Enter Keyword

Memaparkan catatan dengan label Ostematrix. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ostematrix. Papar semua catatan
Baru-baru ini saya bertemu dengan jiran saya.

Dia mengadu sakit pada pergelangan tangan terutamanya apabila cuba mengangkat benda berat.

Masa di kampung, apabila terkena air sejuk kolah ketika mandi, dia menjerit sebab kesakitan.

Katanya lagi, dia cuma pergi berurut saja tapi sakit tu tak hilang pun. Cuma lega seketika tapi lepas tu jadi balik.

Ini adalah sebahagian daripada gejala-gejala yang di hidapi oleh mereka yang mengalami sindrom Carpal Tunnel (Terowong Carpal).

cara hilangkan kebas tangan

Sindrom Carpal Tunnel ni adalah masalah yang biasa dihidapi oleh mereka yang banyak menggunakan tangan dalam aktiviti harian contohnya banyak menggunakan komputer, banyak menggunakan pisau, banyak buat kerja-kerja mengait, menulis, menjahit dan sebagainya.

Seolah-olah tangan kita lenguh bila terlalu lama buat aktiviti macam tu.

Sindrom ni berlaku disebabkan tendon atau ligamen carpal pada pergelangan tangan membengkak, lalu memberi tekanan pada saraf di bahagian tersebut.

Selain gejala di atas tu, mereka yang mengidap Carpal Tunnel ni akan mengalami:
  • rasa sakit
  • kebas
  • berasa di cucuk-cucuk
  • sakit pada waktu malam
  • sukar memegang barang
  • lemah pada ibu jari
Cara Rawat Dan Cegah Sindrom Carpal Tunnel

1. Betulkan posisi


Contohnya bila kita menaip, pastikan kedudukan komputer, badan serta tangan dalam keadaan selesa. Jika memotong sesuatu di dapur, tinggikan sedikit kedudukan badan.

2. Rehat sekejap semasa buat kerja

Setiap 10-20 minit, rehatkan pergelangan tangan dengan lakukan senaman mudah selama 5 minit untuk kurangkan tekanan pada tangan atau cukup sekadar tak buat apa-apa. 

3. Metabolik sindrom


Penyelidik mendapati mereka yang ada sindrom metabolik iaitu: tinggi kolesterol, tinggi tekanan darah, tinggi trigliserida, obesiti, serta ada diabetes lebih mudah mengalami Carpal Tunnel ini. 

Dapatkan rawatan hospital jika ada masalah sindrom metabolik.

4. Senaman untuk tangan dan pergelangan tangan 

Rujuk video di bawah dan amalkan senaman ini apabila dirasakan perlu.


5. Nutrisi

Antara zat nutrisi yang bagus untuk saraf yang sihat ialah vitamin B6, Omega 3 dan kalsium serta magnesium.


Banyakkan ambil makanan yang kaya dengan zat ini. 

Suplemen Terbaik Untuk Rawat Kebas Sakit Saraf

set kebas shaklee

Set Saraf ini antara set yang terlaris. Ia terdiri daripada:

B Complex - lengkap dengan 8 jenis vitamin B, bertindak sebagai penenang dan pelega kepada saraf.

Omega Guard- sumber minyak ikan tulen yang membekalkan Omega 3 serta 7 rangkaian asid lemak seperti DHA, ALA, EPA yang membantu melancarkan peredaran darah, mencegah salur darah daripada tersumbat, serta bersifat antiradang.

Ostematrix- sumber kalsium, magnesium dan vitamin D ini pula sangat penting untuk pengawalan saraf dan pengecutan otot, mencegah serta memperbaiki masalah kebas serta kejang.

Sindrom Carpal Tunnel, kebas, kejang, salah urat, terkehel, kesemunya memerlukan zat nutrisi penting ini supaya ia dapat berjalan dengan lancar. Ia seperti 'arus elektrik' yang sangat diperlukan untuk menghidupkan mesin.

Jangan biarkan Carpal Tunnel mengganggu kehidupan seharian kita. Makin lama dibiarkan, makin teruk pula jadinya nanti.

Jika keadaan terlalu teruk, segera dapatkan rawatan, dan bantu pemulihan dengan suplemen Shaklee.

Sekiranya berminat untuk mendapatkan set ini, hubungi saya:

-Puan Suhaila-

Pengedar & Konsultasi Nutrisi Shaklee

Whatsapp klik >> www.wasap.my/60129645614

ID: 868994

Assalamualaikum wbt.

Ibu mengandung akan alami banyak masalah kesihatan, salah satunya ialah kejang otot kaki atau cramp kaki terutama waktu tengah malam.

Syukurlah sepanjang akak mengandung, belum pernah lagi kena kejang kaki ni.

Ada kawan akak cerita, dia sampai menangis sebab tiap-tiap malam kaki dia akan kejang. Kesian kan.

Sebab apa kaki kita boleh kejang masa mengandung? Waktu lain tak pun!

ostematrix shaklee untuk kejang kaki

Sebab utama ialah:

1. Otot kaki kita kemungkinan 'penat' kerana membawa beban berat sepanjang hari

2. Perut yang membesar memberi tekanan pada salur darah, lalu memperlahankan aliran darah ke kaki

3. Kekurangan mineral seperti kalsium dan magnesium

Jadi, apa kita nak buat bila kejang kaki menyerang waktu malam? Dahla sakit pinggang susah nak tidur, baby pula asyik berguling dalam perut, dah tu kaki pulak asyik kejang.

Akhirnya ibu boleh stress sebab tidur asyik terganggu.

Ok, apa yang ibu harus buat ialah:

1. Buat regangan ringan sebelum tidur. Ini untuk galakkan pengaliran darah yang lancar. Cukup dengan menggerakkan atau menggoyangkan kaki, lakukan urutan ringan dan banyakkan berjalan.

2. Minum air cukup supaya badan kita kekal terhidrat dan cegah kejang.

3. Aktifkan diri, banyakkan pergerakan. Jika nak bersenam, dapatkan nasihat mereka yang pakar.

4. Pakai kasut yang selesa dan tidak menyakitkan otot kaki atau betis.

5. Makan suplemen kalsium dan magnesium secara konsisten. Banyak kajian menunjukkan pengambilan suplemen dapat membantu mengurangkan masalah kejang kaki semasa hamil.

Suplemen kalsium sangat penting semasa mengandung. Jom dengar, kenapa kalsium sangat penting dan apa jadi jika ibu hamil kekurangan kalsium.


Selain makanan berkhasiat, minum air yang cukup, banyak bersenam, makan vitamin jangan di abaikan.

Kita ibu-ibu memang sangat perlukan zat yang cukup. Kalau tak cukup, ia akan beri kesan bukan saja kepada diri kita, tapi juga kepada bayi.

Bukan saja semasa hamil, kesan kekurangan nutrisi akan mula dirasai lepas tu nanti. Haa jagalah!

Buat ibu yang nak dapatkan suplemen kalsium magnesium Ostematrix macam yang akak makan ni, boleh hubungi akak segera ye.

Klik link ini >> www.wasap.my/60129645614 (Suhaila).

ostematrix untuk kejang kaki

Psss: Bulan September ni ada promo, beli 3 botol dapat diskaun 5%, cuma RM174 sahaja! Cukup untuk 3 bulan makan. Boleh juga kongsi dengan suami tersayang untuk tulang, otot, saraf yang lebih kuat.

Banyak benar komplikasi ibu mengandung ni. Tak boleh silap sikit, macam-macam penyakit yang datang.

Terlebih makan gula, jadi kencing manis, tak kawal stress jadi darah tinggi, tak cukup zat besi hemoglobin  jadi rendah, tak cukup vitamin C gusi asyik berdarah je, tak cukup zat yang lain jadi kaki bengkak, krem, sakit pinggang, sakit gigi, sembelit dan macam-macam lagi.

Dalam banyak-banyak peringkat hidup, masa mengandung ni la peringkat yang ibu kena jaga-jaga. Sebab kalau dah sakit masa mengandung, tak mustahil akan membawa ke lepas bersalin, dan risiko yang sama akan berlaku kepada kehamilan seterusnya, lebih-lebih lagi jika kita tak cukup vitamin.


Antara nutrisi yang sangat penting semasa hamil ialah pengambilan kalsium.

Ramai ibu tak suka minum susu. Bahkan lagi ramai yang tak ambil berat pun mengenai kepentingan kalsium masa mengandung.

