penyerapan Bioaktif Berpaten untuk meningkatkan penyerapan asid folik ke dalam badan.

120 biji ni boleh tahan sehingga 4 bulan dan harganya tak mahal pun, cuma RM53 sahaja,

So ibu-ibu, kalau sudah disahkan hamil, apa lagi kalau ada masalah Hb yang rendah, eloklah amalkan asid folik sejak awal lagi.

Nak yang macam saya ni? Boleh hubungi:-

Suhaila Budin
012-9645614
Fb/ Su AnNajah
868994

Assalamualaikum w.b.t

Bersalin adalah satu proses yang sakit, memenatkan, menggunakan banyak urat, dan mengeluarkan banyak darah. Ditambah pula kalau kita ni memang Hb low semasa mengandung, memang wajah akan nampak pucat dan tak bermaya.

Jika anda artis, bolehlah anda bersolek sebelum ditolak ke bilik bersalin, supaya nanti dekat wad nampak seri bercahaya bila wartawan ambil gambar. LOL! Jika bukan artis pun apa salahnya nak bersolek, takde sapa nak larang aih!

Che Ta yang selalu berseri dengan babynya yang super comel macam anak patung
Bagaimana wajah boleh hilang seri?
Apabila bersalin, badan kita bekerja keras, kita akan menggunakan banyak tenaga bagi proses meneran. Ini akan membuat kita menjadi penat dan letih. Selain itu, perjalanan darah yang tidak lancar juga boleh menyebabkan wajah pucat lesi dan hilang seri.

Rahsia Dan Petua Naikkan Seri Wajah 
Ok, ini ada beberapa rahsia dan petua ringkas yang ibu boleh amalkan masa berpantang supaya wajah akan nampak berseri, segar dan tak pucat lagi.

1. Kerap minum air kosong. Walaupun orang kata berpantang tak elok minum air banyak, badan kita sebenarnya memang perlukan banyak air. Caranya minumlah sikit-sikit tapi kerap. Masa minum tahan nafas dan ketatkan bahagian perut.

2. Minum air akar kayu dengan mencampurkan ibu kunyit hidup. Kunyit ni akan bantu melancarkan peredaran darah dan naikkan seri wajah. Tapi awas, kalau takut baby kena jaundis, tangguhkan dulu minum air akar kayu ni ye.

3. Minum air rebusan daun inai. Petua ini banyak MS jumpa dalam google. Caranya, rebus beberapa tangkai daun inai dan minum airnya pada waktu pagi dan petang.

4. Melakukan amalan berpantang tradisional seperti bertungku, berurut, dan mandi air daun. Ini semua untuk membantu membuang angin, melancarkan peredaran darah dan menaikkan seri wajah. Jadi takde alasan ibu-ibu malas nak buat semua ni ok.

5. Mengambil nutrisi seimbang iaitu cukup protein, lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral. Jangan terlalu tegas berpantang nanti badan sendiri tak cukup zat. Ambil semua sumber tapi berpada-pada.

6. Ambil makanan tambahan. Makanan tambahan/ suplemen sangat-sangat membantu pada waktu ini kerana, amalan terlalu menjaga pemakanan menyebabkan ibu sering tidak dapat zat dan khasiat mencukupi. Vitamin B kompleks, Vitamin C dan Omega Guard sangat membantu untuk melancarkan peredaran darah, membantu pemulihan dan wajah akan lebih cantik berseri!

Jadi kalau nak wajah kelihatan berseri, segar, cantik dan tiada lagi wajah pucat macam zombie, amalkan petua diatas, atau cara mudahnya makan suplemen!

Hubungi saya untuk konsultasi percuma:

Suhaila Budin
SMS/WhatsApp: 012-9645614
Shaklee ID: 868994

Hai..Salam sejahtera.

Sebelum ni MS ada tulis entry berkenaan kalsium dan batu karang. Apa penyebab batu karang, dan simptom2 kalau mengidap penyakit batu karang. Baca SINI.

So hari ni, kita sambung topik perbincangan kita (ewah..cam lecturer pulak) mengenai langkah pencegahan, dan pemakanan yang baik di ambil sebelum terkena penyakit batu karang, semasa dan selepas pembedahan.

Ok, seperti yang ditulis dalam entry yang lalu, antara punca terjadinya batu karang yang paling utama ialah melalui pemakanan kita. Kalau kita banyak makan bahan kimia, ubat-ubatan, benda berasid, makan garam dan gula berlebihan serta kurang minum air, risiko mengidap batu karang akan meningkat.

Mencegah lebih baik daripada mengubati. Macam kata orang kampung Mama Su, prevention is better than cure.