Antara masalah yang kerap berlaku semasa hamil akibat daripada kekurangan kalsium ialah:

  • sembelit yang membawa kepada buasir jika tidak di rawat
  • sakit pinggang dan belakang yang kronik
  • sakit gigi
  • pra-eklampsia akibat tekanan darah terlalu tinggi
  • sakit urat / sendi / tulang
  • sakit otot peranakan (pelvik) atau juga dikenali sebagai SPD (symphysis pubis disfuncition)
Namun begitu, kekurangan kalsium masa hamil bukan sahaja buat ibu tak selesa masa mengandung, tapi juga ketika nak bersalin nanti.

Menurut Dr. Delilah Ahmad, Pakar O&G Pusat Perubatan Sime Darby dalam Harian Kosmo semalam berkata, pengambilan kalsium dapat menurangkan komplikasi semasa bersalin iaitu:
  • kesejukan dan kekejangan kaki semasa nak bersalin
  • membantu otot rehat semasa kontraksi
Dr. Delilah juga memberitahu, kesan kekurangan kalsium paling ketara berlaku khususnya di akhir tempoh kehamilan yakni memasuki trimester ketiga.

Masa awal mengandung atau di tengah trimester kedua, kita mungkin tak rasa apa-apa lagi, tapi bila dah masuk trimester ketiga, haa barulah rasa segala kesan kekurangan kalsium.

Baby dalam perut nak membesar, memang dia akan 'sedut' banyak kalsium daripada ibu. Kalau ibu sendiri tak cukup kalsium, rasakanlah penangannya.

Sakit Otot Peranakan Semasa Hamil Trimester Ketiga, SPD

Pasti semua orang pernah melaluinya. Namun begitu, bukan semua kehamilan kita akan rasa sakit macam ni. Biasanya kehamilan kali pertama tak rasa sangat. Masuk mengandung kali kedua dan seterusnya, barulah terasa.

Macam Ciksu dulu masa mengandungkan Fawwaz. Ada masa-masanya akan rasa sakit pada pangkal peha atau celah kelangkang terutamanya ketika berjalan. Macam kejutan elektrik gitu. Lagi dekat nak bersalin lagi kerap ia berlaku sampai rasa takut nak berjalan.

Ada banyak lagi simptom SPD ni. Boleh baca lanjut di website babycenter.com.my ni.

Yang Ciksu nak cerita hari ni mengenai sakit otot pelvik di mana kita rasa nak macam nak beranak sangat. Ni pun salah satu simptom SPD juga. 

Sakit ni berlaku sebab otot pelvik kita sakit dan tak kuat nak menahan tekanan kepala bayi. Maklumlah, baby dah besar, kepala dah turun ke bawah.  Graviti makin kuat. Sakit ni amat terasa apabila kita dalam keadaan mencangkung/ duduk kemudian nak bangun.

Ini bukan kisah siapa-siapa, tapi pengalaman diri sendiri. :D

Jadi apa ciksu buat? Jom baca testimoni ni.



Ini pengalaman benar ya. Sebelum ni tak de pun rasa sakit otot pelvik macam tu. Tiba-tiba masa tak makan Ostematrix tu yang terasa otot sakit sampai terfikir, eh nak beranak dah ke aku ni? Risau la juga sebab barang baby tak prepare satu apa pun lagi.

Tapi, lepas makan Ostematrix tu, eh elok pula takde rasa sakit-sakit otot bawah tu dah. Serius!

Ciksu memang mengesyorkan sangat setiap ibu hamil makan Ostematrix ni. Jadikan amalan sampai tua kalau tak mau kena macam-macam penyakit akibat kekurangan kalsium. (Kalsium banyak sangat fungsi dalam badan kita ni taw)

Sebotol ni memang tahan untuk sebulan kalau makan sorang, kalau kongsi ngan encik asben dia jadi setengah bulan je huhu.

Harga sebotol RM61 (120 biji)

Harga promosi beli 6 percuma 1 = RM366
Harga promosi beli 2 diskaun 5% = RM115.90 
(*semua harga tidak termasuk kos pos)

Kitorang memang dah 5 tahun amalkan Ostematrix ni. Memang banyak sangat kebaikan yang kitorang dah rasa. Mak mertua ciksu pun peminat setia taw. Tak pernah miss makan dah bertahun-tahun.

Jika berminat mendapatkan Ostematrix ni, boleh hubungi ciksu segera ye;

-Puan Suhaila-


Shaklee Malaysia
ID:868994


Assalamualaikum wbt.

Kalau sebut bab bersalin ni, yang paling fobia lagi mengerikan ialah tang jahit-jahit ni. Bila ingat terus rasa tak berani nak mengandung. Kan?

Tapi bila lupa...mengandung 20kali pun boleh. ngehehe..

Mana taknya, ngilu je rasa mengingatkan doktor atau selalunya misi lah yang jahit tanpa sebarang bius. Hidup-hidup. Menggeletik la kita ni menahan. Kalau dapat misi yang kasar-kasar, yang mulut takde insurans tu, ai dekat ajer kaki tu dengan muka. huhu..


Tapi, alhamdulillah, setakat beranakkan tiga orang ni, sakit macam mana pun tak pernah lagi saya terajang misi. Dia membebel apa pun, buat pekak aje la...

Yang penting, dia jahit cepat-cepat, pastu kita boleh tidur dan balik rumah cepat-cepat.

Dah balik kang satu hal pula.. ibu tak boleh lasak sangat. Nanti kang terbuka jahit, ko mengadapla misi tu semula (nangis!)

Saya ingat lagi, lepas bersalin baby Fawwaz, misi yang datang rumah tu cek tengok dia kata macam ada yang terbuka. Aishh kita ni dah gelabah dah. Camane plak bleh terbuka. Rasanya sopan santun je kita. Lepas tu dia suruh saya bagitahu doktor masa pergi klinik nanti (kebetulan memang kena pergi untuk cek kuning baby). Dalam hati ni berkira-kira, nak cakap ke tak nak cakap kat doktor ni. Boleh je nak tipu kan.

Tapi entah macam mana jujur sangat lah aku pun, cakap juga dengan doktor. Doktor pun cek tengok. Fuhh lega lega.. Dia kata ok je. Balik rumah banyakkan makan buah dan sayur sebab sebelum tu dia ada tanya, sembelit ke? Sembelit juga tapi tak la teruk sangat. Normal la 4 hari sekali baru membuang kalau dalam pantang. Uiiii cemas cemas dah nak kena jahit kali kedua.

Jadi, untuk ibu-ibu yang bakal bersalin tak lama lagi, siap sedialah dengan apa yang patut supaya nanti luka jatihan cantik serta cepat sembuh.

Lazimnya luka akan sembuh dalam tempoh dua minggu lepas bersalin. Cepat atau lambat sangat bergantung kepada apa yang ibu-ibu buat dan makan.

1. Sebelum bersalin, iaitu dalam trimester ketiga.

Buat senaman Kegel (kemutan otot seperti menahan kencing) dan lakukan urutan perineum. Ini untuk  melatih dan menguatkan otot di bahagian tersebut untuk menghadapi tekanan dan regangan semasa proses melahirkan kelak.

2. Senaman Kegel selepas bersalin

Teruskan dengan senaman Kegel selepas bersalin. Ini dapat membantu meransang peredaran darah dan mempercepatkan penyembuhan luka. Ia juga dapat membantu menurunkan risiko kencing tak lawas, dan meningkatkan kembali daya seksual.

3. Guna ubat luka yang dibekalkan

Doktor akan bekalkan ubat luka yang berwarna kuning. Sama ada letakkan ubat tu pada pad, atau minta suami tuangkan pada luka.

4. Jangan lasak dan banyak bergerak

Jaga cara duduk, jangan sampai terasa sakit. Bangun atau duduk dengan perlahan-lahan kerana sebarang pergerakan yang kuat akan menekan otot di bahagian vagina. Silap haribulan boleh terbetas jahitan tu.

5. Cara kencing yang betul

Kadangkala terasa sakit semasa kencing. Beradalah dalam posisi yang kita sendiri rasa selesa. Jika luka terasa sakit, jirus air suam pada vulva semasa kencing.

Keringkan vagina dengan tuala atau tisu. Memadai dengan menekap-nekap secara perlahan.

6. Elakkan sembelit

Sembelit yang teruk boleh sebabkan jahitan terbuka. Oleh itu jaga pemakanan, cukupkan pengambilan air kosong dan serat. Ibu boleh cuba pil kalsium seperti Ostematrix untuk meransang pergerakan usus yang sihat dan lancar.

7. Jangan sentuh dengan tangan

Tak perlu nak rasa-rasa, pegang-pegang dengan tangan. Biarkan luka sembuh dengan sendirinya. Sama ada tangan yang kotor, atau kawasan vagina yang tidak bersih, kedua-duanya pun tidak sesuai untuk di buat main. Kita tak nak kuman di pindahkan antara satu sama lain pula.

8. Jaga kebersihan vagina

Kerap tukar pad jika terlalu banyak darah, sentiasa pastikan vagina bersih untuk elakkan sebarang jangkitan kuman. Nanti satu hal pula nak ke hospital semula nak cuci kuman. Basuhlah dengan air suam selalu.

9. Cukupkan keperluan nutrisi

Badan kita akan selalu sakit-sakit, dan luka pun lambat sembuh kalau kita tak dapat cukup nutrisi. Nutrisi tu ialah protein, karbohidrat, vitamin, lemak, garam dan mineral. Selalunya orang bersalin yang kekurangan nutrisi akan rasa penat, tertekan, murung dan sakit-sakit badan.

Untuk mempercepatkan baik pulih luka, boleh ambil Zink dan Vitamin C. Kedua-dua ni sangat membantu untuk luka cepat sembuh, mencegah jangkitan, dan memperbaiki tisu-tisu kulit yang rosak dan cedera.

10. Kurangkan tekanan

Ibu berpantang jangan stress stress. Mesti happy dan ceria selalu barulah luka cepat baik.

Jadi, kepada ibu-ibu yang tak lama lagi nak bersalin, dah boleh mula cara nombor 1. Kemudian ikut cara yang saya dah bagi ni.

Saya doakan ibu-ibu semua dipermudahkan urusan bersalin nanti, sentiasa sihat walafiat dan luka pun sembuh dengan begitu cepat sekali. Amiin insyaAllah.

**************

Untuk mempercepatkan penyembuhan luka bersalin, saya cadangkan ibu ambil ESP dan Vitamin C Shaklee. Kedua-duanya membantu pemulihan luka dengan cepat, mengurangkan risiko jangkitan dan memberi tenaga. Atau lagi advance boleh amalkan Vivix . Berminat hubungi:

012-9645614

Pengedar Shaklee Malaysia
ID: 868994

Assalamualaikum wbt.

Sejak dua menjak ni kan, saya dapat banyak pertanyaan mengenai suplemen untuk pesakit strok. Memang pun, sekarang ramai yang kena serangan strok, tak kira usia, malah ada yang semuda usia awal 30-an.

Strok adalah suatu keadaan serangan mengejut dimana berlaku pendarahan dalam otak yang disebabkan oleh salur darah pecah dalam otak (stroke haemorraghic); atau darah beroksigen tidak sampai ke otak akibat penyumbatan lemak dan kolesterol dalam salur darah ke bahagian otak (stroke ischaemic) dan boleh menyebabkan kelumpuhan kekal atau sementara.

Strok lazimnya berlaku secara mengejut tetapi kita boleh perhatikan tanda-tanda awal contohnya seperti terdapat perubahan pada wajah seseorang di mana sebelah bahagian mukanya jatuh / senget, rasa kebas pada sebahagian atau sebelah badan.


Yang paling di takuti ialah strok boleh menyebabkan koma dalam jangka masa yang agak lama.

Bolehkah pesakit strok sembuh?

Boleh! Walaupun ia mengambil masa agak lama untuk kembali pulih ke keadaan asal.

Pesakit strok mesti mendapat sokongan emosi daripada ahli keluarga, kawan-kawan serta jurupulih kesihatan. Ini sangat penting untuk mengembalikan semula keyakinan pesakit strok (yang hilang upaya tiba-tiba) untuk sembuh.

Pesakit strok perlu menjalani rawatan berterusan seperti mengambil ubat, senaman, latihan pertuturan, fisioterapi, juga mempelajari kemahiran baru untuk mengendalikan diri dan peralatan.

Makanan tambahan untuk pesakit strok

Oleh kerana pesakit strok mengalami kesukaran untuk makan dan minum, jadi mereka hanya mendapat nutrisi yang terhad sedangkan mereka sangat perlukan nutrisi penting untuk segera sembuh.

Tiga ubat (sebenarnya suplemen) yang saya syorkan dan amat-amat membantu mereka ialah Vivix, Omega Guard dan Ostematrix.

Vivix

Pada peringkat awal di mana pesakit masih sukar untuk menelan makanan kasar, cecair seperti Vivix sangat diperlukan. Vivix membantu:

+ Mengaktifkan semula sel-sel yang rosak dan mati dan menggalakkan pertumbuhan sel badan yang sihat

+ Menggalak pertumbuhan mitokondria iaitu 'penjana tenaga' dalam sel badan dengan itu tubuh akan terasa lebih kuat, bertenaga dan segar

+ Membantu menguatkan sistem pertahanan badan untuk melawan serangan radikal bebas dan stress oksidasi yang boleh menyebabkan kerosakan sel


Omega Guard

Minyak ikan tulen dalam kapsul softgel ini mengandungi asid lemak yang sangat diperlukan oleh tubuh. Omega Guard membantu:

+ Melancarkan perjalanan dan peredaran darah dengan itu darah beroksigen dapat sampai ke seluruh sel badan dengan lancar dan mudah

+ Baik untuk urat saraf dan fungsi sendi yang sudah rosak

+ Mengawal tekanan darah dengan itu mengurangkan ketegangan di bahagian leher dan sakit kepala yang sering di alami oleh pesakit strok


Ostematrix 

Suplemen kalsium yang paling seimbang dan lengkap dengan vitamin D, magnesium, fosforus, mangan, zink, kuprum dan boron. Ostematrix sangat membantu:

+ Memperbaiki masalah kebas-kebas dan kekejangan anggota badan

+ Memperbaiki tekanan jantung serta mengurangkan stress

+ Baik untuk urat saraf

+ Menstabilkan denyutan jantung dan impuls saraf


Apa kata mereka?

Testimoni 1:

Testimoni 2:


Testimoni 3:


Testimoni 4:


Satu Set Strok  Shaklee (Vivix, Omega Guard, Ostematrix) ini cuma berharga RM672 sahaja. Anda boleh jimat jika daftar ahli sambil membeli set ini.

Selain mengambil ubat-ubatan, suplemen seperti ini amatlah membantu kerana ia asas nutrisi yang diperlukan untuk sel jadi sihat.

InsyaAllah dengan mengamalkan set ni, simptom strok akan berkurang, pengaliran darah lebih lancar, badan akan lebih kuat dan bertenaga, kebas-kebas hilang, selera makan meningkat dan wajah akan lebih berseri dan ceria!

Anda pun boleh menjalankan aktiviti seharian seperti sediakala.

Sekiranya berminat mendapatkan Set Stroke ini, atau ada sebarang pertanyaan, boleh hubungi saya di:

-Puan Suhaila-

012-964 5614

Pengedar Shaklee Malaysia
ID: 868994


Assalamualaikum..

Mama memang wajib share dengan korang pasal ni. Especially korang yang ada masalah sembelit, susah membuang, membuang beberapa kali je seminggu atau jugak buasir!

Mama faham sangat macam mana perasaannya apabila 'benda' tu duduk lama dalam usus kita. Sangat tak selesa, sampai satu ketika mama rasa macam pening kepala sebab dah berhari-hari tak membuang.


Dulu mama memang ingat perkara ni normal tau. Sebab dulu mama pernah terbaca dalam akhbar, ada doktor tulis kalau membuang seminggu sekali pun masih normal. Sebab memang macam tu kita 'train' usus kita.

Masalahnya selesa ke?? 

Lagi mengerikan bila datang je perasaan nak membuang tu, 'benda' dah jadi keras.

Dah satu hal pulak kena bertapa berjam-jam dalam tandas.

Pernah tau mama mencangkung hampir 2 jam. Sudah-sudah tu, bukan kawasan 'tu' je luka, malah lutut pun menggigil.

Berdarah..

Ini pun pernah berlaku. Mama sampai pitam tengok darah keluar bersama 'benda' tu. Mujurnya mama belum kena buasir lagi, Alhamdulillah.

Bahaya Kalau Tak Buang Segera

Korang tahu tak kenapa kita kena buang 'benda' tu setiap hari??

Sebab pertamanya ialah, kalau semakin lama 'benda' tu duduk dalam usus kita, ia akan jadi semakin keras. Ini sebab kandungan air padanya semakin ditarik oleh badan. Sebab tu ramai orang bertapa berjam-jam nak mengeluarkan benda alah nan satu itu.

Sebab keduanya ialah, 'benda' tu mengandungi segala bahan yang badan kita tak perlu. Pendek kata benda tu bertoksik! 