Langkah pencegahan yang boleh di ambil sebelum terkena penyakit batu karang ialah:

1. Cukupkan keperluan air (6-8 gelas sehari)
Apa-apa penyakit pun, ini lah petua paling penting. Even nak awet muda pun. Sebab tubuh kita terdiri daripada 70% kandungan air, sebab tu air sangat penting untuk mencegah sebarang penyakit.

Kalau kurang air, kalsium, oksalat yang ada dalam badan kita (melalui pemakanan) itu tadi akan menjadi pekat lalu membentuk gumpalan batu kristal yang akan menyekat saluran air kencing dalam buah pinggang kita. Jadi banyakkan minum air untuk mencairkan urin tersebut.

2. Jauhi minuman cola
Apabila meminum cola, fruktose dalam minuman tersebut akan meningkatkan rembesan kalsium, oksalat dan asid urik, yang mana akan menyumbang kepada pembentukan batu karang.

3. Tingkatkan pengambilan kalsium
Kalsium sebenarnya membantu merendahkan rembesan oksalat dengan mengikat kepada oksalat tersebut semasa di usus lagi sebelum ia sampai ke buah pinggang.

4. Kurangkan pengambilan oksalat
Jika batu karang anda mengandungi komponen oksalat, yang akan menyebabkan urin terlalu berasid- maka ambillah dalam kuantiti sederhana. Sumber makanan tinggi oksalat ialah seperti bayam, rhubarb, beri, kekacang malah coklat!

5. Kurangkan makan daging
Daging haiwan mengandungi tinggi protein dan oksalat yang membantu pembentukan batu karang

*Langkah pencegahan ini teraplikasi untuk pengidap batu karang juga selepas mereka menjalani pembedahan

kredit:
prevention.com
ehow.com

Suplemen Shaklee Untuk Pesakit Batu Karang

Pengambilan suplemen yang betul amat membantu untuk pencegahan dan pemulihan pesakit batu karang. Jom tengok apa yang sesuai untuk mereka!


Suplemen kalsium yang lengkap dengan 6 mineral penting termasuk vitamin D, magnesium, boron, kuprum, mangan dan zink. Vitamin D dan magnesium membantu penyerapan kalsium secara optima ke dalam darah. Magnesium bertindak menghalang endapan kalsium, melarut dan mengurangkan pembentukan batu karang juga batu hempedu. Manakala kalsium pula bertindak mengimbangi ikatan kalsium-oksalat, kalsium-fosfat lalu menurunkan lebihan oksalat dalam darah.
Harga : RM61


Alfalfa adalah tumbuhan herba yang mempunyai sifat kealkalian yang tinggi. Ia bertindak menurunkan keasidan tubuh, dan mengurangkan pembentukan batu karang akibat lebihan asid urik dalam pesakit gout. Selain itu alfalfa bertindak mengurangkan jangkitan dan inflamai pada organ terlibat.
Harga: Alfalfa S (330biji) RM53.75
Alfalfa L (700 biji) RM97.50

Vitamin B kompleks yang paling lengkap di pasaran dengan 8 jenis vitamin B termasuk vitamin B1, B2, B3, B5, B6, dan B12, asid folik dan biotin. Vitamin B komplex bertindak sebagai penenang, melegakan tekanan,  dan merendahkan paras sistein yang sering berlebihan pada pesakit batu karang. Selain itu ia membantu melegakan simptom-simptom penyakit batu karang.
Harga: RM53.75

Jadi, andai ada ahli keluarga anda atau anda sendiri yang ada mengalami sakit batu karang, terasa simptom2nya sedang berlaku, segera dapatkan rawatan doktor dan juga amalkan pemakanan sihat setiap masa.

Untuk dapatkan produk Shaklee, hubungi:

iR Suhaila
SMS: 0132369434
WhatsApp: 012-9645614
fb: Su AnNajah
COD: Kuantan
Salam mama dan bakal mama!

Tahniah dan syabas kerana anda ibu yang prihatin dan penyayang ;) Syabas juga kerana sampai ke blog MS ni untuk cari info tentang ibu hamil.

Ok, kali ni MS nak cerita tentang vitamin B kompleks untuk ibu hamil. Setiap kali hamil, mesti doktor akan bekalkan B complex dalam gugusan vitamin untuk ibu hamil kan? Rasa-rasanya apa fungsi vitamin B untuk ibu mengandung ye??


Kalau tak makan B complex tak boleh ke?