Bila benda kotor, bertoksik duduk lama dalam usus, lama-lama ia akan merosakkan sel usus kita. Tu sebab sekarang ramai sangat orang dapat buasir dan kanser seperti kanser usus, kanser kolon dan sebagainya.

Mama bila dapat tau perkara ni, terus rasa cuak dan takut yang amat. Mama tak nak dapat sakit yang bukan-bukan sebab kecuaian dan kemalasan diri sendiri menjaga kesihatan.

Nauzubillahi min zaalik.

Masalah selesai!

Tapi sekarang, syukur Alhamdulillah..mama dah temui penawarnya.

Setiap pagi mesti nak membuang...kadang tu tak tertahan-tahan lagi. Memang lancar sangat! Barulah lega dan boleh senyum manissss menawan.


Mama dah tak bertapa lama-lama dalam tandas. Mama memang seboleh-boleh mengelak untuk duduk berjam-jam dalam tandas sebab mama ada baby kecil yang kena tengok 24 jam. Kalau duduk dalam tandas 2 jam bayangkan apa berlaku?? huhu

Korang yang ada masalah serupa mama, sembelit atau buasir sekalipun, mama cadangkan ambil Ostematrix  ni.

Memang terbaiklah sebab ia tak beri efek buruk langsung pada kesihatan malah kandungan kalsium, magnesium, serta Vitamin D didalamnya akan beri korang BONUS yang lain juga.

Nak tahu bonus apa, kenalah cuba dan rasa sendiri ;))

Atau korang boleh juga dapatkan Ostematrix dalam Set Buasir (Herblax, Vitamin C, Zink dan Ostematrix).

Pertanyaan lanjut, nak order atau nak join ahli untuk dapatkan harga ahli produk ni, cepat-cepat hubungi mama di talian berikut:

~Suhaila Budin~
SMS/ WhatsApp: 012-9645614
ID Shaklee: 868994



Hai..Salam sejahtera.

Sebelum ni MS ada tulis entry berkenaan kalsium dan batu karang. Apa penyebab batu karang, dan simptom2 kalau mengidap penyakit batu karang. Baca SINI.

So hari ni, kita sambung topik perbincangan kita (ewah..cam lecturer pulak) mengenai langkah pencegahan, dan pemakanan yang baik di ambil sebelum terkena penyakit batu karang, semasa dan selepas pembedahan.

Ok, seperti yang ditulis dalam entry yang lalu, antara punca terjadinya batu karang yang paling utama ialah melalui pemakanan kita. Kalau kita banyak makan bahan kimia, ubat-ubatan, benda berasid, makan garam dan gula berlebihan serta kurang minum air, risiko mengidap batu karang akan meningkat.

Mencegah lebih baik daripada mengubati. Macam kata orang kampung Mama Su, prevention is better than cure.

Langkah pencegahan yang boleh di ambil sebelum terkena penyakit batu karang ialah:

1. Cukupkan keperluan air (6-8 gelas sehari)
Apa-apa penyakit pun, ini lah petua paling penting. Even nak awet muda pun. Sebab tubuh kita terdiri daripada 70% kandungan air, sebab tu air sangat penting untuk mencegah sebarang penyakit.

Kalau kurang air, kalsium, oksalat yang ada dalam badan kita (melalui pemakanan) itu tadi akan menjadi pekat lalu membentuk gumpalan batu kristal yang akan menyekat saluran air kencing dalam buah pinggang kita. Jadi banyakkan minum air untuk mencairkan urin tersebut.

2. Jauhi minuman cola
Apabila meminum cola, fruktose dalam minuman tersebut akan meningkatkan rembesan kalsium, oksalat dan asid urik, yang mana akan menyumbang kepada pembentukan batu karang.

3. Tingkatkan pengambilan kalsium
Kalsium sebenarnya membantu merendahkan rembesan oksalat dengan mengikat kepada oksalat tersebut semasa di usus lagi sebelum ia sampai ke buah pinggang.

4. Kurangkan pengambilan oksalat
Jika batu karang anda mengandungi komponen oksalat, yang akan menyebabkan urin terlalu berasid- maka ambillah dalam kuantiti sederhana. Sumber makanan tinggi oksalat ialah seperti bayam, rhubarb, beri, kekacang malah coklat!

5. Kurangkan makan daging
Daging haiwan mengandungi tinggi protein dan oksalat yang membantu pembentukan batu karang

*Langkah pencegahan ini teraplikasi untuk pengidap batu karang juga selepas mereka menjalani pembedahan

kredit:
prevention.com
ehow.com

Suplemen Shaklee Untuk Pesakit Batu Karang

Pengambilan suplemen yang betul amat membantu untuk pencegahan dan pemulihan pesakit batu karang. Jom tengok apa yang sesuai untuk mereka!


Suplemen kalsium yang lengkap dengan 6 mineral penting termasuk vitamin D, magnesium, boron, kuprum, mangan dan zink. Vitamin D dan magnesium membantu penyerapan kalsium secara optima ke dalam darah. Magnesium bertindak menghalang endapan kalsium, melarut dan mengurangkan pembentukan batu karang juga batu hempedu. Manakala kalsium pula bertindak mengimbangi ikatan kalsium-oksalat, kalsium-fosfat lalu menurunkan lebihan oksalat dalam darah.
Harga : RM61


Alfalfa adalah tumbuhan herba yang mempunyai sifat kealkalian yang tinggi. Ia bertindak menurunkan keasidan tubuh, dan mengurangkan pembentukan batu karang akibat lebihan asid urik dalam pesakit gout. Selain itu alfalfa bertindak mengurangkan jangkitan dan inflamai pada organ terlibat.
Harga: Alfalfa S (330biji) RM53.75
Alfalfa L (700 biji) RM97.50

Vitamin B kompleks yang paling lengkap di pasaran dengan 8 jenis vitamin B termasuk vitamin B1, B2, B3, B5, B6, dan B12, asid folik dan biotin. Vitamin B komplex bertindak sebagai penenang, melegakan tekanan,  dan merendahkan paras sistein yang sering berlebihan pada pesakit batu karang. Selain itu ia membantu melegakan simptom-simptom penyakit batu karang.
Harga: RM53.75

Jadi, andai ada ahli keluarga anda atau anda sendiri yang ada mengalami sakit batu karang, terasa simptom2nya sedang berlaku, segera dapatkan rawatan doktor dan juga amalkan pemakanan sihat setiap masa.

Untuk dapatkan produk Shaklee, hubungi:

iR Suhaila
SMS: 0132369434
WhatsApp: 012-9645614
fb: Su AnNajah
COD: Kuantan
Hai.. Assalamualaikum, salam sejahtera, selamat petang.

Haa panjang sket ucapan selamat hari ni sebab mood happy bunus dah masuk. Syukur Alhamdulillah. Best tau buat bisnes Shaklee ni, tiap-tiap bulan SURPRISE!!!

Pendapatan kita tak tetap. Ada masa turun, ada masa naik. Biasalah bisnes kan. Tapi kalau dia naik tu..hmm rasa nak melompat tinggi-tinggi sampai cucur atap. Haha.

Ok, ni entry bukan pasal bonus, tapi pasal penyakit batu karang yang semakin hari semakin kerap kedengaran.

Sebelum masuk ke topik sebenar, moh kita baca dulu mengenai batu karang.

Batu karang ialah batu yang terdapat di dalam ginjal (buah pinggang) atau salur kencing, yang mana terbentuk disebabkan oleh timbunan kristal halus daripada beberapa bahan kimia dan mineral. Bahan yang biasa dijumpai dalam batu karang ialah kalsium oksalat, kalsium fosfat, dan yang jarang dikenali ialah asid urik, sistein dan magnesium fosfat ammonia.


Ia biasanya diklasifikasikan oleh kedudukannya dan juga bahan yang terkandung di dalamnya. Sebanyak 80% pengidap batu karang adalah golongan lelaki.

Saiz batu karang ini, ada yang halus sebesar pasir, dan ada juga sebesar bola golf. Kebiasaannya batu tumbuh di dalam ginjal, kemudian bergerak ke bawah ke dalam salur kencing dimana ianya menjadi bertambah besar.

Masalah mula timbul apabila batu menjadi terlalu besar lalu mengakibatkan gangguan kepada aliran air kencing. Ini boleh menyebabkan jangkitan kuman dan jika tidak dirawat akan merosakkan buah pinggang.


Simptom -simptom penyakit batu karang antaranya:
  • sakit semasa kencing
  • kencing berdarah
  • loya dan muntah
  • air kencing berbau busuk
  • sakit pinggang 
  • demam
Bagi mengelakkan terjadinya batu karang, kita di galakkan minum banyak air kosong (6-8 gelas / 3 liter sehari) untuk membersihkan buah pinggang. Selain itu, doktor akan mengubah suai jadual pemakanan untuk mengurangkan bahan kimia yang boleh memburukkan lagi keadaan. Jika keadaan terlalu serius, pesakit akan dibedah untuk mengeluarkan batu karang tersebut.

Punca terjadinya batu karang

1. Dehidrasi atau kurang bendalir

2. Lebihan batu yang terbentuk dalam air kencing. Kebiasaannya kombinasi kalsium oksalat dan kalsium fosfat

3. Penyakit seperti gout, hipercalciuria (lebihan kalsium dalam urin), diabetes, tekanan darah tinggi.

4. Ubatan

5. Faktor pemakanan - terlalu banyak mengambil protein haiwan, garam berlebihan, gula berlebihan, vitamin D berlebihan melalui suplemen, makanan tinggi oksalat yang berlebihan contohnya seperti bayam

6. Kurang kalsium- boleh mengubah keseimbangan kalsium-oksalat, lalu membawa kepada peningkatan rembesan oksalat yang cenderung membentuk batu oksalat

*credit
*credit


Persoalannya sekarang, adakah kalsium Ostematrix Shaklee boleh menyebabkan batu karang???

Almaklum sekarang Ostematrix Shaklee sememangnya femes sekali. Saya sendiri peminat tegar kalsium Ostematrix.



Ok, seperti yang kita dah baca di atas tu tadi, batu karang terbentuk apabila ada lebihan oksalat dan fosfat dalam darah, dimana keseimbangan kalsium dengan dua bahan itu tadi TIDAK stabil.

Oksalat sememangnya wujud dalam manusia, tumbuhan dan haiwan manakala fosfat pula di dapati dalam tumbuhan dan daging. Oksalat dan fosfat tidaklah berbahaya namun apabila kalsium dalam darah berkurangan, oksalat dan fosfat akan jadi berlebihan dan boleh menyebabkan pembentukan batu karang.

Sebab itu, pengambilan kalsium juga sangat penting untuk mengekalkan keseimbangan kalsium-oksalat dan kalsium-fosfat.

Bagaimana pula dengan Ostematrix?

Ostematrix Shaklee menggunakan bahan mineral yang semulajadi. Ostematrix Shaklee menggunakan kalsium karbonat, kalsium sitrat dan kalsium sitrat malat. Jadi pengambilan Ostematrix langsung tidak mengganggu keseimbangan kalsium-oksalat dan fosfat itu tadi malah membantu mengimbanginya.


Selain daripada itu, Ostematrix Shaklee dilengkapi dengan 6 lagi mineral penting iaitu vitamin D, magnesium, zink, copper, mangan dan boron.

Setiap mineral itu tadi mempunyai peranannya masing-masing terutama untuk penyerapan optimum kalsium.

Tanpa mineral penting ini, kalsium yang kita makan tidak dapat diserap sempurna dan inilah sebenarnya yang menyebabkan penyakit batu karang!!

Tips penting kalau nak beli suplemen kalsium, mesti ada Vitamin D dan magnesium sekurang-kurangnya. INGAT!!

Kalau susah hati beli aje Ostematrix Shaklee.

Tahu tak anda Ostematrix Shaklee sangat sesuai untuk pesakit batu karang??

Tunggu entry seterusnya ya..stay tune! (^_^)v

ini pun batu karang jugak..tapi cantik dan tak menyakitkan

Untuk pertanyaan lanjut, pembelian dan konsultasi istimewa 24 jam, hubungi::

iR Suhaila 013-2369434
WhatsApp: 012-9645614
emel butik.annajah@gmail.com
fb/su.annajah

Sudah menjadi lumrah bagi ibu-ibu mengandung, akan sakit pinggang dan sakit belakang terutama apabila kandungan kian membesar.

Macam MS sendiri, mengandungkan Aqil, anak kedua, seawal bulan ke-2 MS dah sakit pinggang yang amat sangat. Paling sakit masa baring. Nak je pergi kiropraktik tapi takkan pulak kan.. Suruh suami tolong picitkan pun tak jalan.


Kenapa ibu hamil boleh sakit pinggang?
Ikut pembacaan MS, sakit pinggang ni berlaku disebabkan oleh kelonggaran ligamen yang mengikat tulang dan sendi.

Selain itu postur tubuh kita semakin tidak stabil, kedudukan ligamen punggung telah 'lari' disebabkan kita nak menampung berat perut yang kian membesar. Pusat graviti kita pun dah berubah serta hormon pun mengendurkan ligamen pada pelvis kita.

Berat bayi dalam kandungan yang semakin membesar juga boleh menekan salur darah dan saraf pada pelvis dan belakang badan.

Adakah sakit pinggang ni bahaya?
Selalunya ia tidak berbahaya. Sakit pinggang akan berkurangan secara perlahan selepas ibu melahirkan bayi :)

Bolehkah sakit pinggang ini dikurangkan?
Kemungkinan boleh. Ibu-ibu boleh cuba cara-cara berikut:

1. Latih postur yang betul
  • berdiri lurus dan tegak
  • angkat dada
  • lurus dan legakan bahu
  • duduk dengan rileks, sandarkan belakang badan dengan bantal lembut
2. Pakai kasut tumit rendah, bukan flat dan sebolehnya pakai kasut yang menyokong tapak kaki

3. Angkat beban (walaupun kecil) dengan kaki, bukan dengan cara membongkokkan badan

4. Tidur mengiring, jangan menelentang.
Makanya 8-9 bulan MS tak boleh nak meregangkan badan..huhuhu.. memang tidur mengiring setiap masa. Kalau nak tidur menelentang, boleh cuba letak bantal di bawah pinggang.

5. Ambil suplemen pelega saraf seperti vitamin B kompleks dan pil kalsium.


Kisah Kawan Saya

Ada seorang kawan, namanya Baiti, semasa di penghujung kehamilan  (anak ke-3)dia ada datang ke rumah mengambil ESP dan Ostematrix. (masa tu MS baru2 pindah Kuantan). Kemudian, tak sempat MS tanya tentang perubahan-perubahan yang dia rasa semasa hamil, dia sendiri yang buka cerita..

Katanya, best makan Ostematrix ni. Dia dah tak sakit pinggang. Kalau tak makan, memang pinggang rasa sakit. Jadi dia ambil paling kurang 2 biji sehari. Sekarang ni, walaupun babynya dah masuk usia 4 bulan, beliau masih lagi makan Ostematrix, malah berkongsi-kongsi pula dengan mak dan neneknya. Haa best kan?

Baru ni dia datang lagi, beli 3 botol Ostematrix. Katanya nak bagi dekat mak dan nenek. Dia cerita dulu mak dia ada sakit-sakit sendi kesan dari demam Cikgunya. Sekarang sakit sendi dah kurang tapi masih rasa kebas-kebas tangan. Lagipun mak dia ada kencing manis. Bila mak dia cuba ostematrix beberapa kali, rasa kebas-kebas tu dah semakin kurang. Alhamdulillah, alhamdulillah. Happy sangat dapat feedback positif macam ni. :)))

Pengalaman Sendiri

Lepas mengandung anak kedua, MS rasa serik nak mengandung lagi tau. Trauma sangat rasa. Serius dalam banyak-banyak mengandung, mengandung anak kedualah rasa pinggang macam nak tercabut.

Nak bongkok tak boleh, nak angkat kaki tak boleh, nak pakai seluar tu, kena duduk dulu kat katil, bentang seluar, baru masuk kaki. Haa punya teruk. Kalau bangun pagi tu lagi laaa..sampai berseret kaki. Huhuhu..

Mengandung anak ketiga, dah tahan sikit, sebab dah makan Ostematrix. Mengandung seterusnya lepas tu, bila kandungan dah sarat barulah sakit. Normallah tu kan.

Alhamdulillah, memang puas hati sangat dengan Ostematrix. Memang wajib ambil masa mengandung ni. Dah berapa kali mengandung, beranak, menyusu, kalau kita tak cukup kalsium, rasakanlah penangannya. Tak payah tunggu tua. Sekarang pun dah boleh rasa.

Sebab?? Anak kita dapat sumber kalsium dari kita. Dia serap dari tulang, dari otot, dari gigi. Kalau kita tak ambil kalsium tambahan, jadi badan kita makin kekurangan kalsium. Sedangkan fungsi kalsium dalam badan ni sangatlah banyak sekali. 