Mengandung adalah satu peringkat dimana wanita akan mengalami komplikasi kesihatan fizikal. Oleh kerana bayi dalam kandungan perlukan nutrisi, mineral, vitamin dan kalsium daripada tubuh ibu, jadi ibu akan mengalami kesan kekurangan nutrisi tersebut. Sebab tu doktor akan bekalkan vitamin-vitamin supaya ibu dapat tampung kekurangan itu tadi.

Vitamin B complex contohnya berfungsi dalam banyak tindak balas biokimia tubuh serta memberi perlindungan kepada wanita daripada risiko komplikasi.

Komplikasi yang sering di alami oleh ibu hamil

1. Anemia
2. Water retention (kaki bengkak)
3. Rendah paras homosistein
4. Tekanan mental
5. Dermatitis
6. Tekanan darah tinggi
7. Aras gula meningkat
8. Morning sickness
9. Sakit pinggang
10. Kepanasan

Macam MS sendiri, semasa mengandung (pengalaman 2 kali) MS akan:
-morning sickness (anak ke dua takde morning sickness)
-gatal-gatal (mungkin perubahan hormon)
-hb low
-sakit pinggang (even kandungan baru 2 bulan)
-kepanasan (anak kedua kurang sikit)

Berdasarkan Kongress Obstetrik dan Ginekologi Amerika (ACOG), kajian menunjukkan pengambilan vitamin B6 bukan sahaja selamat, malah sangat berkesan untuk mengurangkan kesan 'morning sickness' seperti loya, mual dan muntah.

Haa ni kalau ibu-ibu ada problem macam ni, silalah makan vitamin B complex Shaklee. Eh! :D

Asid Folik tu sama ke dengan B complex??

Asid folik adalah vitamin B juga. Vitamin B complex mengandungi 8 jenis vitamin B (B1,B2,B3,B5,B6,B7,B9,B12). Asid folik adalah vitamin B9. Jadi, kalau beli vitamin B complex, pastikan ia ada 8 jenis vitamin B macam yang Shaklee punya ni...

Asid folik sangat penting sebab fungsi utama dia untuk pembentukan saraf tunjang yang sempurna. Kekurangan asid folik akan sebabkan kecacatan bayi termasuk otak. Bahasa omputihnya tube neural defect.

Kesan kekurangan B complex

Satu kajian yang dikeluarkan pada 2007 menunjukkan, wanita yang mengalami kekurangan vitamin B (khususnya B6) susah untuk hamil, dan jika boleh hamil pun mereka akan mudah keguguran. (Wallahua'lam)
*kajian ke atas 300 wanita china selama setahun*

Bakal ibu yang yang ada masalah genetik, kekurangan vitamin B12 semasa awal kehamilan, akan meningkatkan risiko bayi untuk mendapat masalah jantung kongenital. *Kajian Jurnal Genetic and Metabolisme*

Tengok betapa pentingnya kita makan makanan yang ada vitamin B complex seperti sayur-sayuran, namun selalunya ia tak mencukupi (tidak menepati ODA- Optimum Daily Allowance) nak-nak ibu hamil pulak yang berkongsi vitamin dengan baby kan?

Sebab itu disarankan makan vitamin tambahan B complex.

Ada banyak lagi fungsi vitamin B complex, untuk kecantikan pun ye jugak.

Jadi nak pilih yang mana?? Vitamin Klinik ke Vitamin Shaklee?? Vitamin klinik tu ok, tapi vitamin Shaklee much better sebab ia semulajadi! ;)

Kebaikan vitamin  B complex Shaklee tak perlu diragui lagi, sekarang ramai ibu-ibu hamil bijak memilih untuk yang tersayang bakal lahir tu..

B complex untuk ibu mengandung

Pengambilan B complex seeloknya di mulakan sejak sebelum hamil lagi, iaitu semasa anda dan suami merancang untuk memiliki cahaya mata. Bukan B complex jer seboleh2nya vitamin-vitamin penting ni memang perlu ada dalam diet kita seharian. Tengok LINK INI.

Vitamin B Complex Shaklee mengandungi kesemua 8 vitamin B, dan asid folik sebanyak 200mcg. Ia tiada perasa, pemanis, pewarna dan pengawet, juga bebas gluten.

Wahai ibu-ibu jelita sekalian, dapatkan B complex daripada MS, hubungi:

Suhaila 013-2369434
WhatsApp: 012-9645614
fb page/ SayaMahuSihat


B COMPLEX UNTUK IBU MENGANDUNG

by on Oktober 03, 2013
Salam mama dan bakal mama! Tahniah dan syabas kerana anda ibu yang prihatin dan penyayang ;) Syabas juga kerana sampai ke blog MS ni untuk...
PMS: Fakta yang mesti diketahui!