Apa itu Ostematrix??


Ostematrix adalah pil kalsium Shaklee yang membekalkan 1000mg kalsium, 400mg magnesium serta 400IU vitamin D yang mana semua komponen ini sangat penting untuk penyerapan maksimum kalsium serta membolehkan kalsium bertindak lebih baik.

Tahu tak, kekurangan kalsium boleh membawa masalah kekejangan otot kerana kalsium penting untuk membantu pengecutan otot dan kelancaran saraf serta membantu mengekalkan tekanan darah normal?

Jadi, apabila keperluan kalsium mencukupi (lebih-lebih lagi pada ibu mengandung) komplikasi akibat kekurangan kalsium dapat dikurangkan.

Walaupun anda mengambil susu, suplemen Ostematrix sangat membantu penyerapan kalsium daripada susu yang anda minum dengan lebih sempurna kerana Ostematrix mengandungi vitamin D. Tanpa vitamin D, kalsium tidak dapat diserap secara optima ke dalam darah.

Sebotol Ostematrix berharga RM61 je. Ada 120 biji. Sehari boleh makan 4 biji dan boleh up dos kalau sakit.

Jadi ibu-ibu, jom dapatkan Ostematrix dalam Set Mengandung Shaklee ni.. tak cuba tak tahu, memang best!! Jom beri yang terbaik untuk baby kita sejak mereka dalam kandungan lagi!!

Hubungi:

-Puan Suhaila-

012-9645614

Shaklee Malaysia
ID: 868994

PMS: Fakta yang mesti diketahui!

1. Seminggu atau dua minggu sebelum kedatangan haid, sesetengah orang akan rasa kembung, sakit kepala, mood swins dan beberapa perubahan emosi dan fizikal. Ini dikenali sebagai PMS dan sehingga 85% wanita mengalaminya dengan darjah yg berbeza.

2. Lapar- Sesetengah wanita akan mengidam makanan yg masin atau manis. Ada yang hilang selera, malah mengalami sembelit.

3. Jerawat- Perubahan hormon menyebabkan kelenjar di bawah kulit menghasilkan sebum. Sebum ini akan menutup pori kulit, mengembang dan pecah. Ini tanda haid akan tiba.

4. Sakit- PMS akan mencetuskan rasa sakit seperti di belakang badan, pinggang, sakit kepala, payudara dan sendi.

5. Mood swings- wanita sering mengalami perasaan yang tak dijangka. Tak selesa, marah, sedih, depresi, cemas dan sesetengah wanita ada masalah dengan memori.

6. PMS memberi kesan kepada masalah lain seperti:
-asma dan allergi
-depresi dan anxiety
-migrain

7. Penyebab PMS? Doktor percaya PMS terjadi disebabkan perubahan aras hormon estrogen dan progesteron. Perubahan dalam kimia otak atau kekurangan dalam sesetengah vitamin dan mineral boleh menyebabkan PMS.

8. Rawatan PMS: Senaman
Senaman boleh membangkitkan mood dan melawan keletihan.. Tetapi senaman haruslah dilakukan secara berterusan, bukan semasa PMS sahaja.


9. Diet tinggi vitamin B complex
Makanan kaya vitamin B complex membantu meringankan PMS.

10. Karbohidrat komplex
Memakan lebih banyak serat boleh mengurangkan rasa kelaparan, mengekalkan aras gula darah dan memperbaiki mood swings.

11. Makanan yang perlu dielakkan:
-garam - boleh menyebabkan kembung
-kafein- boleh sebabkan keradangan
-gula - memburukkan rasa lapar

12. Legakan tekanan akibat PMS
-yoga
-tafakur
-tidur

13. Suplemen yang membantu:
-Asid folik (Vitamin B complex)
-Magnesium
-Kalsium
-Vitamin E
-GLA (gamma linolenik acid)


Kalsium adalah mineral yang kelima paling melimpah dalam kerak bumi dan paling banyak dalam tubuh kita juga. Ibu yang menyusukan bayi atau sedang hamil sangat digalakkan mengambil lebih kalsium.

Apa sebenarnya kepentingan kalsium kepada ibu menyusu? Ibu menyusu memerlukan kalsium untuk menambah semula kalsium yang hilang semasa hamil (janin menyerap kalsium dari ibu untuk membina tulang, gigi, saraf, otot). Oleh itu ibu hamil perlu mencukupkan keperluan kalsium melalui pemakanan ataupun suplemen.

Ibu menyusu memerlukan hingga 1000mg kalsium sehari manakala ibu menyusu yang berumur kurang dari 18 tahun memerlukan sehingga 1300mg kalsium untuk pertumbuhan mereka sendiri dan bayi.

Kalsium dan penyusuan
Tubuh membina semula kalsium yang hilang semasa hamil melalui dua cara iaitu; kurang kalsium dirembeskan melalui air kencing; dan kedua, paras estrogen yang rendah dalam ibu menyusu akan mempertingkatkan penyerapan kalsium. Pada waktu inilah ibu menyusu perlu membina semula kalsium dalam tulang mereka.

Suplemen kalsium membekalkan faedah yang lebih banyak kepada ibu menyusu berbanding waktu lain (sewaktu tidak menyusu) kerana pada waktu ini penyerapan kalsium lebih optimum.

Secara biologi, proses penghasilan susu ibu adalah termasuk mendapatkan kalsium daripada simpanan kalsium dalam tubuh ibu. Proses ini adalah natural. Sebaik sahaja bayi bercerai susu, kalsium telah disimpan semula (restored). Sebab itulah, jika ibu tersebut cukup pengambilan kalsium semasa menyusukan bayi, tulangnya tidak akan menjadi lemah walaupun kalsium telah diambil (oleh bayi).

Suplemen Kalsium
Ibu menyusu perlu dapatkan kalsium melalui pemakanan seperti produk tenusu dan pil kalsium jika (pengambilan melalui makanan tidak mencukupi). Pil kalsium mestilah dilengkapi dengan magnesium dan vitamin D untuk mempertingkatkan penyerapan kalsium.

Osteoporosis dan penyusuan
Kajian menunjukkan wanita yang kekurangan kalsium semasa tempoh menyusukan bayi akan lebih mudah mengalami kerapuhan dan osteoporosis berbanding mereka yang mendapat kalsium mencukupi. Ini hanya berlaku jika wanita itu TIDAK MENDAPAT KALSIUM SECUKUPNYA.

Ada kajian menunjukkan ibu menyusu tidak akan mendapat osteoporosis kerana selepas bercerai susu, tulang ibu akan terbina semula lebih padat dan kuat.

Lebih kalsium, lebih susu terhasil?
Ini adalah satu salah faham. Suplemen kalsium tidak bertindak sebagai milk booster. Susu ibu mengandungi bahan yang kompleks dan kadang-kadang dalam sesetengah kes, ia tidak dapat diubah dengan suplemen. Pengambilan kalsium tidak boleh menyebabkan susu ibu bertambah.

Tubuh ibu membekalkan jumlah kalsium yang mencukupi ke dalam susu ibu WALAUPUN ibu tersebut tidak mengambil kalsium tambahan. Walaupun ibu menyusu di galakkan mengambil kalsium, kalsium tersebut tidaklah membantu menambah kuantiti susu ibu tetapi menambah jumlah kalsium dalam tubuh ibu yang hilang kepada bayi.

Ostematrix Shaklee

Ostematrix membekalkan:
1000mg kalsium daripada sumber2 berkepekatan tinggi dan mudah diserap dari alam semulajadi
400mg magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
400IU vitamin D untuk meransang penyerapan kalsium
(kalsium, magnesium dan vitamin D menepati 100% Pengambilan Harian)

Terbukti secara klinikal!
Pengambilan hanya 2 kaplet Ostematrix berupaya menghasilkan peningkatan ketara dari segi statistik dan paras kalsium darah yang disukat dalam suatu tempoh 12 jam.

Hubungi: Suhaila 013-2369434 untuk maklumat lanjut ;))


VITAMIN IBU MENYUSU: KALSIUM

by on Mac 15, 2013
Kalsium adalah mineral yang kelima paling melimpah dalam kerak bumi dan paling banyak dalam tubuh kita juga. Ibu yang menyusukan bayi atau ...
Seumur hidup rasanya saya tak pernah lagi mengalami kejang otot kecuali masa datang bulan. Kita rasa macam sakit perut, senak, keras sampai rasa nak bubuh seterika bagi darah berjalan lancar. hehe..

Kekejangan sering juga terjadi kepada ahli sukan. Tapi kadang-kadang tengah tidur pun boleh cramp kan?

Jom tengok apa punca terjadinya kejang otot dan simptom2nya.

Punca kekejangan kaki dan otot

1. Keseimbangan kalsium-magnesium
Aras normal sesuatu nutrien dalam darah boleh diertikan rendah  oleh tubuh jika nutrien bertentangan yang lain terlalu tinggi. Ini biasa terjadi dikalangan wanita yang mengambil terlalu tinggi kalsium. Kalsium berlebihan menyebabkan aras magnesium menjadi terlalu rendah lebih-lebih lagi jika dia mengambil diet tinggi karbohidrat. Diet tinggi karbo menyebabkan tubuh memerlukan lebih magnesium.

2. Keperluan kalsium
Kita perlu tahu keperluan kalsium tubuh contohnya ibu hamil memerlukan sehingga 1300mg kalsium setiap hari. Kekejangan kerap terjadi pada ibu hamil kerana keperluan kalsium tidak mencukupi menyebabkan tisu otot menjadi 'lapar'. Untuk mencegah 'lapar kalsium', kita perlu memastikan tiga perkara iaitu:
  • cukupkan keperluan kalsium
  • ambil kalsium yang lebih berasid seperti kalsium laktat atau kalsium sitrat kerana ia lebih mudah diserap oleh tubuh
  • asid lemak Omega-3 dan Omega-6 yang seimbang. Asid lemak baik ini akan membenarkan kalsium memasuki tisu lembut otot untuk mencegah kekejangan dan mencegah masalah lain yang berkaitan
3. Imbangan sodium-potasium tidak sesuai

Simptom-simptom kekejangan
1. sejuk dan lepuhan
2. kejang tengah malam- berlaku akibat berbaring terlalu lama
3. kejang semasa bersukan- fizikal dan mental lesu, haus melampau, pening dan rasa nak pitam, laparkan benda masin.
4. dehidrasi
5. sakit semasa PMS

Untuk mengelakkan dan mencegah kekejangan pada masa-masa akan datang, ada baiknya kita mencukupkan keperluan nutrisi tubuh seperti kalsium, garam dan mineral. Ingat, kekejangan mungkin tanda-tanda awal masalah kekurangan nutrisi dan boleh jadi ia petanda penyakit lebih serius!!

Sebab itu kita kena tahu apa yang badan kita nak beritahu..

Kalau nak atasi kekejangan dengan suplemen Shaklee, hubungi saya bila2 masa pun. Kami ada suplemen kalsium Ostematrix yang sangat bagus.. Sebab apa ia bagus? Bacalah link yang berkaitan ini ye..semuanya tentang Ostematrix ;))

Assalamualaikum, salam ceria!!

Di sini ada beberapa fakta penting yang wajib kita tahu tentang kalsium!!


1. Kalsium adalah mineral paling banyak yang diperlukan oleh tubuh
Keperluan kalsium harian purata:

Bayi (0-6 bulan) -200mg
Bayi (7-12 bulan) -260mg
1-3 tahun -700mg
4-8 tahun -1000mg
9-18 tahun -1300mg
19-70 tahun -1000mg
Ibu hamil dan menyusu -1200mg

2. Sekitar 99% kalsium berada pada jaringan tulang dan gigi, sisanya berada di darah dan sel-sel tubuh.

3. Kalsium memiliki banyak manfaat
Manfaat utama:

  • Pembentukan dan pemeliharaan tulang dan gigi. Anak-anak memerlukan kalsium untuk pertumbuhan tulang dan gigi mereka. Kekurangan kalsium menyebabkan pembentukan tulang tidak sempurna dan penyakit rickets. Orang dewasa memerlukan kalsium untuk terus menerus meremajakan sistem tulang dan gigi. Mineral di tulang dan gigi kita terganti 100% setiap 7 tahun sekali.
  • Mencegah osteoporosis. Bila kita tidak mendapat kalsium yang cukup daripada makanan, tubuh akan mengambilnya dari 'bank kalsium' pada sendi tangan, kaki, dan tulang panjang yang lain. Kekurangan kalsium dalam waktu yang lama akan menyebabkan tubuh mengambilnya lansung dari tulang-tulang padat. Ini akan mengakibatkan tulang menjadi rapuh dan mudah patah. Bila seorang wanita dari umur 20 tahun mengambil 400mg setiap hari, iaitu lebih rendah daripada yang diperlukan, tulangnya akan mereput sebanyak 1/3 pada usia 50 tahun!
  • Penyimpanan glikogen. Glikogen adalah bentuk glukosa yang tersimpan di dalam tisu otot dan hati. kalsium memainkan peranan dalam proses penyimpanan ini. Jika tubuh kekurangan kalsium, ia akan merasa lapar terus menerus kerana tidak dapat menyimpan glikogen.
  • Melancarkan fungsi otot, otak dan sistem saraf. Otot, otak dan sistem saraf memerlukan kalsium supaya dapat berfungsi secara optimum. kekurangan kalsium akan menyebabkan kekejangan otot serta gangguan dalam fungsi otak dan sistem saraf.
4. Terlalu banyak kalsium boleh menyebabkan bahaya pada tubuh
Tubuh tidak dapat menyerap kalsium jika tidak memiliki cukup magnesium dan fosforus. Magnesium dan fosforus menyebabkan kalsium lebih mudah diserap oleh tubuh. 

Bila tidak cukup magnesium, ginjal tidak dapat memproses kalsium hingga boleh menyebabkan terjadi endapan. Selain itu, vitamin D dan zat besi juga penting dalam pengolahan kalsium. Pengambilan kalsium, magnesium, fosforus, vitamin D dan zat besi haruslah seimbang agar tubuh tetap sihat. Kekurangan atau kelebihan ketara dalam salah satu daripada kelima-lima zat itu boleh menyebabkan kesihatan jadi buruk.

Ostematrix Shaklee





Ostematrix adalah satu-satunya suplemen kalsium yang lengkap dengan vitamin D, magnesium, fosforus, boron, zinc, manganese, kuprum yang membantu kesihatan tulang secara optimum!






Tips memilih suplemen kalsium premium

  • pilih produk yang ada vitamin D dan magnesium.
  • pilih produk yang BUKAN daripada tulang (bone meal) dan dolomite kerana ia boleh menyebabkan keracunan plumbum.
  • elakkan pilih produk yang bermineral chelated kerana proses tersebut boleh menyebabkan tubuh menyerap logam berat tercemar dan toksin dalam proses menyerap mineral.
Jika takut tersalah pilih, pilih saja suplemen Shaklee iaitu Ostematrix!! 

Nak dapat Ostematrix dengan harga best??
Hubungi Suhaila - 013-2369434
fb: Su Annajah
fb page : Saya Mahu Sihat
emel: butik.annajah@gmail.com
Assalamualaikum, salam ceria..

Osteoporosis adalah penyakit yang jarang-jarang kita dengar. Ini kerana osteoporosis tidak menunjukkan tanda2 atau simptom2 seperti kebanyakan penyakit lain. Penting untuk kita tahu bahawa osteoporosis terjadi pada kebanyakan orang baik lelaki atau wanita, tetapi lebih kerap kepada wanita.



Siapakah sebenarnya yang berisiko mengidap osteoporosis?
Mereka termasuklah:

  • wanita
  • umur
  • orang yang kurus / mempunyai rangka tulang yg kecil (small frame)
  • mendapat sangat sedikit kalsium dari diet
  • merokok
  • gaya hidup tak aktif (sedentary lifestyle)
  • mempunyai sejarah aneroxia nervosa
  • sejarah keluarga yang mengidap osteoporosis
  • paras hormon seperti thyroid dan estrogen
  • peminum alkohol tegar
  • menopaus awal
  • menghidapi sakit belakang (by fractured or collapse vertebra)
  • ketinggian menurun
  • bongkok (stooped posture)
  • tulang mudah retak
  • ibu (melahirkan dan menyusu)
Bila harus berjumpa doktor?
  1. apabila mengalami menopaus terlalu awal
  2. mengalami kehilangan ketinggian
  3. mengalami tulang rapuh/pecah tanpa disangka
  4. mengambil corticosteroid dalam jangka masa yang panjang
  5. ada sejarah osteoporosis dalam keluarga
Bolehkah Osteopenia (petanda awal osteoporosis) dan Osteoporosis dicegah?
Pencegahan awal adalah sangat penting. Tiga faktor utama untuk memastikan kesihatan tulang sepanjang hayat ialah:
  • amaun kalsium yang mencukupi
  • amaun vitamin D yang mencukupi
  • senaman 
Kalsium
Lelaki dan wanita berumur antara 18 hingga 50 tahun memerlukan 1000miligrams kalsium sehari. Pengambilan harian ini meningkat apabila wanita mencapai usia 50 dan lelaki mencapai usia 70. Sumber kalsium yang baik termasuklah:
  • produk tenusu rendah lemak
  • sayuran berdaun hijau
  • sardin dan salmon tin berserta tulangnya
  • produk soya seperto tofu
  • jus oren dan bijirin diperkaya dengan kalsium
Adalah sukar untuk mendapat kalsium yang mencukupi dari diet harian kita, jadi pengambilan suplemen kalsium tambahan seperti Ostematrix Shaklee sangat membantu.