1. Seminggu atau dua minggu sebelum kedatangan haid, sesetengah orang akan rasa kembung, sakit kepala, mood swins dan beberapa perubahan emosi dan fizikal. Ini dikenali sebagai PMS dan sehingga 85% wanita mengalaminya dengan darjah yg berbeza.

2. Lapar- Sesetengah wanita akan mengidam makanan yg masin atau manis. Ada yang hilang selera, malah mengalami sembelit.

3. Jerawat- Perubahan hormon menyebabkan kelenjar di bawah kulit menghasilkan sebum. Sebum ini akan menutup pori kulit, mengembang dan pecah. Ini tanda haid akan tiba.

4. Sakit- PMS akan mencetuskan rasa sakit seperti di belakang badan, pinggang, sakit kepala, payudara dan sendi.

5. Mood swings- wanita sering mengalami perasaan yang tak dijangka. Tak selesa, marah, sedih, depresi, cemas dan sesetengah wanita ada masalah dengan memori.

6. PMS memberi kesan kepada masalah lain seperti:
-asma dan allergi
-depresi dan anxiety
-migrain

7. Penyebab PMS? Doktor percaya PMS terjadi disebabkan perubahan aras hormon estrogen dan progesteron. Perubahan dalam kimia otak atau kekurangan dalam sesetengah vitamin dan mineral boleh menyebabkan PMS.

8. Rawatan PMS: Senaman
Senaman boleh membangkitkan mood dan melawan keletihan.. Tetapi senaman haruslah dilakukan secara berterusan, bukan semasa PMS sahaja.


9. Diet tinggi vitamin B complex
Makanan kaya vitamin B complex membantu meringankan PMS.

10. Karbohidrat komplex
Memakan lebih banyak serat boleh mengurangkan rasa kelaparan, mengekalkan aras gula darah dan memperbaiki mood swings.

11. Makanan yang perlu dielakkan:
-garam - boleh menyebabkan kembung
-kafein- boleh sebabkan keradangan
-gula - memburukkan rasa lapar

12. Legakan tekanan akibat PMS
-yoga
-tafakur
-tidur

13. Suplemen yang membantu:
-Asid folik (Vitamin B complex)
-Magnesium
-Kalsium
-Vitamin E
-GLA (gamma linolenik acid)
Salam semua..ni testimoni panas dari sahabat kami yang makan ESP, Carotomax dan B complex untuk kecantikan kulit dan kesihatan mata.

Beliau bermula dari bulan 5 hari tu, hingga sekarang masih setia mengamalkan produk terbaik Shaklee. Of course la kan, dah jumpa Shaklee takkan cari yang lain. heee

Meh la tengok printscreen testimoni ini..


ESP memang terkenal sebagai produk yang menyeluruh bukan je untuk milk booster malah untuk kecantikan dan pertumbuhan sel kulit yang baik.

Tapi ramai yang tak tahu, Carotomax yang mengandungi beta carotena tu, selain bagus untuk merawat segala masalah berkaitan mata ia juga sebenarnya agen anti kanser, anti oksidan, antipenuaan ,meredakan pelbagai masalah kulit seperti jerawat, kulit kering, kulit gugur, psoriasis, ulser kulit, bintik penuaan, meningkatkan sistem imun, menguatkan tulang, melindungi rambut, membran mukosa, dan sistem reproduksi yang sihat.

Manakala vitamin B complex juga penting untuk melindungi saraf, antistress, baik untuk mata, anemia dan peredaran darah serta memperbaiki jerawat dan masalah kulit.

Jadi, sesape nak berkulit cantik, x mau pakai spek lagi dah, nak pulihkan masalah rabun jauh atau dekat bolehla mencuba produk ESP, Carotomax dan B complex ni ye.. Memang best!

Hubungi :
Suhaila 013-2369434 / WhatsApp: 012-9645614 /emel butik.annajah@gmail.com / Fb Su AnNajah
Ada orang tanya,

"Saya ambil perancang, ada apa-apa kesan tak kepada bayi? Dan bolehkah saya makan supplemen semasa mengambil pil perancang? Supplemen apakah yang terbaik untuk saya amalkan?"

Sebenarnya terdapat dua jenis pil perancang iaitu satu yg mengandungi progestin dan estrogen, dan satu lagi pil yang mengandungi progestin atau progesteron. Pil perancang yang  mengandungi estrogen tidak sesuai untuk diambil semasa tempoh penyusuan kerana ia boleh mengurangkan penghasilan susu badan.

Progesteron pula tidak memberi sebarang kesan kepada penghasilan susu badan. Namun, sebahagian HORMON SINTETIK tersebut akan memasuki susu badan tetapi tidak membawa kesan yang buruk kepada bayi, InsyaAllah.. (Sanggupkah kita beri anak hormon sintetik?? erkk!!)

Oleh kerana pengambilan sesetengah pil perancang akan menurunkan tahap simpanan vitamin C dalam tubuh kita sehingga 30%, pengambilan vitamin C sangat digalakkan semasa mengambil pil perancang.

Pengambilan pil perancang juga boleh menyebabkan penurunan aras pyridoksin (Vitamin B6) dan vitamin E di dalam darah. Oleh itu, supplemen tambahan seperti Vitamin B kompleks, Vitamin C dan Vitamin E sangat membantu.

Terdapat sebahagian wanita yang tidak selesa pada payudara semasa mengambil pil perancang. Ibu boleh mencuba GLA Complex Shaklee yang kaya dengan Omega-6. Asid lemak Omega-6 ini sangat penting untuk pembentukan sel-sel badan terutamanya sel saraf yang sangat pesat terbentuk pada bayi dan kanak-kanak.

Jadi, sebagai ibu yang menyusukan bayi, kita harus tahu sama ada pil perancang yg kita makan ibu bagus untuk bayi atau tidak, dan kita juga boleh malah sangat digalakkan makan supplemen walaupun sedang mengambil pil perancang.

Untuk dapatkan vitamin semulajadi anda, hubungi : Suhaila 013-2369434/ emel ke butik.annajah@gmail.com
Selalunya, sebaik saja lepas melahirkan, ibu2 akan rasa penat sangat. Keletihan mengandung  dan meneran semasa bersalin mengambil masa untuk pulih. Ditambah pula tubuh sedang dalam proses baik pulih dan menghasilkan susu.

Selepas bersalin, jururawat akan bekalkan kita dengan vitamin antaranya B kompleks.

Apa kepentingan B kompleks untuk ibu berpantang?

Vitamin B kompleks akan membantu para ibu menangani masalah keletihan dan tekanan (stress). Peranan yang dimainkan oleh vitamin B ini secara amnya untuk membantu metabolisme lemak dan protein untuk membekalkan tenaga dengan menukarkan karbohidrat kepada glukosa yang kemudiannya di tukar kepada tenaga.

Selain itu vitamin B kompleks sangat penting untuk untuk sel saraf kita berfungsi secara normal.

Vitamin B ialah vitamin larut air, maka ia PERLU di ambil setiap hari untuk pastikan kita memperolehi bekalan vitamin B berterusan dan mencukupi untuk mencapai kesihatan optimum.

Semasa stress, tubuh kita sebenarnya perlukan jumlah vitamin B yang lebih tinggi. Begitu juga semasa kita berasa lesu dan perlukan stamina.

Semasa berpantang, ibu seharusnya memakan makanan berkhasiat, minum air yang mencukupi demi kesihatan ibu dan ransangan penghasilan susu badan untuk bayi comel anda .

Ingin mendapatkan vitamin B kompleks semulajadi yang lengkap dengan 8 jenis vitamin B (termasuk asid folik)??

Hubungi: Suhaila 013-2369434 / emel ke butik.annajah@gmail.com
Assalamualaikum, salam sejahtera..

Tajuk entry yang ada kaitan dengan saya sekarang! Apa kaitannya? Hehe..saya sudah hampir 3 minggu mengamalkan pengambilan B complex setiap pagi. B complex termasuk dalam set kecantikan yang sedang saya amalkan sekarang. Saya mula perasan yg sejak dua menjak ini mood saya lain macam. Apa yang lain macam nye? hehe rasa happy yg tiba2. serius!! sambil mengadap Fb, saya boleh rasa mood sy bahagia je.. Saya lebih positif. Kat Fb ni kan kadang kita jumpa banyak status2 beraura negatif, tp peliknya ia sedikitpun x menganggu saya.

Apa kaitan mood postif, happy, ceria dengan B complex ni ye? Setelah saya kaji dan baca, inilah hasilnya..

Vitamin2 B adalah sekumpulan vitamin larut air yg memainkan peranan penting dalam metabolisme sel. Kenapa dinamakan B kompleks? Ini kerana saintis telah menemui kepelbagaian bentuk struktur kimia vitamin-vitamin ini dalam sumber makanan. Oleh itu, suplemen yang mengandungi kelapan-lapan jenis vitamin B ini dikenali sebagai B kompleks. Secara spesifiknya, nama vitamin B tersebut ialah B1, B2, B3, B5, B6, B7, B9 dan B12, dan setiap satunya pula mempunyai nama lain yang sepadan dengan fungsinya.