Vitamin D
Vitamin D sangat penting untuk penyerapan kalsium yang lebih sempurna. Kebanyakan orang mendapat vitamin D yang mencukupi dari cahaya matahari, tetapi ia bukan sumber yang baik jika anda tinggal di kawasan latitud tinggi, housebound, dan jika anda sering menggunakan sunblock untuk mengelak kanser kulit.

Ostematrix Shaklee dilengkapi dengan vitamin D sebanyak 400IU untuk penyerapan kalsium yang lebih baik.

Senaman
Senaman akan membantu anda menguatkn tulang dan memperlahankan kehilangan jisim tulang. Bersenamlah secara teratur setiap hari atau minggu sepanjang hayat, dan ia akan memperbaiki tahap kesihatan tulang. 

Senaman angkat beban juga amat di galakkan. Latihan seperti ini akan membantu kekuatan otot dan tulang di bahagian lengan dan tulang belakang, manakala senaman seperti berlari, jogging, menaiki tangga, skipping, skiing akan memberi kesan kepada kekuatan tulang di bahagian bawah seperti peha, dan kaki.

sumber:

Baca lanjut mengenai LANGKAH AWAL CEGAH OSTEOPOROSIS di sini.

Sekilas Fakta
Kalsium tidak dapat di hasilkan dalam tubuh manusia, ia mesti dapat dari makanan yang kita makan. Jika kita tidak mengambil kalsium yang mencukupi, maka simpanan kalsium dalam tubuh di gunakan/ di ambil untuk menguatkan gigi, tulang, dan di salurkan kepada bayi melalui susu ibu.

Jadi, adakah anda pasti keperluan kalsium anda mencukupi? Adakah anda pasti penyerapannya optimum? Adakah anda pasti anda bebas dari osteoporosis? Jika jawapannya TIDAK, maka adalah sangat PERLU anda mengambil suplemen kalsium tambahan khususnya Ostematrix dari Shaklee..

Ostematrix Shaklee adalah sumber kalsium yang terbaik kerana ia dilengkapi vitamin D dan magnesium yang berperanan penting untuk kesihatan tulang anda..Semestinya hanya yang semulajadi, Halal, selamat dan berkesan.

Nak Ostematrix dengan harga best? Hubungi:

Suhaila 013-2369434
pm fbpage : Saya Mahu Sihat
emel: butik.annajah@gmail.com




AWASI TANDA AWAL OSTEOPOROSIS

by on Oktober 27, 2012
Assalamualaikum, salam ceria.. Osteoporosis adalah penyakit yang jarang-jarang kita dengar. Ini kerana osteoporosis tidak menunjukkan tand...
Assalamualaikum, salam sejahtera..

Tahukah anda?
Diketahui bahawa 85% wanita menderita osteoporosis selepas 10 tahun mengalami menopos!

   Gejala osteoporosis hanya muncul setelah usia lanjut. Namun tidak mustahil ada di kalangan wanita dewasa berusia awal 30an sudah mengalami gejala osteoporosis. Pencegahan osteoporosis perlu dilakukan sejak anda masih bergelar zigot. Sebab itu ibu hamil digalakkan mengambil kalsium yang mencukupi supaya pertumbuhan tulang janin menjadi sempurna.

   Penurunan paras hormon estrogen terutama selepas menopos akan mengganggu proses pembentukan tulang yang dimulai dengan kehilangan mineral tulang. Jika tiada langkah pencegahan, masalah ini akan berlanjutan sehinggalah timbul keadaan di mana tulang anda akan mereput dan akhirnya patah.

  Walaupun rakyat Malaysia sedar akan risiko osteoporosis yang bakal dialami, namun mereka masih memandang rendah kepentingan penjagaan kesihatan tulang dan tidak mengendahkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mencegah penyakit ini. Berikut adalah langkah2 yang boleh anda lakukan

1. Ambil kalsium
- minum 4 gelas susu setiap hari (ketika hamil atau tidak) dapat membantu memadatkan tulang
-ambil juga makanan tinggi kalsium jenis lain seperti produk tenusu, susu soya, ikan salmon bersama tulangnya, brokoli, tempe, tauhu kekacang, ikan bilis dan lain2.
- perlu untuk anda ambil kalsium mencukupi sebelum tercapai tempoh kepadatan tulang maksima iaitu sekitar usia 30 tahun.

2. Sinar matahari
- cahaya matahari terutamanya UVB membantu tubuh menghasilkan vitamin D yang diperlukan untuk penyerapan kalsium berkesan.
- dedahkan diri di bawah matahari pagi sebelum jam 9 pagi dan selepas jam 4 petang

3. Senaman beban
- bersenam menggunakan beban seperti dumbel dan seumpamanya atau gunakan beban sendiri seperti berjalan dan menaiki tangga sekurang-kurang 3 kali seminggu mampu mencegah osteoporosis.

4. Gaya hidup sihat
- jauhilah rokok, arak kerana ia memang terbukti meningkatkan osteoporosis
- kurangkan minuman bersoda dan berkafein

5. Elak ubat tertentu
- hindarilah ubat-ubatan dalam golongan kortikosteroid kerana ia boleh mengganggu proses penyerapan kalsium, antaranya ubat anti kejang dan steroid. Jika tiada alternatif, pastikan pengambilannya dipantau oleh doktor.

6. Pemeriksaan tulang
- lakukan pemeriksaan tulang secara teratur (dianjurkan 6 bukan sekali)

7. Suplemen
- biarpun mengambil pelbagai jenis makanan yang mengandungi kalsium setiap hari, namun cara makanan itu dimasak mungkin merosakkan kandungan kalsium di dalamnya.
- pengambilan suplemen adalah sangat diperlukan

Kenali PENCURI Kalsium!!
  • Kurang Vitamin D- vitamin D amat penting untuk penyerapan kalsium dalam usus
  • Sodium- pola makanan tinggi sodium meningkatkan kehilangan kalsium dan mineral lain
  • Ubat- ubat asma dan jantung antara yang mengganggu penyerapan kalsium
  • Gaya hidup tak aktif- kurang olahraga/ banyak duduk berisiko kehilangan kalsium dari tulang
  • Gaya hidup tak sihat- rokok, kafein, soda, ganggu penyerapan kalsium ; alkohol merosakkan jisim tulang sehingga berisiko mematahkannya
**sumber: Majalah Pa&Ma (edisi Mac 2009)

OsteMatrix Shaklee
Ostematrix membekalkan:
1000mg kalsium daripada sumber2 berkepekatan tinggi dan mudah diserap dari alam semulajadi
400mg magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
400IU vitamin D untuk meransang penyerapan kalsium
(kalsium, magnesium dan vitamin D menepati 100% Pengambilan Harian)

Terbukti secara klinikal!
Pengambilan hanya 2 kaplet Ostematrix berupaya menghasilkan peningkatan ketara dari segi statistik dan paras kalsium darah yang disukat dalam suatu tempoh 12 jam.

 Antara fungsi: 
-membina tulang dan gigi yang kuat
-mengekalkan tekanan darah normal
-membantu pengecutan otot dan pelancaran saraf
-membantu mengurangkan simptom2 sengugut seperti perut kembung, kekejangan, retensi air, mudah meradang dan kemurungan

Kekalkan kesihatan tulang sejak dari awal supaya risiko osteoporosis dapat dikurangkan. Jika anda jenis yg susah minum susu ataupun pengambilan susu hanya segelas sehari, pastikan anda turut mengambil suplemen kalsium tambahan agar keperluan hariannya mencukupi.

Hubungi saya Su 013-2369434 atau emel ke butik.annajah@gmail.com untuk dapatkan sebotol Ostematrix anda!!

7 LANGKAH CEGAH OSTEOPOROSIS

by on Julai 24, 2012
Assalamualaikum, salam sejahtera.. Tahukah anda? Diketahui bahawa 85% wanita menderita osteoporosis selepas 10 tahun mengalami menopos! ...