Jenis-jenis vitamin B, fungsi dan kesan kekurangannya.
1. Vitamin B1 (Thiamine)
Fungsi:

  • Sejenis antioksida yang melindungi tubuh dari kesan kemerosotan akibat penuaan, pengambilan alkohol dan merokok
  • mengoptimakan fungsi otak dan kognitif
  • meningkatkan pembentukan sel darah merah dan sistem peredaran darah
Kesan kekurangan
  • penyakit beri-beri dengan simptom hilang berat, gangguan emosi, lemah dan sakit di bahagian anggota badan, tempoh rentak jantung tidak normal, edema, dan boleh membawa kepada kegagalan jantung.
2. Vitamin B2 (Riboflavin)
Fungsi
  • mencegah dan merawat katarak
  • penting untuk penghasilan dan pertumbuhan sel darah merah
  • menolong metabolisme karbohidrat, lemak dan protein
  • mengurangkan kelemumur
Kesan kekurangan
  • menyebabkan penyakit ariboflavinosis dengan simptom bibir merekah, sensitif terhadap cahaya matahari, pembengkakan di kawasan lidah (glossitis), pharingitis (sakit tekak) dan penyakit yang berkaitan dengan mulut dan tekak.
3. Vitamin B3 (Niacin)
Fungsi
  • membantu menurunkan kadar kolesterol dalam darah dan memperbaiki peredarannya
  • memacu memori (meningkatkan daya ingatan)
  • membantu fungsi sistem saraf dan metabolisme karbohidrat, lemak dan protein
Kesan kekurangan
  • pellagra. Simptom termasuk agresif, insomnia, dermatitis, lemah, kecelaruan mental, dan cirit birit.
4. Vitamin B5 (Pantothenic acid)
Fungsi
  • menambah stamina, membantu mencegah anemia
  • peranan dalam penghasilan hormon adrenal dan penghasilan antibodi
  • membantu menukar lemak, karbohidrat dan protein menjadi tenaga
  • sangat membantu mengawal tekanan dan rasa cemas
Kesan kekurangan
  • kekurangan boleh membawa kepada acne dan parestecia
5. Vitamin B6 (Pyridoxine)
Fungsi
  • terlibat dalam lebih banyak fungsi berbanding nutrien yang lain
  • diperlukan untuk fungsi normal otak, fungsi sistem imun dan penghasilan antibodi
  • membantu imuniti terhadap kanser dan membantu mencegah arteriosclerosis
  • membantu merawat alergy, ashtma dan artritis
Kesan kekurangan
  • boleh membawa kepada mycrotic anemia 
  • depresi
  • dermatitis
  • hipertensi
  • retensi air (edema)
6. Vitamin B7 (Biotin)
Fungsi
  • diperlukan untuk rambut dan kulit
  • membantu pertumbuhan sel dan metabolisme karbohidrat, protein dan lemak
  • membantu dalam kesihatan kelenjar peluh, sum sum tulang dan tisu saraf
Kesan kekurangan
  • kegagalan saraf pada bayi
  • kesilapan metabolisme semulajadi
7. Vitamin B9 (Folic acid)
Fungsi
  • penting dalam pembentukan sistem saraf tunjang yang sempurna
  • kekurangan dalam ibu hamil boleh membawa ke pada kecacatan bayi termasuk otak.
8. Vitamin B12 (Cobalamin)
Fungsi
  • aktif dalam perlindungan sistem saraf
  • mencegah penyakit Parkinson dan juga mengurangkan progresnya jika anda pengidap Parkinson
  • penting dalam kesihatan kardiovaskular
  • membantu mengawal pembentukan sel darah merah
  • membantu dalam pengambilan zat besi bagi mencegah anemia
Kesan kekurangan
  • anemia, hilang daya ingatan dan kurang fungsi kognitif
  • biasa terjadi pada orang berusia kerana penyerapan usus lemah seiring usia
  • penyakit auto imun dengam simptom kegilaan dan psikosis
  • paralysis namun jarang berlaku
Setelah diteliti, vitamin B kompleks banyak dikaitkan dengan kesihatan saraf tunjang termasuk otak, sistem darah, sistem saraf, pertumbuhan sel, kesihatan mental, penghasilan tenaga dan pengurusan tekanan.

Jadi, jika anda mengalami 'bad mood', stress, hilang daya tumpuan, susah fokus, mudah marah, sering bertindak agresif, kemungkinan besar anda sebenarnya kekurangan B kompleks dalam tubuh.

Sumber B kompleks
-Kekacang, hati, tuna, pisang, oats, kentang, avocado, salmon, cili, bayam, telur, bijirin gandum penuh, dan sebagainya.

B Complex Shaklee

Mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B yang diperlukan oleh tubuh kita bagi menggantikan nutrisi vitamin B yang hilang untuk membantu menguatkan jantung, peparu dan organ-organ penting yang lain.

Mengandungi Sistem Penyerapan Bioaktif
  • B Compleks Shaklee mempunyai penyaluran zat makanan berpaten untuk meningkatkan penyerapan nutrien penting iaitu asid folik.
  • Jumlah asid folik yang mencukupi di dalam diet wanita terbukti dapat mengurangkan risiko melahirkan anak terencat akal dan masalah kecacatan saraf tunjang
Vitamin semulajadi yang dijamin selamat, berkesan dan Halal.

Saya sendiri telah merasa kebaikannya. Jom jadi orang yang lebih ceria, bertenaga, semangat dan positif setiap hari!!

Feel free to contact me Su- 013-2369434, email butik.annajah@gmail.com.

Salam ceria!!




Liza, 26 tahun, sering sibuk dengan tugas-tigas seharian sebagai pegawai eksekutif di sebuah syarikat swasta. Kesibukannya seringkali membuatkan dia sering mengabaikan pengambilan makanan tepat pada waktunya. Hinggalah pada suatu hari dia merasakan amat sakit di bahagian perutnya hingga terbaring seharian akibat kesakitan. Oleh kerana tidak tahan dengan sakit yang amat sangat, Liza akhirnya bertemu doktor dan barulah dia tahu rupa-rupanya dia mengalami gastrik.


Apa itu gastrik?
Gastrik atau nama perubatannya merujuk gastrisis, merujuk kepada inflamasi (radang) pada bahagian lapisan perut (mukosa) tetapi masalah lazim ini turut digunakan bagi menerangkan pelbagai gejala yang disebabkan inflamasi itu termasuk pedih ulu hati atau ketidakselesaan perut. Tidak semua kesakitan dibahagian perut disebabkan oleh gastrik oleh itu pesakit perlu merujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu sebelum menganggap sakit di bahagian perut itu adalah gastrik.

Gastrik semasa berpuasa
Sakit gastrik lebih dirasai semasa berpuasa kerana disebabkan peningkatan tahap asid dalam perut berikutan ketiadaan makanan. Asid sedia ada yang membantu mencerna makanan berkumpul pada bahagian terbabit bersama asid yang terhasil secara semula jadi berdasarkan tindak balas kimia.
  
 "Apabila keadaan itu berlaku ditambah ketiadaan pelindung mukosa, radang boleh berlaku tanpa mengira waktu. Selain pengambilan ubat dan kemestian makan sahur bagi sumber tenaga, pesakit tidak digalakkan membayangkan keenakan makanan kerana imaginasi atau faktor psikologi ini mampu meningkatkan lagi keasidan perut," katanya. 

Penghasilan asid secara semula jadi boleh berlaku menerusi tiga fasa iaitu tindak balas kimia pada otak sebaik terbayang makanan, apabila makanan di dalam mulut serta ketika proses penghadaman.

Sementara itu, jangkitan bakteria dikenali sebagai helicobacter pylori (H pylori) juga antara penyebab gastrik. Ia mampu bertahan dalam keadaan perut berasid, malah jangka hayatnya juga panjang. Dianggarkan sejumlah 74 peratus pesakit yang mengalami ulser gastrik mempunyai jangkitan Hpylori. 

Simptom gastrik 

 * Kesakitan semakin berkurangan atau bertambah apabila makan. 
 * Pedih pada ulu hati atau bahagian atas perut. 
 * Terasa loya. 
 * Berat badan turun. 
 * Terasa pedih, sakit seperti sengal atau lapar yang teruk pada perut antara satu hingga tiga jam selepas makan atau tengah malam. 
 * Najis kehitaman atau berdarah (menunjukkan ulser sudah berdarah). 
 * Kerap sendawa. 

Punca Gastrik
  • Merokok
  • Minum minuman beralkohol
  • Jangkitan bakteria helicobacter pylori
  • Tabiat pemakanan tidak mengikut waktu
  • Tekanan
  • Bahan-bahan kimia seperti non-Steroid Anti Inflammatory Drugs (NSAIDs)
"Punca penyakit gastrik adalah amalan tabiat makan (minum pagi, makan tengahari dan makan malam) yang tidak mengikut waktu yang tetap. Sebagai contoh kadang-kadang makan tengahari pukul 11.00, kadang-kadang pukul 12.00, kadang-kadang pukul 1.00, kadang-kadang pukul 2.00 dan kadang-kadang bila tersangat sibuk sampai pukul 4.00 petang belum makan tengah hari. Apabila amalan ini diteruskan untuk tempuh kira-kira 5 tahun, insyaAllah Allah akan memberikan penyakit gastrik. Setelah penyakit gastrik dikesan, namun tabiat ini masih diteruskan, insyaAllah dalam tempuh 2 tahun lagi, orang ini akan mendapat penyakit yang lebih serius lagi iaitu peptic ulcer atau ulser perut.

Tempuh matang untuk penyakit gastrik ini akan dipercepatkan lagi sekiranya seseorang itu merokok, suka makan nenas, makan mee segera, jeruk kering dan basah, junk food, minum minuman bergas, makan makanan berangin seperti pisang nangka, ubi dan cempedak / nangka; makan makanan terlalu pedas, makan hingga tersangat kenyang, makan ubat doktor atau tradisional tertentu dan makan makanan yang bercuka."

Penawar Gastrik

-Elakkan dari mengambil susu rendah lemak atau susu high low.

-Susu lembu biasa (atau susu tepungnya) mengandungi khasiat rawatan penyakit gastrik.

-Bila keadaan gastrik masih kerap, elakkan dari makan roti kerana ia mengandungi yeast. Gantikan dengan biskut  cream cracker adalah lebih baik.

-Roti naan dan piza ada mengandungi yeast juga, elakkan.

-Perbanyakkan makan nasi lebih baik bagi makan tengahari dan malam.

Amalan lain:
Sarapan pagi: minum susu (boleh campur horlick) dengan biskut cream cracker atau kuih (tidak mengandungi pulut atau ubi atau keledek atau kentang)

10.30pagi:  minum susu dengan kuih atau biskut

lunch:  makan nasi dan elakkan sayuran yang berangin seperti sayur nangka, pisang dsb. Jangan minum air batu selepas makan atau air manis. Berubah kepada air suam selepas makan tengahari.

4 ptg: minum susu dengan biskut atau kuih. Elakkan kuih yang ada yeast seperti donat, kuih dari pulut dan yang pedas. Juga elakkan makanan dari ubi, keledek, keladi dan kentang.

dinner: dengan nasi (bukan roti) disudahi air suam.

Sebelum tidur: minum susu lagi.

*Elakkan teh, nescafe, sunquick, orange squash, milo, air limau
*Elakkan makanan mengandungi cuka.
*Kalau boleh cari jus mengkudu pun baik juga dan lebih baik buat sendiri (optional)
*Elakkan ubat doktor dan habbatusauda jenis minyak serta milk of magnesia

InsyaAllah kalau diamalkan angin berkurang dan selepas 2 bulan gastrik dah lega.

SHAKLEE dan GASTRIK

Bagi pengidap gastrik teruk, selain mengamalkan tip-tip pemakanan diatas, anda boleh melengkapkan menu harian anda dengan vitamin semulajadi yang mudah diserap oleh tubuh badan anda. Selain meminum susu, anda boleh mengamalkan pengambilan Ostematrix 4 biji setiap hari sebelum tidur setiap malam. Anda juga boleh mengambil Vitamin B-kompleks untuk mengurangkan simptom2 gastrik seperti sakit kepala dan sakit perut.

Ostematrix Shaklee:
  • membina tulang dan gigi yang kuat
  • membantu mengekalkan tekanan darah yang normal
  • membantu pengecutan otot dan melancarkan sistem saraf
  • membantu mengurangkan simptom2 seperti sengugut, perut kembung, kekejangan, retensi air, mudah meradang dan kemurungan.

B-kompleks Shaklee:
  • mengandungi 8 jenis vitamin B yang diperlukan oleh tubuh.
  • menguatkan jantung, peparu dan organ penting lain
  • sintesis DNA
  • membantu menguruskan tekanan
  • membina tenaga metabolisme
  • sebagai painkiller terbaik menggantikan paracetamol (panadol)
Harga Runcit:
Ostematrix : RM61 (WM)
B-kompleks: RM53.75 (WM)

Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi istimewa!

Suhaila
SMS: 013-2369434
WhatsApp: 012-9645614
Fb: Su AnNajah
emel: butik.annajah@gmail.com


sumber: UstazUwais.Com
             emjayb.multiply.com

  

GASTRIK: Punca dan Penawar

by on Jun 23, 2012
Liza, 26 tahun, sering sibuk dengan tugas-tigas seharian sebagai pegawai eksekutif di sebuah syarikat swasta. Kesibukannya seringkali membua...